Blogger Layouts
Showing posts with label Asrama. Show all posts
Showing posts with label Asrama. Show all posts

Saturday, January 21, 2017

Kenangan 2011


Tengah-tengah malam macam ni tetiba macam terflashback memori masa duduk asrama dulu. Aku terfikir, apa aku selalu buat time macam ni kat asrama dulu? I'm started to remember those memory. Switch on the laptop, and lets blogging!

Dorm Halimatus Saadiah-2011

Jarak rumah aku dengan sekolah bukan lah jauh pun. Kalau orang tengok pun aku ni kira tak layak duduk asrama pun sebab jarak rumah dengan sekolah tu terlalu dekat. Tapi kenapa aku stay asrama? Well, a very cliche reason that commonly student use is to focus on SPM. So, aku gagahkan jugak hati stay kat asrama selama setahun, *setahun je pun..

So, sebagai budak form 5 merangkap sebagai senior kat asrama, aku acacah bajet akak garang. Garang la sikit...... Erm. Mungkin disebabkan tu jugak aku dilantik jadi ketua dorm. Dulu pernah la jugak marah sorang dormmate junior sebab dia selalu duk berlagak semacam dengan kawan-kawan dia. Actually bukan marah pun, akak tegur je dik tapi awak yang nangis. Alahai.. Tup tup aku duk scroll twitter semalam aku nampak budak yang aku marah dulu tu masuk paper sebab menang Spell-it-Right. Rasanya laa.. Tahniah!

Dorm aku adalah dorm yang paling ramai penghuninya berbanding dorm-dorm yang lain. 20 orang Aspuri. And dikatakan dorm yang paling creepy sekali kononnya. Kenapa creepy? Sebab dikatakan "benda tu" suka duduk kat tengah-tengah blok. Kebetulan dorm aku ni memang strategik and paling center di blok. Terbaik. Biasalah kalau dah duk asrama memang tak lari dengan cerita-cerita mistik bagai ni. 

Memang adat student la study lewat malam sampai pukul 3-4 pagi. Pernah satu malam aku dengar ada orang berlari dari floor bawah naik ke floor tengah, bunyi sangat jelas and bila intai kat luar takde siapa pun! Ada lagi satu cerita, satu malam tu aku dengan Ell tengah duk syok bersembang kat luar sampai tak sedar dah pukul berapa. Tetiba ada hembusan angin lalu depan muka kitorang. It is not just a hembusan angin semata-mata tau. Siap bagi salam lagi. Lembut je bunyinya, "Assalamualaikum..." Lepas kena bagi "salam" tu kitorang pun masuk dorm, tidur share katil. Hahaha.

Cerita bab adik angkat, kakak angkat benda biasa la kat asrama. Aku pun terjebak jugak la dalam gejala angkat-mengangkat ni. Untung jugak tau. Selalu dapat cekelat. Dapat hadiah time birthday. Selalu diorang ni main pass kat orang je. Bukan nak bagi face to face. Tak paham aku budak-budak ni.

Cerita pasal birthday aku masa kat asrama, jatuh air mata keperempuanan aku masa tu. Cerita selanjutnya di sini 17th Birthday.

Pukul 10.00 malam semua mesti diwajibkan ada kat dalam dorm untuk baca salah satu surah-surah tertentu contohnya Surah Ar-Rahman, Surah Al-Mulk, Surah Al-Waqiah, Surah Yasin (untuk malam Jumaat). Surah ni mesti dibaca sebelum light off. Yang bagusnya budak-budak dorm aku ni tak pernah tinggal nak baca berjemaah tak kira junior atau senior. 

Kalau bulan puasa, aku dengan Ell la budak aspuri yang rajin turun sahur. Even tiap-tiap kali sahur makan nasi goreng. And bila masuk waktu berbuka, ramai-ramai pergi surau, makan kurma dulu, pastu solat maghrib. Then barulah makan nasi. Sementara nak tunggu Isyak tu kitorang bertadarus ikut kumpulan yang dah ditetapkan and berusrah. Jangan memain, hakak jadi Naqibah beb. Tapi masa tu tak ada lagi istilah tarbiah sentap bagai ni. Cakap straight to the point. Gitulah rutin aku sepanjang bulan puasa. Rindunya ya Allah..

Masa stay kat asrama ni jugak aku kenal apa tu Al-Mathurat. Tapi diorang baca laju. Aku yang mula-mula ni nak ikut gagap jugak la. Tapi lama-lama dah dah dapat ikut. Dah jadi rutin setiap pagi sebelum solat subuh dan selepas solat asar. (Tapi sekarang macam dah jarang...... #SisJujur)

Setiap weekend kalau tak balik rumah, mula la pakat bawak turun tilam semua tidur kat lantai. Baik junior mahu pun senior semua pakat tidur bawah. Sebab tidur kat bawah sejuk. Kena straight dengan kipas. Malas nak turun musolla nak solat subuh, at last semua solat subuh kat dalam dorm. Tapi pernah jugak terlajak. Exco kerohanian kitorang tak larat ketuk dah dorm kitorang kejut nak suruh bangun subuh. Sorang pun tak bangun sampai ke sudah. Dan kami pun qada' solat subuh beramai ramai. Tak sengaja ok.

Pernah sekali tu, ada pertandingan keceriaan dorm. Hah memang aku perjuangkan habis habisan untuk cat dorm warna pink. Dengan menggunakan kuasa veto yang ada, maka dorm aku berubah warna daripada orange kepada pink. Aku harap masa tu semua redho la. Tapi tak sia sia la hias lawa lawa. dorm aku menang kot. Hehehe. Last aku pergi lawat asrama dulu aku tengok diorang still kekalkan warna dorm tu. Ada jugak la jasa aku yang berbaki kat situ walaupun tak seberapa.

Bila musim exam makin dekat, macam biasa la ada je yang datang "kacau". Alhamdulillah, sepanjang aku duduk asrama "benda  tu" just kacau kacau manja je dengan aku. Takde la sampai tahap histeria. Nak dijadikan cerita, masa tahun 2011 tu dikatakan tahun anniversary "benda tu" untuk kacau kitorang selepas tahun terakhir dia menyerang masa tahun 2007.

Dipercayai bahawa "benda tu" akan kembali 4 tahun sekali. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam. So masa tahun 2011 kiranya dia datang balik untuk kacau kitorang, dan mangsa pertama histeria tu adalah budak asrama. Jadinya kami yang senior senior ni terpaksa jadi sado walaupun sebenarnya di hati ini hanya Tuhan yang tahu. Kitorang akak akak sado ni jugak la kena baca ayat kursi and iqamat kat setiap penjuru dorm. Kalau mengadap pintu okay lagi, ni kena mengadap tingkap. Kat belakang tingkap tu tempat ampaian. Memang betul betul kena kuat semangat.

Tapi kalau la ada adik adik yang baca blog ni dan still stay kat asrama BBST tu, jangan la nak mintak keluar pulak. Rasanya dah takde dah benda gitu. Korang budak baik takde nya dia kacau. Heeeee.

Memang la niat asal duduk kat asrama tu sebab nak fokus untuk SPM dengan harapan dapat result yang cemerlang la. Tapi bila dah habis sekolah ni, setelah 4-6 tahun tinggalkan sekolah, memori dengan kawan kawan tu lebih berharga dari segalanya. Tak cakap result tu tak penting, penting jugak sebenarnya. And if you got flying colours result, thats bonus. So, seimbangkan kedua-dua. Kau akan peroleh kejayaan dan kenangan yang indah.

Kalau nak tau post ni dah lama ada kat dalam draf, baru hari ni nak post. So ada la beberapa ayat yang diubah mengikut kesesuaian masa. Hahaha

Sunday, April 27, 2014

Pada suatu malam..


Assalamualaikum.

Baru hari ni aku rasa ada kelapangan untuk update blog. What a hectic week you know. Macam macam benda jadi minggu ni. Dan yang paling tak boleh lupa, angah kena histeria.

Day 1. 21/4/2014

Cerita bermula,
Angah pernah cerita, dua tiga hari sebelum ni benda tu selalu ganggu dia kat asrama. Buku jatuh kat depan dia satu satu macam orang tarik keluar dari rak. Orang nampak 'angah' and dengar suara 'angah' padahal tu bukan dia pun. Angah yang sebenarnya ada kat rumah! Then waktu malam dia selalu kena cubit. Sampai lebam.

Day 2. 22/4/2014

Sampai lah satu malam tu masa kelas tambahan. Dia pergi kelas malam. At first dia dengar suara perempuan menangis and nampak kelibat hitam. Disebabkan dia terlalu takut, angah menangis. Makin lama makin pelik cara dia menangis tu. Dia menangis mengilai! Makin lama makin kuat. Pastu ada orang angkat dia terus bawak ke asrama.

Kat rumah Mama baru dapat call yang angah kena kacau kat sekolah. Rasanya time tu dalam pukul 10 malam. Masa tu jugak kitorang satu family terus ke asrama.

Sampai kat asrama dia menjerit. Dia tak nak masuk asrama. Masa tu kitorang baru sampai asrama. Dia dah terjelepok kat lantai dah. Nampak ada ramai budak budak asrama, seorang ustaz dan Cikgu Jun (Warden). Aku terus keluar pergi kat dia. Ustaz tu cakap, "Panggil dia, sebut nama dia." Aku terus pangku dia and bacakan ayat kursi betul betul di telinga dia.

Masa tengah baca ayat Kursi tu, sampai kat satu ayat, "wala yuhiituna bisyaiin min ilmihi illa bimasyaa.." Aku jadi tergagap. Padahal bukan tak hafal. Masa tu badan angah bagi respon, macam tepis nak marah. Kitorang decide bawak ke rumah Cik Wan tempat berubat kat Taman Mawar.

So kitorang bawak ke sana malam tu jugak. Masa sampai kat rumah Cik Wan tu Mama, Abah and Insyirah je yang turun. Dalam kereta aku, Yassin dengan Angah yang still tak sedarkan diri. Masa orang lain tengah keluar, tetiba nafas Angah berbunyi. Makin lama makin kuat dan laju. Ibaratnya macam orang yang terlalu marah tapi tak boleh keluar. Kau bayangkan betapa takutnya aku dengan Yassin time tu. Senyap je kitorang. Aku tengok Yassin kat seat belakang dah kepucatan. Tak lama lepas tu Mama dengan Abah pun sampai kat kereta dengan Cik Wan tu sekali. Dia bawak air suruh sapu kat muka and tengkuk Angah. Cik Wan cakap esok datang balik for the next step.

On the way balik Angah tetiba bernafas macam tadi tu. Dan mendengus kuat. 'Dia' marah. Masa tu Abah tengah drive. Mama dengan Insyirah kat depan. Yassin belakang. So yang pegang angah time tu aku. Cepat cepat aku pegang tangan Angah time tu. Aku tak boleh baca Ayat Kursi time tu sebab aku tau 'benda' tu tengah marah sangat. Takut bila aku baca nanti dia tendang cermin kereta. Sebab tu bukan Angah. Tenaga dia kuat. Plus, Angah sangat berat masa tu even aku pegang kepala dia je. Aku pegang tangan dia, dia nak tolak. Time tu dia cengkam tangan aku sampai kat jari tu terkopek. Nak tak nak pegang jugak lah. Kitorang patah balik pergi rumah Cik Wan. Angah kat dalam kereta dah mengamuk mendengus kuat tapi tak jerit. Dia tau kita nak bawak pergi berubat. Kepala dia dah kat bawah seat tapi badan kat atas.

Disebabkan aku terlalu takut campur marah pun ada, aku marah 'benda' tu weh. Lawak pun ada. Haha. Aku cakap 'HEY! KAU KACAU ADIK AKU?! PERGI!' Actuallly time tu aku gila takut nak mampus sebab aku yang handle angah time tu. Dalam hati macam macam ayat dah aku baca.

Sampai kat rumah Cik Wan Abah angkat Angah. Abah cakap Angah berat. Padahal Angah ni kategori underweight tau. So dia pun berubat. Alhamdulillah bila berubat dengan Cik Wan tu Angah dah sedar. Balik tu kitorang bagi angah mandi air limau.

Menurut cerita budak asrama, lepas kitorang amik angah tu, semua budak budak asrama kena baca Yaasiin. Masa tengah baca Yaasiin tu, sorang budak asrama ni nampak kelibat 'Angah' berkeliaran kat asrama. Seram pulak aku dengar part ni.

Day 3. 23/4/2014

Angah tak pergi sekolah keesokan harinya. Malam tu masa solat maghrib, 'benda' tu kacau Angah lagi. 'Dia' cucuk mata kiri Angah sampai merah gila masa tengah solat. Aku bacakan Ayat Kursi kat telinga Angah. Dia menangis sambil cakap "Sakit.. Sakit.."

Day 4. 24/4/2014
The next day, Angah nak pergi sekolah jugak pagi tu sebab ada oral test. Actually berat hati jugak nak bagi dia pergi sekolah tapi nampak dah beria sangat dan nampak dia pun macam dah ceria sikit. Dalam pukul 8.45 pagi, Mama dengan Abah amik aku kat tadika. Angah kena 'kacau' lagi. Sampai je kat sekolah nampak dia dah pengsan. Muka dia sangat pucat. So bawak balik ke rumah. Masa nak angkat dia bawak naik kereta, aku, Mama, dan Abah yang angkat dia. Punya berat la nak angkat budak underweight macam tu tak logik pulak.

Petang tu jugak kitorang ke Klang untuk berubat. I know, it's hard to believed these things. Lagi lagi untuk orang yang tak pernah alami perkara perkara macam ni. For me it's already immuned with my life coz it ever happened in our family before this. It is worst than what has happened to Angah. Allah bagi aku kekuatan semangat berdasarkan pengalaman yang aku dah alami sebelum ni.

Kalau perhatikan betul betul korang akan nampak "sesuatu" yang berambut panjang dan berbaju putih.

Thursday, January 19, 2012

Tak tahu nak bagi tajuk apa...

السلام عليكم
Haluuuu!!!!! Ada orang tak??? Ye aku tahu aku dah lama tak blogging. Dari sehari ke sehari nak update tapi selalu tertangguh. But now I'm back! I promise I'll not leave you for a long time my dear blog~ Ahaks! *Okay I know I'm annoying.
Sekarang aku nak kata busy tu tidak lah, cuma terlebih penat. Paling paling rajin pun online guna phone.*Ecehh nak cerita ada phone baru sebenarnya. Alah phone murah jeww pown. Kitew punyew tak canggih macam awarks punyew leww..*Tengok tu, annoying lagi :P
Kalau dulu jadual hidup aku macam ni. Ni berdasarkan hari sekolah lah., time kat asrama dulu dulu.
6.00 am- Solat subuh and bersiap untuk ke sekolah
7.00 am- Breakfast and pergi sekolah
2.45 pm- Baru balik dari sekolah and kelas tambahan then solat zohor
3.30 pm- PREPPPPP!!!!!!
4.30 pm- Habis PREPPPPP!!!!!! then minum petang and solat asar
5.00 pm- Yeah riadah! *ponteng
6.00 pm- Bersiap untuk solat maghrib and makan malam
7.00 pm- Mesti dah kena ada kat surau sekolah untuk baca Al-Mathurat and solat maghrib berjemaah
8.00 pm- Sementara nak tunggu isyak, mengaji atau berusrah
8.30 pm- Solat isyak
9.00 pm- PREPPPPP LAGI!!!!!!
10.30 pm-  Habis PREPPPPP!!!!!! then supper. *kalau esoknya nak puasa kena sahur siap siap time ni.
11.00 pm- Mengaji dalam dorm and prepare barang untuk sekolah esok 
12.00 pm- Study dengan Ell subjek mana yang tak faham. I missed that time with you Ell :)
1.00 am-  InsyaAllah dah tidur masa ni.
But now, my schedule was totally change. Too pack, maybe. Pergi kerja pukul 8.30 am-7.00pm. Balik rumah dah penat macam apa dahh. Haha. Tu baru kerja part time belum kerja tetap lagi.
Ni lah kerja aku bila takde orang. Nak menghabiskan 754 pages novel Breaking Dawn ni. Fyi, this is candid pic., captured by Emi, tu yang nampak buruk tu. Haha jk. Dia sepupu aku yang kerja part time sama dengan aku.
Dengan dia lah aku gaduh dan dengan dia jugak lah lah aku kawan :)
Okay that's all buddy ♥
Assalamualaikum

Friday, August 19, 2011

Tak boleh laju lagi ke?



السلام عليكم
Setiap kali lepas berbuka, yang jadi imam solat maghrib mesti budak tu. Kalau dengar Al-Fatihah yang dia baca dalam solat rasa macam solat sendiri lagi khusyuk. Dah lah tu orang tak habis berbuka lagi tiba-tiba dah iqamat dah. Yang aspuri ni pulak barulah nak gi wuduk masa tu. Sedar-sedar bila dah siap amik wuduk tengok dah rakaat ke-2. Memang sempat lah kalau nak kejar kan? Terpaksa lah masbuk solat tu. Pulak tu, yang masbuk solat bukannya sikit, dekat 2-3 saf jugak lah. Selalunya aspuri lah yang selalu lambat, yelah nak pakai telekung lagi kan. Then, bila nak baca doa pulak lagi lah... Sampai tersasul-sasul. Macam mana lah doa tu nak dimakbulkan. Hmm.. Since hari first dia jadi imam aku dah tertanya-tanya, " apahal lah budak ni laju sangat?" Rupa-rupanya sebab nak berbuka awal. Patutlah semua nak cepat. Yelah kalau aspuri ni yang mana member-member dia yang tengah period tu diorang lah tolong ambik kan sementara kitorang tengah solat tapi kalau aspura siapa nak ambik kan? Haha. So terpaksalah berebut-rebut nak amik makanan punya pasal. 
Tengok budak ni baca doa pun khusyuk. 

Saturday, June 25, 2011

Kak Mine nak sticker!!!!!!

السلام عليكم

Hallo, hallo, hallo my blog!!!
Rindu nak update kamu tapi tak kesampaian. Banyak cerita yang ku mahu luahkan padamu oh blog ku. Hahha.

Okay, berbalik kepada topik kat atas tu. Siapa Kak Mine? Haa.. Nanti aku cakap. Aku nak cerita pasal kem asrama, Teenagers Musical Camp: Lets the Memories Begin.

Kem ni bertemakan musical. Semua senior form 5 and sorang form 6 jadi fasi. Kitorang yang jadi fasi ni pulak kena cari satu nama yang lain untuk menggelarkan diri kita berdasarkan tajuk lagu. Aku amik lagu Mine-Taylor Swift. Thats why lah dorang ni semua  panggil aku Kak Mine. Fasi-fasi ni pulak diberi stickers untuk diberi kat dorang untuk tambah markah kumpulan dorang sendiri. But kalau dorang nak stickers tu dorang kena buat something yang disuruh oleh fasi-fasi. Haa.. Masa ni lah aku bertindak dengan kejam. Macam-macam aku suruh dorang buat. Menyanyi, menari, lompat bintang atas pentas, ambilkan makanan, and banyak lagi. Sanggup plak tu dora ng buat semata-mata nak tambah markah kumpulan. Esoknya plak ada satu game tu namanya "Mat Saleh Celup". Aku, Radhi dengan Syerah kena jaga checkpoint "Hangman". Sepanjang game ni berlangsung kitorang semua kena speaking even our english broken. Hahha. Last day, ada explorace. Aku sorang-sorang jaga checkpoint kuiz kat tempat letak basikal. Sumpah aku bosan sampai aku tertidur time tunggu group dorang. And aku rasa mesti dorang pun kata checkpoint aku yang paling bosan. Kan, kan? 

Friday, March 4, 2011

my 17th birthday


السلام عليكم


mlm  tu  ak  tgh  lepak  dlm  dorm.  pastu  zatul  ckp  ad  perjumpaan  ketua  dorm  kul  11.45  mlm  nanti  kat  musolla.  ak  pun  ok  je  la  pastu  ak  g  turun  musolla.  memula  azira  just  bg  bku  kedatangan  aspuri  je.  ak  x  syak  pape  pun  time  tu.  ak  ingat  kan  die  just  nak  bg  bku  tu  je.  tetibe  die  ckp:
"ketua  dorm  1,  dorm  3  dgn  DORM  5  tunggu  dlu."
yg  ak  ingat  mase  tu  ad  ak,  kiera,  shahirah,  azira,  zatul  n  afiqah  zul.  smue  form  5.  ak  dah  x  sedap  hati.  apahal  lak  ni??
tetibe  dorang  marah2  ak,  dorang  torture  ak  habis  habisan  mlm  tu.  ak  diam  je.  dah  set  dlm  pale  otak  x  nak  nangis.  mcm2  dorang  ckp  psl  dorm  ak.  lame  gak  dorang  torture  ak.  smpai  kul  12.30  pun  x  abis  lg.  dah  x  thn  sgt  ak  nangis  la..:'(  wargh!!!!  jahat  la  korang!!!!!!!
pastu  kiera  ckp:
"dah  jom  naik  dorm  kau, sound  budak2  tu"
pastu  ble  masuk  dorm  ak  tgk  dorang  smue  x  tdo  lg,  duk  berkumpul  satu  tmpat.  ak  jd  cam  pelik  gle.  satu  dorm  x  tdo  lg  time  tu.  pastu  kiera  ckp  lg:
"kau  ckp  ape  yg  kitorang  ckp  kat  kau."
time  tu  mate  ak  dah  berair.  wargh!!!  nangis  lagi!!!!
tgh2  ak  meluah  kan  perasaan  mase  tu  tetibe  lampu  koridor  terpadam,  n  tetibe  dtg  suara2  asing  yg  menyanyi  lagu  birthday.
"Allah  selamatkan  kamu..
Allah  selamatkankan  kamu..
Allah  selamatkan  Immazaitul..
Allah  selamatkan  kamu.."
ak  nmpak  ell  pegang  kek,  ekin  kat  sblh  pegang  hadiah.  gle  terharu  lah  weh...  gle2  x  sangka  ouh  korang  smue  bt  cmni..  wakenabeb!!!  mlm  tu  smue  tdo  lmbat  semate2  nak  celebrate  bday  ak. 

setelah  disoal  siasat  siapa  punye  angkara  ni  smue,
org  tersebut  ialah  mama,  abah  n  angah  yg  plan  ni  smue.
mama  hantar  kek  pastu  bg  kat  ell,  ell  bg  kat  abg  DM  soh  jage. 
haha  mmg  gle  btol  bday  ak  thn  ni..

btw,  terima  kasih  banyak2  kat  mama,  abah  n  angah  yg  plan  ni  smue.  ni  bday  parti  yg  ter......best  skali  coz  dorang  bt  smpai  along  nangis..
kpd  korang  yg  terlibat  pd  mlm  tersebut  iaitu  miza,  kiera,  zatul,  azira,  afiqah  zul  n  budak2  dorm  5  (ak  nak  sebut  name  sorang2)  ell,  ekin,  dalila,  amanda,  sahira,  aina,  ain  najah,  amirah,  wawa,  nafisa,  a'an,  opie,  aishun,  aineen,  anis,  afifah  n  ain,  thx  kat  korang  yg  berkomplot  nak  kne  kan  ak  mlm  tu  ye..  haha..  ak  akan  ingat  bday  ak  ni  smpai  ble2.. 
my  best  senior  year  memory..

Saturday, February 19, 2011

sy suka!!!


السلام عليكم



minggu  lepas  minggu  stay  kat  hostel.  x  balik  umah  lar..
gle  best..  rase  mcm  asrama  tu  ak  yg  punye.
ye  la  yg  form  5  ad  bape  org  je kot,  dak2  dorm  ak  yg  x  balik  wawa,  aineen,  anis,  dalila,  ekin,  ell-->(well,  first  week  kat  asrama  smpai  x  nak  balik  umah  haha)
dak2  dorm  lain  ak  x  tau  la,  tp  ramai  gak  yg  x  balik,  majoriti  form  2.
balik  je  skolah  hr  jumaat  tu  ak,  ekin  ngan  ell  siap2  basuh  baju,  kasut  n  ape2  je  yg  perlu  dibasuh  (coz  esoknye  nak  relax2  je)
hr  sabtu  mama  dtg  skolah  bwk  makanan  lauk  kari..  pergh  meletup ah..  sedap  gle.. :)
mlm  tu  plak  kitorang  cmpur  aspura  ngan  aspuri  tgk  movie  cite  hantu  kak  limah  balik  rumah  kat  DM.  best  gle  tgk  movie  ramai2.  mcm  tgk  wayang.  haha  suke2.. :)


hr  selasa  15  feb  2011,  sambutan  maulidur  rasul  and  at  the  same  time  birthday  abah  jgk..
first  time  sambut  ngan  budak2  asrama.  best  sgt!









ni  lah  dak2  dorm  ak,  Dorm  5  Halimatus  Saadiah
dorm  yg  paling  gle  n  sporting  abis  lah.
tgk  lah,  masing2  mcm  x  penah  tgk  kamera,  smue  nak  bergambar.
well,  tgk  lah  ketua  dorm  die  sape  kan.. :)

kepala  tu  blocking  lah!




zul:  imma!  imma!
me:  (ak  toleh  blakang)
zul:  (click!  die  amik  gmbar)
candid  lah..  nasib  baik  cute  jgk..  haha.

Wednesday, February 2, 2011

another job, another complain



السلام عليكم



pergh..  ad  lg  jawatan  yg  ak  kne  pikul  thn  ni..
ni  jawatan  yg  bru  ak  dpt  semalam,  PENGERUSI  PEMBIMBING  RAKAN  SEBAYA!
ni  yg  jawatan  terbesar  yg  penah  pegang  selama  ak  skolah.
Alhamdulillah..
ak  pun  pelik  asl  dorang  undi  ak?
ye  la  ak  ni  x  pndai  sgt  pun,  duk  kls  geo..  mane  org  pandang..
nape  ak  tetibe  touching  lak  nih??  :'(
mengade2  lak..  hihi..

hr  ni  lak  kelas  geo  dah  bertambah  jd  49  org..  x  cukup  padat  lg  tu  kan...?
ad  budak  bru  kat  kls  name  die  Noramira  from  Bukit  Changgang..
first  time  die  masuk  kat  kls  tuh  semua  dak2  kls  mcm  menghalau  die..
actually,  bkn  menghalau,  just  die  ad  masalah  dgn  pemilihan  aliran  kls..
aliran  kls  geo  je  yg  sesuai  dgn  die..
kesian  pun  ad,  nak  marah  pun  ad..
kalau  kesian  kat  budak  baru  tu  lah,  mesti  die  ingat  kitorang  smue  ni  halau  die,  x  bg  die  masuk  kls  tu..
kalau  psl  nak  marah  kat  ckg2  la,  x  patut  1  kls  smpai  49  org..  asl  x  ckupkan  50  je  trus?
ad  budak  bru  je  soh  masuk  geo.  mcm  dah  x  boleh  masuk  kls  lain.  padahal  kls  PD  ngn  KM  tu  same  je  mcm  geo  just  tukar  1  elektif  je.  dah  lah  budak2  dlm  kls  tu  **nauzubillah...
yg  jd  masalahnye  ktorang  yg  nak  blaja  ni  la,  dah  la  dgn  keadaan  kls  yg  bising..  kalau  yg  baik2  tu  x  pe  la  jgk,  ni  x  smue  kaki  ponteng,  kaki  dtg  lambat  skolah  n  segala  kaki  lah  ad  kat  dorang  tu..
>>hmm..  nanti  mesyuarat  PIBG  nak  soh  mama  ngan  abah  dtg  skolah!