Blogger Layouts
Showing posts with label Moments. Show all posts
Showing posts with label Moments. Show all posts

Saturday, January 21, 2017

Kenangan 2011


Tengah-tengah malam macam ni tetiba macam terflashback memori masa duduk asrama dulu. Aku terfikir, apa aku selalu buat time macam ni kat asrama dulu? I'm started to remember those memory. Switch on the laptop, and lets blogging!

Dorm Halimatus Saadiah-2011

Jarak rumah aku dengan sekolah bukan lah jauh pun. Kalau orang tengok pun aku ni kira tak layak duduk asrama pun sebab jarak rumah dengan sekolah tu terlalu dekat. Tapi kenapa aku stay asrama? Well, a very cliche reason that commonly student use is to focus on SPM. So, aku gagahkan jugak hati stay kat asrama selama setahun, *setahun je pun..

So, sebagai budak form 5 merangkap sebagai senior kat asrama, aku acacah bajet akak garang. Garang la sikit...... Erm. Mungkin disebabkan tu jugak aku dilantik jadi ketua dorm. Dulu pernah la jugak marah sorang dormmate junior sebab dia selalu duk berlagak semacam dengan kawan-kawan dia. Actually bukan marah pun, akak tegur je dik tapi awak yang nangis. Alahai.. Tup tup aku duk scroll twitter semalam aku nampak budak yang aku marah dulu tu masuk paper sebab menang Spell-it-Right. Rasanya laa.. Tahniah!

Dorm aku adalah dorm yang paling ramai penghuninya berbanding dorm-dorm yang lain. 20 orang Aspuri. And dikatakan dorm yang paling creepy sekali kononnya. Kenapa creepy? Sebab dikatakan "benda tu" suka duduk kat tengah-tengah blok. Kebetulan dorm aku ni memang strategik and paling center di blok. Terbaik. Biasalah kalau dah duk asrama memang tak lari dengan cerita-cerita mistik bagai ni. 

Memang adat student la study lewat malam sampai pukul 3-4 pagi. Pernah satu malam aku dengar ada orang berlari dari floor bawah naik ke floor tengah, bunyi sangat jelas and bila intai kat luar takde siapa pun! Ada lagi satu cerita, satu malam tu aku dengan Ell tengah duk syok bersembang kat luar sampai tak sedar dah pukul berapa. Tetiba ada hembusan angin lalu depan muka kitorang. It is not just a hembusan angin semata-mata tau. Siap bagi salam lagi. Lembut je bunyinya, "Assalamualaikum..." Lepas kena bagi "salam" tu kitorang pun masuk dorm, tidur share katil. Hahaha.

Cerita bab adik angkat, kakak angkat benda biasa la kat asrama. Aku pun terjebak jugak la dalam gejala angkat-mengangkat ni. Untung jugak tau. Selalu dapat cekelat. Dapat hadiah time birthday. Selalu diorang ni main pass kat orang je. Bukan nak bagi face to face. Tak paham aku budak-budak ni.

Cerita pasal birthday aku masa kat asrama, jatuh air mata keperempuanan aku masa tu. Cerita selanjutnya di sini 17th Birthday.

Pukul 10.00 malam semua mesti diwajibkan ada kat dalam dorm untuk baca salah satu surah-surah tertentu contohnya Surah Ar-Rahman, Surah Al-Mulk, Surah Al-Waqiah, Surah Yasin (untuk malam Jumaat). Surah ni mesti dibaca sebelum light off. Yang bagusnya budak-budak dorm aku ni tak pernah tinggal nak baca berjemaah tak kira junior atau senior. 

Kalau bulan puasa, aku dengan Ell la budak aspuri yang rajin turun sahur. Even tiap-tiap kali sahur makan nasi goreng. And bila masuk waktu berbuka, ramai-ramai pergi surau, makan kurma dulu, pastu solat maghrib. Then barulah makan nasi. Sementara nak tunggu Isyak tu kitorang bertadarus ikut kumpulan yang dah ditetapkan and berusrah. Jangan memain, hakak jadi Naqibah beb. Tapi masa tu tak ada lagi istilah tarbiah sentap bagai ni. Cakap straight to the point. Gitulah rutin aku sepanjang bulan puasa. Rindunya ya Allah..

Masa stay kat asrama ni jugak aku kenal apa tu Al-Mathurat. Tapi diorang baca laju. Aku yang mula-mula ni nak ikut gagap jugak la. Tapi lama-lama dah dah dapat ikut. Dah jadi rutin setiap pagi sebelum solat subuh dan selepas solat asar. (Tapi sekarang macam dah jarang...... #SisJujur)

Setiap weekend kalau tak balik rumah, mula la pakat bawak turun tilam semua tidur kat lantai. Baik junior mahu pun senior semua pakat tidur bawah. Sebab tidur kat bawah sejuk. Kena straight dengan kipas. Malas nak turun musolla nak solat subuh, at last semua solat subuh kat dalam dorm. Tapi pernah jugak terlajak. Exco kerohanian kitorang tak larat ketuk dah dorm kitorang kejut nak suruh bangun subuh. Sorang pun tak bangun sampai ke sudah. Dan kami pun qada' solat subuh beramai ramai. Tak sengaja ok.

Pernah sekali tu, ada pertandingan keceriaan dorm. Hah memang aku perjuangkan habis habisan untuk cat dorm warna pink. Dengan menggunakan kuasa veto yang ada, maka dorm aku berubah warna daripada orange kepada pink. Aku harap masa tu semua redho la. Tapi tak sia sia la hias lawa lawa. dorm aku menang kot. Hehehe. Last aku pergi lawat asrama dulu aku tengok diorang still kekalkan warna dorm tu. Ada jugak la jasa aku yang berbaki kat situ walaupun tak seberapa.

Bila musim exam makin dekat, macam biasa la ada je yang datang "kacau". Alhamdulillah, sepanjang aku duduk asrama "benda  tu" just kacau kacau manja je dengan aku. Takde la sampai tahap histeria. Nak dijadikan cerita, masa tahun 2011 tu dikatakan tahun anniversary "benda tu" untuk kacau kitorang selepas tahun terakhir dia menyerang masa tahun 2007.

Dipercayai bahawa "benda tu" akan kembali 4 tahun sekali. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam. So masa tahun 2011 kiranya dia datang balik untuk kacau kitorang, dan mangsa pertama histeria tu adalah budak asrama. Jadinya kami yang senior senior ni terpaksa jadi sado walaupun sebenarnya di hati ini hanya Tuhan yang tahu. Kitorang akak akak sado ni jugak la kena baca ayat kursi and iqamat kat setiap penjuru dorm. Kalau mengadap pintu okay lagi, ni kena mengadap tingkap. Kat belakang tingkap tu tempat ampaian. Memang betul betul kena kuat semangat.

Tapi kalau la ada adik adik yang baca blog ni dan still stay kat asrama BBST tu, jangan la nak mintak keluar pulak. Rasanya dah takde dah benda gitu. Korang budak baik takde nya dia kacau. Heeeee.

Memang la niat asal duduk kat asrama tu sebab nak fokus untuk SPM dengan harapan dapat result yang cemerlang la. Tapi bila dah habis sekolah ni, setelah 4-6 tahun tinggalkan sekolah, memori dengan kawan kawan tu lebih berharga dari segalanya. Tak cakap result tu tak penting, penting jugak sebenarnya. And if you got flying colours result, thats bonus. So, seimbangkan kedua-dua. Kau akan peroleh kejayaan dan kenangan yang indah.

Kalau nak tau post ni dah lama ada kat dalam draf, baru hari ni nak post. So ada la beberapa ayat yang diubah mengikut kesesuaian masa. Hahaha

Wednesday, September 2, 2015

Diari Cikgu Imma: Kejutan


Assalamualaikum, Hello September!

Minggu terakhir Cikgu Imma. Disebabkan minggu terakhir jugak, satu kejutan yang telah dirancang oleh anak murid aku...

So ceritanya, aku on the way nak ke kelas 2 Gemilang, untuk subjek ERT. Well, as you know, ERT selalunya budak-budak perempuan je amik. Sampai je depan pintu kelas, masing-masing dah berkumpul kat depan.  Dua orang daripada ramai-ramai tu tarik aku pergi ke tangga. Ish dah dapat rasa macam ada something je ni..

Me: Eh, korang nak bawak cikgu kemana?
Them: Err.. Cikgu jom kita pusing-pusing dulu? Jap lagi kita masuk kelas.

Sah ada something! Hahahaha

Okaylah demi tidak mahu mengecewakan plan diorang, aku pun ikut la pusing-pusing sekolah. Takpe la hari ni pun kelas last dengan diorang. Dah habis pusing-pusing sekolah satu round, ingatkan dah habis. Rupanya dua kali round. Sampai budak kelas lain dah perasan. Dah kenapa Cikgu Imma pusing-pusing sekolah siap ada escort lagi?

Dan akhirnya, aku masuk dalam kelas. They sing..
"Pertemuan kita di suatu hari,
Menitikkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku kehadrat Ilahi,
Di atas jalinan yang suci.."
And I was like........  T.T
Tak sangka la diorang plan macam ni! Kenapa sweet sangat!? Haih sebak dah Cikgu Imma sorang ni..
Nampak tak muka cover nangis tu? Dah tahu hati cikgu ni hati tisu. 

Aku masuk dalam kelas, tengok kat atas meja ada blueberry cake and KFC dua kotak besar. Ya Allah budak-budak ni berapa ringgit la dah habiskan untuk benda ni semua. Terharunyaaa :")


One of them bagi ucapan.. Siap berdiri atas kerusi lagi tu.
"Saya mewakili kawan-kawan saya, saya mohon maaf kalau ada buat salah, nakal-nakal dalam kelas. Terima kasih sebab cikgu ajar kitorang subjek ERT, kerja kayu tu semua. Dan terima kasih jugak ajar kitorang choir untuk merdeka and idea-idea cikgu untuk persembahan kitorang. Terima kasih sangat-sangat. I really really really really really really like you~(dia nyanyi lagu Carly Rae Jepsen)

Look at those wishes!


Ingat pesan cikgu, jangan sesekali berdendam dengan cikgu-cikgu lain. Semua teguran cikgu adalah untuk membetulkan awak daripada terus melakukan kesilapan. Ingatlah keberkatan seorang guru. Respect them. Cikgu hanya singgah sementara saja dalam hidup awak. Dan awak akan teruskan kehidupan awak di sekolah ini. Enjoy your moment! Zaman sekolah adalah zaman yang sangat indah untuk dikenang. Ciptalah memori-memori indah itu dengan baik. Marah cikgu bukan sebab benci, marah cikgu sebab sayang. 

Cikgu Imma gonna miss you all! 

Tuesday, June 9, 2015

Dalam train


7/6/2015, Ahad (Nilai-Tg. Malim)

Dalam perjalanan aku balik dari Sepang ke Tg. Malim, aku terdengar satu perbualan dua orang individu yang aku tak kenali.

Salah seorang dari mereka, perempuan Melayu, muslimah. Sampai di stesen Kepong seorang perempuan datang duduk di sebelah muslimah itu. Kedua-duanya duduk di seat belakang namun suara mereka amat jelas kedengaran. Pada awalnya aku tak pedulikan topik apa yang dibincangkan oleh mereka. Cuma aku dapat kenal pasti perempuan yang baru sampai tu bukan Melayu. Dialeknya berbeza.

Perempuan itu bertanya kepada muslimah tersebut,
"You percaya Allah boleh selesaikan semua masalah you?"

Aku yang duduk di depan agak tersentak seketika dengan soalan perempuan tu. "This gonna be an interesting conversation.." Aku mula memasang telinga tanpa toleh ke belakang.

Muslimah itu menjawab dengan tenang,
"Ya, kami percaya. Sebagai orang Islam kami wajib percaya sebab pada Allah tempat kami bergantung."

Aku menunggu reaksi perempuan tersebut. Mungkin dia fikir soalan yang nak ditanya. Suasana jadi senyap seketika.

Perempuan itu bersuara..
"Kenapa Allah selalu turunkan masalah pada kita? I selalu bergaduh dengan husband I. I tak tenang bila balik rumah."

Aku yakin muslimah tu sangat terkejut. Terkejut bila seseorang yang dia tak kenal boleh cerita perkara yang agak privasi. Aku harap dia dapat jawab dengan tenang.

"Sebab Allah tahu you boleh hadapi masalah you dengan  baik. Allah tak akan membebankan seseorang hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Muslimah itu menjawab.

Aku terus teringat sepotong ayat Quran yang menjadi kekuatan pada aku bila aku lemah semangat.
Aku rasa perempuan tu tak salah orang. Dia bertemu dengan orang yang tepat. Alhamdulillah..

Dia berkata, "I selalu dengar orang mengaji. I suka. Bila I dengar I rasa tenang. Sometimes I nak cuba sembahyang macam you all tapi i tak tahu nak baca apa."

Muslimah tu seakan teruja bercampur syukur. "MasyaAllah.." Perlahan je suaranya. "I harap you akan jumpa sesuatu yang boleh lead you ke jalan yang benar."

Aku faham maksud muslimah tersebut. Dia maksudkan "Hidayah". Hidayah bukan milik sesiapa tetapi milik Allah. Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Perempuan tu minta sesuatu dari muslimah tersebut, "Boleh you bagi apa-apa ayat al-Quran? Nanti I boleh baca bila balik rumah. I nak rasa tenang."

Muslimah itu membacakan Surah al-Fatihah 1-7. Dia menambah lagi, "Surah al-Fatihah akan buat you rasa tenang. Kami akan baca surah ni setiap kali solat. Sekarang ni kat TV 3 pun ada selalu pasang Surah al-Fatihah. You boleh dengar lagi nanti."

Announcement train berbunyi, Stesen Sg. Buloh. Aku rasa destinasi perempuan tu dah sampai. Dia bangun. Aku cuba curi-curi pandang. Oh Indian rupanya.. "Take care and thank you so much yaa!" 
Pertemuan mereka berakhir. 

Dalam hati aku masa tu aku fikir, siapa dan dari mana pun dia, aku berdoa semoga dia mendapat hidayah Allah. Semoga Allah terangi hatinya dengan nur Islam. Aminn..


اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."

Thursday, April 9, 2015

Someone ღ



You never thought you will meet someone that always made your day
Someone who makes your smile brightest among the others
Someone who would annoys you, everyday
Someone who doesn't care about your flaws
Someone with firmly attitude, yet still sweet with you
Someone who would do anything just to see your smile
Someone who put an effort to fight just to be with you
Someone who afraid of losing you

He has found you
And you have found him..
-FA-

 I.N.
9th April 2015, 8.49am

Friday, December 12, 2014

Painful moment


Assalamualaikum.

Sejak sekian lamanya aku tak update blog. Holla silent readers sekalian! Sangat lama aku membiarkan blog ni bersawang. Macam krik krik je...

I never thought being a university student will be this busy. Every weekend ada event. Sampaikan mama dah tanya dah, "Bila along nak balik..?" Homaiiii aku cukup lemah dengan soalan ni. Serba salah dia tu deep wehh.. Padahal bukan la jauh sangat Tg. Malim-Sepang. Cuma masa yang tak mengizinkan..

Aku bukan takde story nak cerita nak diceritakan kat blog. Ada. Banyakkkkkkk sangat! Setiap kali aku on laptop new tab aku mesti blogger. Kononnya dengan harapan nak update lah. Tapi biasa lah, harapan tinggal harapan. Blog orang lain yang aku baca, blog sendiri dianaktirikan. 

See that picture? Yes, thats my leg. It's been a month ago and now i'm fully recovered, alhamdulillah.. :) Macam kelakar jugak lah bila orang tanya "Kenapa dengan kaki tu imma?" And i said," Jatuh longkang.." And thay laughed. Whyyy!?? Sakit hang tau dak.. Teriak jugak la masa kena tu.. 

Aku jatuh sorang sorang masa tu. Aku memang dah tak boleh nak bangun langsung sebab sakit sangat.. 2 3 minit lepas tu ada satu keluarga ni yang sangat berhati mulia tolong, Kak Laili. At first, dia bawa aku ke Klinik Kesihatan Tg. Malim. Tapi masa tu hari Ahad.. Xray pulak tutup hari tu. Then menuju ke Hospital Slim River. Masa ni mama tak tau lagi. Ni kalau family aku tahu masa tu, memang kalut jugak lah. So better aku diamkan dulu. Bagi settle segala kerja baru boleh bagi tau. 

Dr. kata "Kaki awak ligamen koyak and ankle dislocated." And i was like.... Whatt?? Sounds serious tapi tak lah serious mana sebenarnya. Saja dr ni buat aku cuak. So kaki aku perlu disimenkan sampai betis. Aku ingat simen tu tak la berat mana. Bila dah pakai baru tau rasanya. Baru ingat lepas simen tu nak balik kolej terus. Memikirkan macam mana nak naik ke kolej tingkat 2 tu pun haru jugak. Sangat susah nak berjalan. Nak menangis aku setiap kali menapak. At last, Kak Laili kata balik rumah dia. Malu la jugak sebab tidur rumah orang. Segan..... Masa tu jugaklah baru aku baru bagitau kat family apa yang dah jadi. Esoknya, barulah parents aku datang amik aku kat rumah Kak Laili.

Aku rasa tersangat lah terhutang budi dengan family Kak Laili. Segala urusan aku dari pendaftaran, simen kaki, makan minum, solat, tayamum semua dibantu oleh dia. Semoga Allah membalas jasa dia.

Bila sampai rumah memang tak boleh nak bergerak banyak. Tapi aku ni nak jugak berjalan. Tak kira bertongkat ke tak nak jugak. Ketegaq jugak la aku ni. Bosan jugak la bila jadi macam ni. Nak naik atas tak boleh. Nak mandi susah. But, the best part is bila nak makan adik adik aku tolong sediakan. Wahh masa ni aku rasa betul betul disayangi. Hahaha. Sepanjang mc aku dipenuhi oleh kerja assignment aku. Settlekan apa yang patut. Rajin pulak aku bila duduk rumah ni. Duk kat kolej tak rajin macam ni pun.

Paling tak boleh lupa masa mengurut. Perghhh ohsem gila bak hanggg... Macam kena histeria. Sakit dia Tuhan saja yang tahu. Maklum lah orang tak pernah kena macam ni, First time kena mengurut tu menangis jugak lah. *Manjanya sayaaaa..... :p Tapi tak tipu. Memang sakit wehh. Mama cakap, "Macam mana laa along nak beranak nanti ni...." HAHAHA ntah la maa.. Baru kena macam ni sikit dah menjerit macam apa. Tapi lepas je kaki aku kena tarik part yang sakit tu, rasa macam lega yang teramat. Rasa macam boleh jalan terus.

Sebulan jugak lah nak bagi kaki aku fully recovered. And alhamdulillah semuanya dah pun okay.. Serious wehh, tak mau dah terseliuh ke apa ke lagi.. Sekarang ni pun nak langkah longkang sangat berhati-hati. Hahaha =D