Blogger Layouts
Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku nak berkongsi satu cerita dengan korang semua. Tentang Mustafa Kamal Ataturk. Mungkin ada yang kenal siapa dia ni dan mungkin tidak. Even aku sendiri pun tak kenal jugak siapa Ataturk ni. Sebelum ni pernah dengar nama dia tapi tak tahu kisah dia. Abah yang belikan buku ni kat aku so aku baca lah. Bagi aku kisah dia sangat menarik. So let's we begin, Mustafa Kamal Ataturk-Penegak Agenda Yahudi (Abdul Latip Talib)
Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan pada 19 Mei 1881 di Salonika (Thessaloniki). Salonika ni nama satu tempat kat Greece. Ibu kandungnya bernama Zubaidah Hanim tetapi ayah kandungnya tak dapat dikenal pasti. Pada tahun 1886 beliau mendapat pndidikan awal di sekolah rendah di Salonika. Pada awalnya, ibunya mahu beliau memasuki sekolah agama tetapi tetapi beliau tidak mahu. Beliau mahu belajar di sekolah Inggeris yang menawarkan subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekejap sahaja beliau meneruskan pelajaran di maahad dan akhirnya beliau menyambung pelajarannya di sekolah Inggeris atas dorongan Abdul Muhsin Agha, bapa angkat kepada Mustafa Kamal Ataturk. Ibunya terpaksa mengikut sahaja kehendak anaknya. Tanpa disedari Abdul Muhsin Agha mempunyai agendanya tersendiri. Beliau sudah lama berdendam dengan kerajaan Islam Uthmaniyah dan beliau mahu mendidik Mustafa Kamal Ataturk untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem khalifah di Turki
Pada tahun 1892, beliau menyambung pelajarannya di sekolah kadet di Salonika. Di sekolah inilah beliau mendapat gelaran "Kamal" yang bermaksud sempurna daripada guru Matematiknya. Mustafa Kamal Ataturk sangat meminati subjek tersebut. Abdul Muhsin Agha pula menggunakan kekayaan yang ada untuk "menyuap" guru-guru di sekolah tersebut supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ataturk. Setiap kali menjelangnya peperiksaan, Ataturk akan mendapat soalan bocor daripada guru-gurunya. Hal ini menyebabkan Ataturk semakin menonjol kerana kecemerlangannya di sekolah. Pada tahun 1896, beliau meneruskan pendidikannya di Maktab Tentera di Manastar dan pada tahun 1899 pula menyambung pelajarannya ke peringkat  lebih tinggi di Kolej Tentera di Istanbul.
Bermulalah usaha-usaha Ataturk untuk meruntuhkankan kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki. Beliau mula aktif dalam politik. Dengan menggunakan kuasa tentera yang ada beliau berjaya menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Beliau bercita-cita untuk memusnahkan sistem khalifah dan ingin menjadikan Turki sebagai sebuah negara republik. Impian beliau menjadi kenyataan pada 1923 dan secara rasminya beliau menjadi presiden Turki. Dengan menggunakan kuasa yang ada, sistem khalifah tidak lagi digunakan dan berakhirlah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah pada 3 Mac 1924. Masyarakat Islam di Turki pada ketika itu semakin lemah disebabkan oleh diktator ini.

Pada 1923 juga,  beliau telah menandatangani Perjanjian Luzan. Perjanjian ini merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Barat yang dianggap sebagai satu revolusi dalam sejarah Islam di Turki. Antara perjanjian tersebut ialah:
a) Menghapuskan sistem khalifah
b) Mengubah syariat Islam dengan undang-undang Barat
c) Mengasingkan urusan agama, politik dan negara
d) Azan ditukarkan dalam bahasa Turki
e) Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dan Al-Quran yang dicetak dalam bahasa Arab dimusnahkan
f) Memaksa kaum wanita mendedahkan aurat dengan memakai skirt dan kaum lelaki digalakkan memakai topi koboi dan tidak dibenarkan memakai serban
g) Hari cuti umum ditukarkan kepada hari Ahad
Terlalu banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Ataturk yang bertentangan dengan Islam. Antaranya ialah:
a) Menghapuskan penggunanaan kalendar Islam dan menggunakan kalendar masihi
b) Menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
c) Undang-undang perkahwinan berdaftar digubal berdasarkan undang-undang Barat
d) Kementerian Waqaf dan Kementerian Perundangan Syariah dihapuskan
e) Masjid Aya Sophia yang asalnya merupakan gereja dan dijadikan masjid semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh akhirnya dijadikan muzium oleh Ataturk
f) Menutup semua masjid dan melarang rakyatnya solat secara berjemaah
g) Undang-undang waris dan faraid secara Islam dibatalkan
h) Menyerang Islam secara terbuka
i) Agama Islam digugurkan sebagai agama rasmi negara
j) Sekolah agama dan universiti Islam ditutup
Kesemua perubahan yang dilakukan oleh Ataturk seperti mahu menjauhkan rakyatnya daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Perubahan-perubahan ini sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan masyarakat Islam di Turki.
Saat-saat terakhir seorang diktator
Pada awalnya, beliau dikatakan menghidapi penyakit gatal-gatal. Doktor peribadinya mengatakan penyakitnya berpunca daripada hama dan debu di sekitar istananya. Akhirnya, beliau mengarahkan supaya istananya itu dibersihkan daripada hama dan debu namun penyakitnya itu tidak juga pulih malah beliau semakin tenat. Beliau disahkan menghidapi penyakit radang hati (lever cyruz) dan beberapa penyakit misteri. Selain itu. ketika saat-saat terakhirnya juga beliau sering mengadu kepanasan dan menjerit kerana tidak pernah berasa sejuk. Beliau pernah dibawa ke tengah-tengah laut untuk menyejukkan badannya, meletakkan ais dan memanggil bomba untuk menyiram seluruh badannya namun tidak berhasil. Beliau juga pernah pengsan beberapa kali dan akhiranya pada 9 November 1938 beliau disahkan meninggal dunia. 
Allah itu maha adil. Pada ketika itu tiada seorang pun yang mahu menguruskan jenazah beliau. Jenazahnya telah diawetkan selama 9 hari berturut-turut bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyatnya untuk melihatnya buat kali terakhir. Akhirnya, adik perempuan beliau merayu meminta ulama-ulama Turki untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Seorang ulama Turki yang menyembahyangkan jenazah Ataturk iaitu Syarafuddin Affandi mengatakan beliau akan bersembahyang seperti yang diminta oleh Mustafa Kamal Ataturk. Maksudnya beliau akan membaca semua bacaan solat dalam bahasa Turki.
Sewaktu ingin mengebumikan jenazah beliau, jenazahnya pula tidak diterima bumi. Sekali lagi, jenazahnya diawetkan dan diletakkan di muzium EtnoGrafi selama 15 tahun sehingga pada tahun 1953. Setelah 15 tahun berlalu, jenazahnya ingin dikebumikan kembali, namun sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaannya. Setiap kali ditanam, keesokan harinya kubur itu berlubang dan kerandanya dimuntahkan keluar. Akhirnya, jenazah beliau tidak ditanam tetapi diletakkan di satu bukit dan ditanam di celahan batu-batu marmar seberat 44 tan dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Ulama-ulama pada ketika itu mengatakan bahawa bukan sahaja di bumi Turki, malah seluruh bumi Allah tidak menerima jenazah Mustafa Kamal Ataturk!

Tuesday, February 14, 2012

Sejarah Valentine's Day

السلام عليكم
Sebagaimana yang kita maklumi, setiap 14 Februari merupakan Hari Kekasih atau dalam Bahasa Inggerisnya "Valentine Day".
Berdasarkan sejarah, (wikipedia) Santo Valentine Day atau lebih dikenali sebagai Valentine Day merupakan suatu sambutan yang diadakan setiap tahun pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Nama "Valentine" diambil sempena nama martir Kristian purba bernama Santo Valentine. Ditubuhkan pada tahun 496 M oleh Paus Gelasius, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969.
Antara fakta bersejarah tentang Valentine Day.
Kebanyakan martir Kristian purba pada zaman itu bernama Valentine, tetapi Valentine yang dimaksudkan pada 14 Februari ialah Valentine dari Rom dan dari Terni. Tidak ada unsur-unsur cinta dan asmara yang terdapat dalam riwayat hidup antara kedua-dua martir ini. Dalam pindaan Takwim Para yang Kudus Katolik Rom pada tahun 1969, Santo Valentine Day telah dipadamkan daripada Takwim Santo Rom Am dan telah diturun taraf. Ada juga sejarah mengatakan Valentine’s berasal daripada nama St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
Valentine Day mengikut pandangan Islam.
Islam sama sekali tidak pernah megiktiraf Hari Kekasih apatah lagi halal bagi kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Sebagai seorang muslim, mari kita renungkan firman Allah SWT;
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra: 36)
Maksud Firman Allah SWT disini, kita bukan sekadar melihat dan mendengar. Bukan juga sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana dan dimana, bahkan lebih daripada itu. Disebabkan oleh itu Islam amat melarang umatnya melakukan sebarang bentuk upacara yang mendorong kepada suatu kepercayaan yang lain atau dalam Islam disebut sebagai Taqlid. 
Hadis Rasulullah SAW;
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah SWT;
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Surah Al-Imran: 85)
Renung-renungkan dan selamat beramal :)
والله أعلم بالصواب

Tuesday, October 25, 2011

"Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera..."

السلام عليكم

Sultan Muhammad al-Fateh (Sultan Muhammad II) Salah seorang tokoh pejuang Islam dari kelompok pemerintah sama seperti Salahuddin al-Ayyubi. Beliau menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran ‘Al-Fath’, yang bermaksud kemenangan, adalah sempena kejayaannya menakluk Konstantinopel (Istanbul).

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki Konstantinopel yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja pejuang-pejuang yang maju ke hadapan untuk memenuhi maksud hadis tersebut. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai usaha ketenteraan telah dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok berlapis Konstantinopel. Konstantinopel yang berada di dalam Empayar Byzantine dianggap sangat penting kerana ianya merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad SAW itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh.
Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub al-Ansari r.a. syahid berhampiran tembok kota Konstantinopel. Beliau melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umaiyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Beliau berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinopel, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.
ZAMAN KANAK-KANAK
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Adrianapolis yang terletak di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) adalah seorang yang soleh, handal dalam perang dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad menjadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.
Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Ini cukup untuk menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.
Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab Hanbali itu amat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Tokoh yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Beliau bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.
Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinopel tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian.
ZAMAN REMAJA
Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah kerajaan Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad menjalankan urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah beliau menjawat jawatan khalifah secara rasmi. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.
ZAMAN DEWASA
Sepanjang hidupnya, Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri kempen ketenteraan sebanyak 25 kali. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan bahawa ketika tentera Islam membina ‘Benteng Rumeli Hisari’, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan sehingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.
Sultan Muhammad sangat gemar memakai serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu juga adalah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka untuk syahid pada bila-bila masa selain kecintaan kepada sunnah Rasulullah SAW. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu berserban. Beliau seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Beliau sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga gurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap meminta bapanya ke medan perang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah: “Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.” Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.
MEMBUKA KONSTANTINOPEL
Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinopel, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Beliau belajar daripada sejarah yang menyaksikan kegagalan tentera Islam berulangkali dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.
Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.

Tentera Islam tiba di Konstantinopel dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, ianya memberikan kesan yang besar terhadap semangat tentera musuh.
Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinopel ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.
Sultan Muhammad, yang berusia 21 tahun pada ketika itu, dan tenteranya tiba di Konstantinopel pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinopel masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.
Namun, satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa serta di luar jangkaan musuh.
Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sesudah berlalu 53 hari, Konstantinopel masih tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan nekad dia berkata: “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”
Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate beserta 30 orang pejuang Islam menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu menaikkan lagi semangat tentera Islam. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinopel berjaya ditakluki oleh tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya gugur syahid akibat terkena anak panah musuh yang bertali arus.
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople akhirnya jatuh ke tangan Islam. Sultan Muhammad dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya, lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah beliau diberi gelaran “Al-Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya menakluk Konstantinopel.
Sultan Muhammad kemudiannya menukar nama Konstantinopel kepada ‘Islambol’ yang bermaksud ‘Islam Keseluruhannya’ (Nama Islambol kemudiannya diubah pula kepada ‘Istanbul’ oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk laknatullah). Sultan Muhammad juga menukar Gereja Besar St. Sophies kepada sebuah masjid yang diberi nama ‘Aya Sofia’ (Sekarang telah dijadikan muzium). Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani dan sekitarnya.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Selepas berjaya menakluki Konstantinopel, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam?
Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya: “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk.” Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fardhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.” Sebahagian daripada tenteranya duduk. “Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.” Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak akil baligh!

AKHIR HAYAT
Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Gebze. 

Sunday, January 23, 2011

Ainul Mardhiah



السلام عليكم



Ainul  Mardhiah  bermaksud  "mata  yg  diredhai"  dan  dia  merupakan  bidadari  syurga  yg  paling  cantik  drpd  bidadari  syurga  yg  lain..  dia  telah  diciptakan  oleh  Allah  S.W.T.  utk  lelaki  yg  mati  syahid.


pada  suatu  pg  di  bulan  ramadhan,  Rasulallah  S.A.W.  telah  memberikan  ucapan  utk  memberi  suntikan  semangat  kpd  sahabat2  yg  berjihad  ke  jalan  Allah.  sesiapa  sahaja  yg  berjiihad  ke  jalan  Allah  dan  tiba2  dia  mati  syahid,  maka  dia  akan  dikurniakan  seorang  bidadari  yg  paling  cantik  didalam  syurga  iaitu  Ainul  Mardhiah.

setelah  mendengar  ucapan  Rasulullah  itu  td,  seorang  pemuda  remaja  ingin  mengetahui  sejauh  mana  kecantikan  bidadari  syurga  seperti  yg  diceritakan  oleh  Rasulullah.  beliau  ingin  bertanya  tetapi  beliau  berasa  malu  kpd  sahabat2nya  yg  lain.  tetapi  beliau  tetap  berjihad  bersama2  Rasulullah.

sebelum  tiba  waktu  zohor,  beliau  tidur  sebentar  bersama  sahabat2  yg  lain  krn  itu  merupakan  sunnah  Rasulullah.  beliau  telah  bermimpi  telah  dtg  ke  syurga.  "dimanakah  ak  berada  sekarang  ini?"  tanya  pemuda  itu.  beliau  bertemu  dgn  seorang  lelaki  berpakaian  bersih  dan  cantik  di  situ  dan  lelaki  itu  menjawab,  "inilah  syurga."  kemudian  pemuda  itu  menyatakan  hasratnya  utk  bertemu  dgn  Ainul  Mardhiah.  lalu  lelaki  itu  menunjukkan  suatu  arah  dan  pemuda  itu  mengikut  arah  yg  ditunjukkan  oleh  lelaki  itu  td.  tidak  lama  kemudian,  pemuda  itu  bertemu  dgn  sebatang  pohon  dan  seorang  perempuan  yg  sgt  cantik.  pemuda  itu  tidak  pernah   kecantikan  seperti  itu  di  dunia.  lalu  dia  memberi  salam  dan  bertanya  "adakah  kamu  ini  Ainul  Mardhiah"?  lalu  perempuan  itu  pun  menjawab,  "bukan,  sy  adalah  khadamnya.  Ainul  Mardhiah  ad  di  dalam  mahligai  sana."  kemudian  pemuda  itu  menaiki  anak2  tangga  mahligai  itu.

disitu  beliau  melihat  beberapa  lg  perempuan2  yg  lebih  cantik  drpd  yg  sebelumnya.  pemuda  itu  bertanya  kpd  mereka  "adakah  diantara  kalian  Ainul  Mardhiah"?  mereka  menjawab,  "bukan,  Ainul  Mardhiah  ad  di  dalam."  tidak  lama  kemudian  pemuda  itu  bertemu  dgn  perempuan  yg  sgt  cantik  berbanding  yg  dilihatnya  sebentar  td.  lalu  perempuan  itu  berkata  "akulah  Ainul  Mardhiah.  ak  diciptakan  utk  kamu  dan  kamu  diciptakan  utk  ak."  pemuda  itu  cuba  mendekati  Ainul  Mardhiah  namun  Ainul  Mardhiah  berkata  "nanti!!  kamu  tidak  boleh  mendekati  diriku  krn  kamu  belum  syahid  lg."  pemuda  itu  terjaga  dr  tidurnya.  beliau  menceritakan  mimpinya  kpd  sahabatnya  dan  beliau  memesan  supaya  jgn  menceritakan  kpd  Rasulullah. 

kemudian  di  sebelah  petangnya,  pemuda  tersebut  telah  berjihad  bersama2  sahabat2nya  yg  lain.  lalu  ditakdirkan  pemuda  tersebut  telah  mati  syahid.  petang  tersebut  ketika  semua  sahabat  telah  pulang  ke  masjid  utk  berbuka  puasa,  sahabat  kpd  pemuda  yg  menceritakan  tentang  mimpinya  itu  td  bangun  dan  merapati  Rasulullah.  beliau  menceritakan  perihal  pemuda  yg  syahid  itu  td.  ketika  beliau  bercerita,  Rasulullah  menjawab  "benar...  benar...benar..."  dalam  sepanjang  cerita  tersebut.  akhirnya  Rasulullah  berkata  "mmg  benar  cerita  sahabat  kamu  itu  td  dan  sekarang  ini  dia  sdg  berbuka  puasa  di  syurga  bersama  Ainul  Mardhiah."

~Wallahu  'alam~

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih
 
Song  by:  UNIC

Wednesday, December 8, 2010

Sejarah Maal Hijrah


السلام عليكم

Satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman
Maal  Hijrah  atau  Awal  Muharram  adalah  thn  permulaan  dlm  kalendar  islam.  merupan  suatu  hr  yg  bermakna  bg  kita  sbg  seorang  muslim.  penghijrahan  Rasulullah  S.A.W.  dr  Kota  Mekah  ke  Kota  Madinah  pd  thn  622m  tlh  memberikan  impak  yg  besar  kpd  umat  islam.  oleh  itu,  marilah  kita  berazam  pd  thn  ini  utk  kebaikan  diri,  bangsa  dan  agama.