Blogger Layouts
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

#JJCM: Nasi Arab Marhaban Bikum, Dataran Nilai

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti. Marhaban, ismī Immazaitul Nur Aim Binti Naim. Tašarraftu bima'rifatika :)
(I am honoured to meet you)

I learnt some new sentences in arabic just now. Tašarratu bima'rifatika is the informal way you introduce yourself and greet people. But you can use Surirtu biliqā'ika (Pleasure to meet you) instead but in formal way.

Okay im not going to be your arabic teacher. Bahasa arab pun tunggang langgang. Tu la dulu masa kecik kecik suka ponteng sekolah agama. Haha

Last Thursday, i went to Nasi Arab Marhaban Bikum Restaurant at Dataran Nilai, NS. First time actually rasa nasi arab ni. And dah lama teringin nak makan. Ajak abah makan kat sana abah tak berkenan. At last, pergi dengan kawan kawan.
Tempat dia mudah sangat nak cari. And i guess orang orang Nilai mesti dah familiar sangat dengan Dataran Nilai. Kat situ ada satu satunya restoran yang ada iaitu Nasi Arab Marhaban Bikum.

But before that, SELFIE! :)


Agak blur jugak masa nak order makanan tu. Well, first time kan. Nampak nama pelik pelik je tanya. I keep asking, "Ni apa?" "Tu apa?" "Ada apa je kat dalam makanan tu?" Kawan kawan gelak je. Waiter tu pun sama! -.-

And finally Wan, Aida and i ordered this.

Nasi Arab Kambing Kabsah (RM 15.00)

That red one in the small plate is Salatoh Sauce (tomatoes and green chilies mixed all together). And the white one is Zabadi Sauce (almost like coleslaw. But actually it is yogurt mixed with cucumber and onion) The soup is mutton broth (air rebusan kambing). 

Nasi arab kat sini ada dua jenis. Nasi Arab Ayam dan lagi satu kambing. Then, daging dia tu pun ada tiga flavours tertentu. Kabsah is the original taste. Roast, macam biasa lah yang panggang punya. And lagi satu Kuzi yang berempah.

Ell's, 

Nasi Arab Ayam Roasted (RM 13.00)

Aina's,

Nasi Arab Kambing Kuzi (RM 17.00)

Okay, seriously nasi arab kat sini memang thorrrbaekkk. Dengan daging dia yang lembut. Nasi dia pulak cukup rasa. Maklumlah first time katakan.. Nasib baik first time pun dapat rasa yang sedap punya. Kalau tak memang takdenya aku nak makan lagi lepas ni. Haha

Kat sini jugak ada je jual menu lain macam nasi goreng, char kuey teow or western foods tu semua. Cuma specialities kat sini nasi arab and some of Middle East foods like murtabak and shawarma.

Nuzul's.

Murtabak Ayam (RM 7.50)

Nabil's

Nasi Goreng Chicken Chop (RM 10.90)

And the drinks we ordered this. First time jugak rasa ni. 
 Barbican (RM 3.50-each)

Okay bagi yang tak suka air yang bergas jangan minum. Tinggi sangat gas dia. Tapi sedap jugak. Aku punya Raspberry.

Except for Aina, she ordered this.

Soda Herb's (RM 5.50)

Soda herb's ni rasa dia ala ala ice cream soda sikit tapi dicampur dengan asam boi, lemon and daun pudina. Sedap!

Tamatlah sudah entry Jalan Jalan Cari Makan ku kali ni. I'll update for the next place! Bye :* 

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, March 4, 2014

#JJCM: Dubu Dubu Seoul Food, Mid Valley


Assalamualaikum wbt, Annyeong haseyo!!!

I speaking Korea youuu.. Ahaks! Korean-Muslim siap bagi salam lagi tuu. Haha. Well, nowadays kan ramai muda mudi diluar sana yang suka Kpop. So, kita ni pun terKpop jugak lah.

Aku ada sorang kawan namanya Nyna. Seorang yang sangat suka search benda-benda aneh. Apa-apa yang dia jumpa biasanya dia akan share dengan aku. Bagus jugak ada kawan macam ni. Sepanjang aku kenal dia, macam-macam benda dia share knowledge dia dengan aku. Senang cerita, memang best la kawan dengan dia ni!

Salah satu benda yang dia search ialah Korean foods. Dia ni lah yang mempengaruhi aku untuk makan Korean foods ni. Aku bukanlah seorang peminat tegar dalam dunia Kpop. Tapi kalau bab makanan ni lagi-lagi makanan luar Malaysia, memang aku suka mencuba.

Hari tu kitorang date, nak makan makanan Korea sangat kann... So, akhirnya kitorang menuju ke Dubu Dubu Seoul Food at Mid Valley (ground floor). For Nyna, dia dah biasa makan kat restaurant ni. Aku je lah yang macam over-excited padahal hati tu takde langsung pun minat Kpop.

For the restaurant decoration, nice. Memang bertemakan Urban Korea yang agak modern. So, lagu-lagu yang dipasang pun semuanya Kpop. Layan je lah..  Yang penting, HALAL!



Mine is Dol Sot Bibimbap Beef Set. (RM 19.90)

Dol Sot Bibimbap Beef Set served with a variety of nutritious vegetables, kimchi and meat beautifully arranged on fluffy Dubu Dubu Rice, topped with an egg in a heated earthen bowl. Mix with Dubu Dubu Spicy Sauce and enjoy it!

Nyna's, Spicy Udon Soup (RM 16.90)

A bit spicy. Almost like laksa. I loved this one!!

Yassin's, Spicy Toppoki Rice Cake (RM14.90)

The rice cake is soo liat!! Tapi best nak kunyah. Almost like Yong Tau Foo.

Our side order, Pa-Jeon Korean Pancake (RM 11.50)

Our beverages, Peach Tea (RM 6.90) and Citron Tea (RM 6.90)
I loved the taste of Citron Tea. Even rasa macam kelat kelat sikit. Ala macam lemon gituu..

Secara ringkasnya, makanan Korea memang best bagi tekak universal macam aku. Dan agak menyihatkan juga sebab Korean foods ni lebih kepada veggies. Layanan waiter and waitresses yang mesra membuatkan aku rasa maca nak pergi lagi. InsyaAllah. Maybe masa nak date dengan future husband kot. Ehh..Haha. Make sure my future husband seorang tekak universal juga. So we can try variety of foods later. Hehe.

Anyway, thanks to Nyna for introduced me with this food! <3

Saturday, May 25, 2013

Chocolate cake in a mug's recipe


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hey there! Alhamdulillah tamatlah sudah STPM second term. Jadi, bermula lah cuti sekolah selama 2 minggu. Agak free lah jugak walaupun sebenarnya tak lah free sangat. Ergh baru nak lek-lek jap, then mula lah terfikir buka sekolah ni dah masuk third term. Then MUET. Ingat time cuti macam-macam benda aku nak cover balik, MUET lah, nak baca buku untuk paper subjek repeat lah, nak baca untuk subjek sem 3 ni lah. Eww bajet rajin je imma ni. Tak payah nak bajet sangat lah kan. Hahaha. Hakikatnya aku tak serajin mana pun. 
Jadi, demi meraikan tamatnya exam aku telah melakukan satu experiment. Pada suatu malam, around 11 o'clock something masuk dapur. Tengok barang-barang, wuuu awesome semua benda ada, tinggal nak buat je. So apa lagi baking lahh!! Uish kemain tau lately ni rajin imma baking. Haha. Alright, chocolate cake in a mug recipe's here!
Bahan-bahan
  • 3 sudu serbuk koko
  • 3 sudu gula halus
  • 3 sudu tepung gandum
  • 3 sudu minyak masak
  • 3 sudu susu segar (Disebabkan masa tu susu segar tak ada, aku guna susu Insyirah. Brand Dugro 1-3 years old lagi tu. Haha.)
  • 1 biji telur
  • Chocolate rice (Untuk topping. Optional. Nak letak badam ke, chocolate chips ke pun boleh)
Simple kan? Semuanya serba 3.  Ni kebetulan semua benda ada. Serbuk koko tu balance masa buat chocolate cheesecake masa mothers day hari tu. Resipi untuk chocolate cheesecake tu coming soon. Akan di update di kemudian hari okay. Wah dah macam rancangan masakan gituu. Kelas kau imma.. Hahaha.

Cara-cara
1. Okay first, letak serbuk koko, gula halus dan tepung gandum dalam satu mug. Gaulkan sekali.
2. Letak telur. Gaulkan sebati.
3. Lepas tu, letak minyak masak dan susu segar. Gaul sampai likat.
4. Ha nampak tak tu, dah likat kan. Letak dalam oven dalam 5-10 min. Macam aku buat hari tu 10 min dan oven pulak almost 250 degree.
Tadaaa!! Senang kan? Dah siap tu boleh la tambah topping atas cake tu. Ada orang buat dia campur chocolate chips dalam cake tu, so masa dia tengah bake chocolate chips tu akan cair kat dalam. Emmm dapnyeerr.. Letak ice-cream ke, whipping cream ke. Or kalau ada bajet lebih sikit campur Nutella. Ohsemnyaaa!! Haha aku sendiri terliur masa menaip ni. 

Baiklah, nampaknya masa begitu mencemburui kita. Kita bertemu lagi di lain masa dalam rancangan masak memasak bersama chef Imma yang comel lagi cute. HAHA. Salam alaik!
~SELAMAT MENCUBA~