Blogger Layouts
Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

Friday, February 26, 2016

Hello 4th Semester!


Assalamualaikum and hye!

Minggu 1 di semester 4. Belum senior lagi tapi kira pertengahan dah. Alhamdulillah minggu pertama berlalu dengan jayanya (ceh!?) walaupun terpaksa struggle dengan add drop subject + wifi yang macam harommm. Sangat menguji kesabaran. Bagus UPSI ni, awal awal dah ajar student dia untuk bersabar. Ni baru add drop, belum masa praktikum lagi. Huhu.

Okay, sebelum aku start buat assignment yang dah mula menggunung tu aku dah berhajat nak blogging dulu. Kang bila dah start buat assignment, blog ni bersawang balik. Hujung sem baru nak update.

Sem ni agak aneh. Housemate aku semua budak IT. So that means takde coursemate yang sama rumah dengan aku. Well, thats fine. Aku boleh je adapt dengan diorang semua. Kadang kadang ada bagusnya tiap tiap sem bertukar housemate ni. Makin ramai orang yang aku kenal dan makin ramai kawan kawan. Kawan kawan pun datang dari pelbagai negeri. So, macam macam loghat la yang aku dengar dalam rumah ni setiap hari.

Yang kelakarnya, roommate aku sem ni sama nama dengan aku. Yang bezanya ejaan nama je. Dia Ima, aku Imma. Boleh bayangkan tak, bila ada orang panggil salah sorang mesti dua dua perasan. Lol. Ima cakap dia dah lama kenal aku tapi aku je tak kenal dia. Hahaha famous tang mana la sampai dia boleh kenal aku dulu. Dia kenal sebab nama kitorang sama. Tak sangka boleh jadi roommate satu hari nanti. Lahir pun dalam bulan yang sama, aku 2 Mac, dia 4 Mac. Tapi aku dari Sepang, Selangor. Dia dari Sandakan, Sabah. So, bila roommate orang Sabah aku pun mula la ber "bah bah" jugak. Bukan aku perli dia cakap :( tapi tiba tiba je aku boleh terikut cara dia cakap. Haih Imma Imma.. Boleh bah kalau kau.

So, aku rasa aku dah menunaikan tanggungjawab untuk update blog sebelum buat assignment. Nah, gambar dari bilik hakak. Bilik hakak ni panas bahang sebab betul betul menghadap matahari kalau waktu petang. Tapi kalau waktu pagi sejuk teramat la pulak. 


Sunday, August 16, 2015

Mentaliti


Assalamualaikum wahai pembaca yang budiman sekalian.

Baru-baru ni ada terbaca satu screenshot tweet from unknown twitter account. Dalam tweet tu beliau berkata,
"Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Which IDIOT took that course anyway? Jenis SPM takde A."
Wow you called us idiot? Thanks. May Allah bless you dik.

First of all, may i introduce myself. I am a degree student in Early Childhood Education in UPSI. I just finished my second semester and will continue my study in this September for the third semester in my second year.

Lebih kurang sama seperti luahan pelajar PAKK yang di viral kan dalam Fb baru-baru ni. Aku pun mengalami situasi yang sama. Bezanya, aku degree dia diploma dan berbeza institusi, but we still in the same course.

Kalau diikutkan pada awalnya aku target UUM dalam bidang kaunseling. Kaunseling pun minat jugak. Maybe takde rezeki. Takpelah bidang awal kanak-kanak pun seronok. Lagipun aku letak dalam UPU itu first choice course. Second, psikologi keluarga dan kanak-kanak (UMS) if im not mistaken and still related with early childhood, Third, counselling (UUM)- course ni aku lepas kat interview je. Gila psycho la interviewer UUM. Aku rasa aku tak lepas sebab dia cakap aku letak course ni third choice. Huh. Fourth, tak ingat apa tapi something like archaeological courses (UNIMAS kot)- sebab aku minat sejarah.

Rezeki aku menyebelahi di UPSI. Masa awal-awal aku dapat tawaran ni aku bersyukur sangat. Alhamdulillah. Family pun sama-sama happy. Sampaikan parents aku buat kenduri kesyukuran before aku masuk sana. Punyalah kami raikan kejayaan aku yang dapat masuk di salah satu universiti awam. Lagipun memang impian Abah nak tengok salah seorang anak dia masuk UPSI.

Sebelum aku masuk UPSI, ada seseorang pernah cakap camni, dan bernada sinis,
"Imma amik kos ni? Imma baik awak tukar kos. Nanti takde kerja."
Kadang-kadang, rasa a little bit terasa with some people duk judge bidang yang aku amik. Seolah-olah memperkecilkan ilmu tu. Nak tak nak, tahan lah telinga dan jawablah dengan profesional. Orang kata, "Nanti jadi cikgu tadika je ke?" Aku senyum, "Ye. Cikgu prasekolah". Well actually, early childhood is not just to be a kindergarten teacher. Apa saja kerjaya yang berkaitan dengan kanak-kanak and parenting.  Family counselor, children physiotherapist, children psychologist, or big boss in our own kindergarten. Bidang kami luas sebenarnya.

Early childhood education. Kami belajar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Dari bayi hingga ke remaja. Teori-teori psikologi perkembangan kanak-kanak daripada tokoh-tokoh Islam mahu pun Barat. How kids expressed their feelings through music, arts and movements. Laws and policy that related to children and education. Bagaimana nak mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas. Sosioemosi kanak-kanak. Health, safety and nutrition about kids. Senang cerita, bidang ini bukanlah semata-mata mengajar ABC, alif ba ta dan 123.

Excuse me, hangpa tak belajaq apa yang kami belajaq. So jangan nak judge ikut kepala naa.

Aku terfikir, kemana hala tuju aku lepas grad. Plus, course ni open market. Means, tak semestinya jadi guru lepas grad. Betulkan niat balik, belajar kerana Allah, nak hadiahkan kejayaan ni pada parents. Ada kerja ke takde kerja ke tu semua rezeki Allah yang bagi. Buat masa ni belajarlah selagi mampu. Allah dah susun elok dah cerita kita, rezeki kita.

So now, korang yang duk berbangga dengan kos-kos hebat korang tu ingatlah, siapa yang ajar korang untuk kenal huruf, membaca, mengira dan sebagainya. Ubahlah mentaliti tu terhadap cikgu tadika dan jangan pandang rendah okay.

Monday, May 18, 2015

Baktisiswa Perdana Siri 1 2015

Assalamualaikum,
Hey, kamu si silent reader!

Baru semalam habis Program Baktisiswa Perdana kat Kampung Pauh, Behrang Stesen. Ingat semalam je la nak update, kononnya. Tapi disebabkan kepenatan yang teramat, blog kemana, internet kemana. At last tertidur. 

So, selama 3 hari aku berkampung di Kg. Pauh tu (15-17 May 2015). It was such a great experience for me. Actually, tempatnya takdelah jauh sangat dari UPSI. Ada la dalam 20 minit perjalanan. And sampai je kat kampung tu, akak AJK memanggil..

 "Emcee, mana emcee??"
Me: "Saya kak!" (Aku dilantik untuk jadi emcee secara tidak sengaja oleh mereka masa briefing. Sepanjang program pulak tu! K fine.)
Akak AJK: "Okay nanti terus ke dewan pergi bahagian PA system amik mic then AJK protokol dah tunggu awak kat sana untuk bagi teks. Go go!"
Me: "Okay kak, okay!"

Aku ni tak boleh tengok orang rushing macam ni. Nanti aku pun jadi gelabah sama.

Dan aku pun berlari menuju ke dewan dengan emcee lagi sorang, Rosni. Mengah weh. Dah la jalan berbukit-bukit. Sampai situ, akak AJK protokol bagi teks. Terus mula. Fuhhh!! Patut la kena rushing gila.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

*Awal-awal dah kena pantun.

Kitorang ditempatkan di rumah-rumah keluarga angkat kat situ. And i, with my other two friends, Hanis and Kak Janah stayed at Puan Zazalina's house, or we called her "Mak". Dengan panggilan macam tu rasanya lebih mesra. Alhamdulillah dapat mak angkat yang mudah mesra.

Mak: "Rumah mak takde lah mewah, rumah pun rumah sewa. Harapnya kome suka la ye."
Me: "Takpe la mak, kitorang okay. Jangan risau."
Sampai di rumah dia, ya Allah banyaknyaaaaa kucing!! Aku sebagai pencinta kucing teramat la teruja bila tengok kucing banyak-banyak ni. Comel! Mak cakap, risau takut dapat anak angkat yang tak suka kucing. Tapi mak tak salah pilih orang sebab kitorang tiga orang memang suka kucing. 

Rumah yang sangat sederhana. Rasa serba salah pun ada duk rumah Mak ni. Disebabkan kitorang, anak-anak dia kena tidur luar. Hmm.

And then, for the next day, we divided into two groups. The first group will be a facilitator for motivational talks to Year 4-6. And the second group will be involve for gotong royong. So, my part is motivational talks.

                    

Suruh diorang buat kad hari guru. Macam biasa, perempuan nampak lebih fokus dari lelaki. Yang lelaki cepat je siap. Yang perempuan, nak touch up la, nak colour la. Relax je budak lelaki pakai pencil je.

Ada sorang budak. Dia menangis masa buat kad. Kitorang tanya dia kenapa menangis.
"Saya tak pandai baca. Tak tahu nak tulis."
"Adik darjah berapa?"
"Darjah 5. Cikgu tak nak ajar saya.. Cikgu nak ajar budak pandai je."

Kadang-kadang bila difikirkan balik apa yang budak tu cakap ada betulnya. Naluri budak-budak memang suka bermain tapi tak bermaksud diorang tak nak belajar. Tapi itulah realitinya kebanyakan cikgu sekarang. Yang nakal terus ditinggalkan. 

And then sampai lah satu sesi menginsafkan diri. Sajak tentang ibu bapa dibacakan.

Namanya Jabbar. Setahun lebih kehilangan ayahnya. Aku tak tahu la kenapa tapi aku rasa dalam ramai-ramai budak yang menangis masa tu aku nampak air mata dia paling ikhlas. Mungkin dia tahu betapa besarnya kehilangan seorang ayah. 

 Terima kasih kalian!!

Hari last. Planning secara rahsia oleh anak-anak angkat untuk buat surprise kat mak angkat masing-masing. Semua anak-anak angkat ni naik ke pentas untuk and nyanyi lagu Kenangan Terindah. Waduhh.. Cengeng sungguh la aku ni. 

Terima kasih Mak sebab berkongsi pengalaman yang berharga ni dengan kami. Harap silaturahim kita tak putus sampai sini. Moga berkekalan, InsyaAllah..

"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi."

*pantun lagi imma.. Hahaha

Friday, December 12, 2014

Painful moment


Assalamualaikum.

Sejak sekian lamanya aku tak update blog. Holla silent readers sekalian! Sangat lama aku membiarkan blog ni bersawang. Macam krik krik je...

I never thought being a university student will be this busy. Every weekend ada event. Sampaikan mama dah tanya dah, "Bila along nak balik..?" Homaiiii aku cukup lemah dengan soalan ni. Serba salah dia tu deep wehh.. Padahal bukan la jauh sangat Tg. Malim-Sepang. Cuma masa yang tak mengizinkan..

Aku bukan takde story nak cerita nak diceritakan kat blog. Ada. Banyakkkkkkk sangat! Setiap kali aku on laptop new tab aku mesti blogger. Kononnya dengan harapan nak update lah. Tapi biasa lah, harapan tinggal harapan. Blog orang lain yang aku baca, blog sendiri dianaktirikan. 

See that picture? Yes, thats my leg. It's been a month ago and now i'm fully recovered, alhamdulillah.. :) Macam kelakar jugak lah bila orang tanya "Kenapa dengan kaki tu imma?" And i said," Jatuh longkang.." And thay laughed. Whyyy!?? Sakit hang tau dak.. Teriak jugak la masa kena tu.. 

Aku jatuh sorang sorang masa tu. Aku memang dah tak boleh nak bangun langsung sebab sakit sangat.. 2 3 minit lepas tu ada satu keluarga ni yang sangat berhati mulia tolong, Kak Laili. At first, dia bawa aku ke Klinik Kesihatan Tg. Malim. Tapi masa tu hari Ahad.. Xray pulak tutup hari tu. Then menuju ke Hospital Slim River. Masa ni mama tak tau lagi. Ni kalau family aku tahu masa tu, memang kalut jugak lah. So better aku diamkan dulu. Bagi settle segala kerja baru boleh bagi tau. 

Dr. kata "Kaki awak ligamen koyak and ankle dislocated." And i was like.... Whatt?? Sounds serious tapi tak lah serious mana sebenarnya. Saja dr ni buat aku cuak. So kaki aku perlu disimenkan sampai betis. Aku ingat simen tu tak la berat mana. Bila dah pakai baru tau rasanya. Baru ingat lepas simen tu nak balik kolej terus. Memikirkan macam mana nak naik ke kolej tingkat 2 tu pun haru jugak. Sangat susah nak berjalan. Nak menangis aku setiap kali menapak. At last, Kak Laili kata balik rumah dia. Malu la jugak sebab tidur rumah orang. Segan..... Masa tu jugaklah baru aku baru bagitau kat family apa yang dah jadi. Esoknya, barulah parents aku datang amik aku kat rumah Kak Laili.

Aku rasa tersangat lah terhutang budi dengan family Kak Laili. Segala urusan aku dari pendaftaran, simen kaki, makan minum, solat, tayamum semua dibantu oleh dia. Semoga Allah membalas jasa dia.

Bila sampai rumah memang tak boleh nak bergerak banyak. Tapi aku ni nak jugak berjalan. Tak kira bertongkat ke tak nak jugak. Ketegaq jugak la aku ni. Bosan jugak la bila jadi macam ni. Nak naik atas tak boleh. Nak mandi susah. But, the best part is bila nak makan adik adik aku tolong sediakan. Wahh masa ni aku rasa betul betul disayangi. Hahaha. Sepanjang mc aku dipenuhi oleh kerja assignment aku. Settlekan apa yang patut. Rajin pulak aku bila duduk rumah ni. Duk kat kolej tak rajin macam ni pun.

Paling tak boleh lupa masa mengurut. Perghhh ohsem gila bak hanggg... Macam kena histeria. Sakit dia Tuhan saja yang tahu. Maklum lah orang tak pernah kena macam ni, First time kena mengurut tu menangis jugak lah. *Manjanya sayaaaa..... :p Tapi tak tipu. Memang sakit wehh. Mama cakap, "Macam mana laa along nak beranak nanti ni...." HAHAHA ntah la maa.. Baru kena macam ni sikit dah menjerit macam apa. Tapi lepas je kaki aku kena tarik part yang sakit tu, rasa macam lega yang teramat. Rasa macam boleh jalan terus.

Sebulan jugak lah nak bagi kaki aku fully recovered. And alhamdulillah semuanya dah pun okay.. Serious wehh, tak mau dah terseliuh ke apa ke lagi.. Sekarang ni pun nak langkah longkang sangat berhati-hati. Hahaha =D

Thursday, September 25, 2014

Menara Gading

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hampir tiga minggu aku jadi Anak Kandung Suluh Budiman (a.k.a. warga UPSI). Dan tiga minggu sudah aku jadi orang Tg. Malim. Rasa bersyukur yang teramat amat aku dah sampai ke tahap ni. Berada di alam universiti seperti yang diidam idamkan selama aku bergelar sebagai seorang pelajar. Terima kasih ya Allah..

Sedikit sebanyak aku nak share la life aku sepanjang aku duduk kat bumi Tg. Malim. Aku kat sini tak kenal siapa siapa. Kawan kawan aku dari form 6 most of them dapat uni lain. And ada partner masing masing. But, i'm alone. Aku satu satunya pelajar SMK BBST dari batch form 6 yang dapat UPSI. Dan jadi pelajar pertama pelajar yang mendapat course pendidikan sepanjang form 6 SMK BBST dibuka.

Takpe lah. Ada lah sebab kenapa aku sorang lain daripada orang lain. Aku fikir macam tu. Allah tempatkan aku sendiri kat sini sebab nak aku berdikari. Jangan terlalu bergantung dengan orang. Jangan berada di takuk yang lama. Itu yang aku sematkan dalam fikiran aku.

2/9/2014, Selasa (Registration day)
Agak awal kitorang sampai masa hari pendaftaran tu. Tapi excited punya pasal, awal pun redah jugak. So duduk la kat masjid UPSI Kampus Baru. Cantik. Tapi agak berdebu la masa tu sebab still under construction.


Disebabkan aku jadi sulung pertama masuk ke universiti dalam family, nenek dengan Che De pun follow menghantar aku ke UPSI ni. Tapi malangnya, Angah pulak yang tak dapat follow sebab trial SPM. 


Macam ni lah suasana kat kafe Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) iaitu kolej yang aku tinggal sekarang ni. Sesak! And dalam masa yang sama akak abang senior kolej tu ada buat jualan. Ada jual barang barang keperluan yang mana terlupa or tak dan nak beli sebelum datang sini


Akhirnya, selesai pendaftaran, dapat kunci rumah/bilik semua sampai lah ke kolej. Ceria kan? Macam Legoland colour dia. Haha. Kolej aku tinggal sekarang ni KHAR 5. Macam rumah, satu rumah ada 3 bilik, sebilik ada 2 orang, semuanya 6 orang yang tinggal dalam 1 rumah. Selesa, maybe sebab baru lagi kot.

Ni lah rupa rumah aku. Tak mewah, takde aircond sebab Tg. Malim pun dah cukup sejuk. Haha. But just nice..






Dan bermulalah minggu orientasi kami di UPSI. Macam macam aktiviti yang dibuat. Ada persembahan. Live band tau, kemain.. Actually, orientasi ni ada dua. First orientasi peringkat universiti which is mean all the new intake are involve. Another one is peringkat kolej. Kalau peringkat kolej hanya melibatkan pelajar dengan kolej yang diduduki sahaja. 

Orientasi peringkat universiti di Dewan Besar. Dimaklumkan bahawa intake kali ni jumlah keseluruhan 2000 lebih pelajar. Wawww..

Orientasi peringkat kolej di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)

4 hari di UPSI dah dapat kad matrik. Selesai majlis ikrar pelajar secara rasminya kami Anak Kandung Suluh Budiman. Alhamdulillah. That feeling when i sing our university anthem, Ibu Kandung Suluh Budiman, the aura of the educator has come by itself. Meremang bulu roma! 

Kawan baru? Yes! Memang sangat ramai dapat kawan baru daripada seluruh negeri yang ada kat Malaysia ni. Dah cukup dah 14 negeri. Haha

Cik roomate, Afiqah (tudung hitam) dan cik housemate Soleha, Dini, Kak Lynn and Kak Yan. Lega jugak dapat housemate sekepala ni. Tingtong macam aku jugak. Lol

Tapi rindu sudah tidak terbendung lagi. Akhirnya pulang jua ke rumah. Hahaha. Alahai.. Perjalanan dari Tg. Malim ke KL Sentral dalam sejam lebih.


Balik dengan kawan kawan. Sampai kat KL Sentral semua berpecah ke haluan masing masing. Aku tukar station naik ERL dari KL Sentral terus ke Salak Tinggi.

Bila berada disini, aku belajar banyak benda. Jujur aku cakap, aku tak biasa bergerak sendiri. Tapi kat sini aku belajar berdikari. Aku belajar uruskan diri aku sendiri. Masa aku, makan minum, solat, waktu belajar, DUIT. Yes masalah utama adalah duit dan takkan pernah lari dari itu. Sejimat mana pun kau cuba buat duit akan tetap habis.

Di sini juga aku belajar untuk lebih menghargai dengan apa yang aku ada sekarang. Aku bersyukur ada keluarga yang sentiasa sokong aku. Sedangkan orang lain ada yang sendiri.

Aku belajar jadi tabah. Aku ni cengeng sebenarnya. Aku cuba kuatkan diri aku. Tipu la tak rindu family. Rindu sangat! Tapi dengan jarak ni lah aku belajar untuk jadi orang yang kuat melawan emosi untuk jadi lebih tabah.

Aku bukan lah berubah 360 darjah untuk menjadi orang lain. Tak. Itu hipokrit semata mata. Tapi aku berubah ke arah kebaikan. Untuk jadi lebih matang. Untuk buktikan yang aku boleh berdikari. 

Ya Allah peliharalah diri ku dan seluruh ahli keluargaku..

Tuesday, September 2, 2014

Esok.


Assalamualaikum,

Dah lewat, pukul 1.09 pagi. Still tak boleh tidur. Entah lah maybe sebab terlalu teruja. Aaaa tomorrow gonna be my big day! Wah ayat aku macam ayat orang nak nikah. Yes, seriously i am too excited about tomorrow.

Esok, insyaAllah.. Bermulalah satu fasa baru dalam hidup aku. Ditempat yang baru, suasana baru, kawan baru.

Niat aku satu, lillahita'ala. DIA yang mengurniakan aku akal dan ilmu supaya jihad fisabilillah ini diteruskan. Keduanya, untuk abah dan mama. Aku nak hadiahkan kejayaan ni untuk abah dan mama. Ketiganya, buat adik adik. Biar adik adik aku tengok supaya mereka dapat teruskan perjuangan ini. Biar aku yang memulakannya.

UPSI, mu tunggu aku datang!
Another story, another history, another memory will be create there.


Wednesday, August 13, 2014

UPSI-ian will be


Assalamualaikum.

12/8/2014, Selasa. Suatu detik bersejarah bagi semua lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma yang berhajat untuk sambung belajar iaitu Ijazah. Sangat mendebarkan. Lebih mendebarkan daripada tunggu result SPM dengan STPM dulu kot. Tarikh ni lah menunjukkan kemana hala tuju aku selepas ini.

Macam biasa, setiap kali ada tarikh tarikh penting macam ni orang yang paling risau ialah mama dengan abah. Sama macam tunggu result SPM dulu sampai tak boleh nak lelap mata. Yang aku pulak sampai demam. Apa yang menakutkan sangat pasal result ni pun tak tau lah sampai boleh buat orang demam menunggu. Haha

Lebih mendebarkan bila setiap berita kat TV buat liputan khas pasal UPU. Arghh!!!

"Tahun ini kami menerima lebih 70 000 pemohonan, tetapi hanya 37 467 calon sahaja yang berjaya mendapat tempat di 20 IPTA."- Berita Awani, 2014

Makin cuaklah aku dibuatnya. Buat kerja itu ini serba tak kena. Memikirkan jumlah yang terlalu besar tu aku rasa macam aku takde tempat je kat u nanti. Hingga lah tiba nya saat pukul 12.00 tengahari....

MAAA!!!!! UPSI MAA!!! ALHAMDULILLAH....!! 


Aku tengok mama dah start menangis. Allahu.. My weaknesses betul. Tak pasal pasal je join sekali menangis. Haha. Takpe la mama menangis kegembiraan. Tiada perasaan yang lebih menggembirakan daripada itu. SubhanAllah.. Syukran ya Allah.. I've been waiting for this moment for a long time! Such a great feeling to see you your parents happy and proud of you. Alhamdulillah for this ni'mah..

My parents, abah and mama have been sacrificed a lot to me. Ini saja cara yang along mampu balas. Nak dibandingkan dengan pengorbanan abah mama bagi tu tak terbalas rasanya.. 

Guru guru juga banyak membimbing dan mengajar juga tak dilupakan. Saya takkan pernah lupa cikgu cikgu yang pernah ajar saya..

Buat rakan rakan seperjuangan, ada yang berjaya, tahniah diucapkan. Buat yang tidak berjaya, percayalah Allah sudah tetapkan sesuatu dalam hidup anda. Aku pernah rasai zaman kejatuhan ni. Sangat teruk. Aku dah laluinya. Memang nak menggapai sesuatu kejayaan itu perit. Tapi yang manisnya adalah hasilnya. Banyakkan berdoa, mohonlah petunjuk dariNya. Aku doakan yang terbaik untuk kalian..

Aku anak sulung, cucu sulung bagi kedua dua belah keluarga. Secara automatik aku adalah harapan bagi mereka. Dan alhamdulillah aku telah memulakan satu permulaan yang baik bagi keluarga aku. Wahai adik adik ku.. Teruskan legasi ini..

Jadi bermulalah kisah baru dalam hidupku sebagai seorang Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian di UPSI. 

May Allah bless our new journey.. Bismillahirrahmanirrahim..