Blogger Layouts

Saturday, January 21, 2017

3 Jenis Cinta


Pernah la terbaca something ni kat twitter. Dia kata kita akan jatuh cinta setidak tidaknya 3 kali dalam hidup. Dan setiap satunya ada sebabnya yang tersendiri kenapa dan mengapa dia muncul dalam hidup kita.

Yang pertama ni biasanya cinta monyet. Kau jumpa dia masa zaman sekolah. Kau rasa dia lah yang terbaik untuk kau. Terasa semuanya indah macam fairytales. Kau percaya kononnya dialah yang pertama dan terakhir. Dan kau akan fight habis-habisan untuk hubungan ni. Tetapi pengakhirannya tetap putus atas sebab-sebab yang tertentu..

Yang kedua ni dikatakan cinta yang sukar. Cinta ini dikatakan pedih, penuh dengan penipuan dan manipulasi. Kau fikir kau telah memilih pilihan yang lebih baik daripada yang pertama kerana kau mengharapkan pengakhirannya yang berbeza. Realitinya, ia seperti kitaran. Kesilapan yang sama diulangi. Penuh drama dan emosi. 
"Yet, each time you try, it somehow ends worse than before."

Yang ketiga cinta yang tidak dijangka. Susah nak jelaskan macam mana perkaitan itu muncul sebab ianya datang secara tiba-tiba dan tak pernah dirancang bagaimana ianya muncul. You fall in love with the most unexpected person at the most unexpected time. Kau tidak menetapkan bagaimana sifat dan ciri-ciri yang kau nak. Tetapi dia datang seperti melengkapi segala kekurangan kau dan kau melengkapi segala kekurangan dia. And that is what love supposed to be. :)