Blogger Layouts
Showing posts with label Form 6. Show all posts
Showing posts with label Form 6. Show all posts

Saturday, August 22, 2015

Sepucuk entry buat Ekin


Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab sayang! :* Acacah Maria Elena..

-Throwback-

Dulu kan, aku ada sorang kawan. Dari sekolah menengah lagi, dia ni memang selalu tak puas hati dengan aku. And aku pun selalu tak puas hati dengan dia. Senang cerita memang tak sekepala la. Dia ni lawa. Ramai admirer dia masa zaman sekolah. Coz, she got very beautiful eyes. Insecure betul kalau duk sebelah dia. Tapi dia ni jenis kerek sikit.

Kalau dalam exam, kedudukan dalam kelas aku dengan dia mesti dekat-dekat. Contohnya, kalau aku nombor 5, dia nombor 6. Ada sekali tu, masa form 5, dia pernah dapat nombor 1 dalam kelas, and aku nombor 2. Haihh jeles sebab dia dapat Anugerah Harapan Pengetua. Tapi aku tak dapat. Tercabar gila aku weh. Memang pesaing terhebat aku ni.

Dia ni jenis budak pandai. Belajar pun relax je. Bila tanya, "kau dah study belum?" Dia akan jawab, "aku malas." Tak struggle mana pun tapi result exam mesti gempak. Tu salah satu sebab kenapa aku jeles dengan dia. Kau pakai ilmu apa haa!? -_-

Masa form 5 jugak aku dengan dia satu dorm, satu kelas. So nak tak nak memang siang malam memang akan bertembung jugak. Aku pernah bertekak dengan dia pasal something kat dalam dorm. At last dia merajuk pergi tidur dorm lain. Aku bukan nak pujuk dia balik. Ish ego gila aku ni. Sorry :(

Masa form 6, aku dengan dia satu kelas lagi untuk 1 1/2 tahun. Aku tengok dia ni mood study dah ada kemajuan. Kalau dulu belajar sambil lewa pun result gempak, apatah lagi kalau belajar bagai nak rak. And its true. Result STPM dia sangat membanggakan. Tak ingat pointer dia berapa. Tapi nak compare result aku jauh beza la. Because of her flying colour result, she got University of Malaya. Awesome!

Hari ni, orang yang aku duk selalu tarik muka, cari pasal, bermusuh-musuhan dengan aku dah pun melangkah ke alam baru. Dia dah jadi isteri orang. Selamat pengantin baru Nurul Asyikin binti Abd. Basir dan suaminya. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami ye.  I know you can be a good wife and excellent student at the same time. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga hendaknya. InsyaAllah. 

 At least aku dapat jugak siapkan final touch kau. Ambil berkat kata orang. 

Bukan selalu tengok Ekin nangis. Tapi asal still flawless!?

Malam akad nikah. All the dayang-dayang wore a black jubah and pink hijab. How sweet..

Majlis resepsi. Ekin dengan pink memang tak boleh lari. Tu lah persamaan kau dan aku. Hahahaha.

p/s: Ekin, awat aku sebak time hang akad nikah? Apakah?

Wednesday, August 13, 2014

UPSI-ian will be


Assalamualaikum.

12/8/2014, Selasa. Suatu detik bersejarah bagi semua lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma yang berhajat untuk sambung belajar iaitu Ijazah. Sangat mendebarkan. Lebih mendebarkan daripada tunggu result SPM dengan STPM dulu kot. Tarikh ni lah menunjukkan kemana hala tuju aku selepas ini.

Macam biasa, setiap kali ada tarikh tarikh penting macam ni orang yang paling risau ialah mama dengan abah. Sama macam tunggu result SPM dulu sampai tak boleh nak lelap mata. Yang aku pulak sampai demam. Apa yang menakutkan sangat pasal result ni pun tak tau lah sampai boleh buat orang demam menunggu. Haha

Lebih mendebarkan bila setiap berita kat TV buat liputan khas pasal UPU. Arghh!!!

"Tahun ini kami menerima lebih 70 000 pemohonan, tetapi hanya 37 467 calon sahaja yang berjaya mendapat tempat di 20 IPTA."- Berita Awani, 2014

Makin cuaklah aku dibuatnya. Buat kerja itu ini serba tak kena. Memikirkan jumlah yang terlalu besar tu aku rasa macam aku takde tempat je kat u nanti. Hingga lah tiba nya saat pukul 12.00 tengahari....

MAAA!!!!! UPSI MAA!!! ALHAMDULILLAH....!! 


Aku tengok mama dah start menangis. Allahu.. My weaknesses betul. Tak pasal pasal je join sekali menangis. Haha. Takpe la mama menangis kegembiraan. Tiada perasaan yang lebih menggembirakan daripada itu. SubhanAllah.. Syukran ya Allah.. I've been waiting for this moment for a long time! Such a great feeling to see you your parents happy and proud of you. Alhamdulillah for this ni'mah..

My parents, abah and mama have been sacrificed a lot to me. Ini saja cara yang along mampu balas. Nak dibandingkan dengan pengorbanan abah mama bagi tu tak terbalas rasanya.. 

Guru guru juga banyak membimbing dan mengajar juga tak dilupakan. Saya takkan pernah lupa cikgu cikgu yang pernah ajar saya..

Buat rakan rakan seperjuangan, ada yang berjaya, tahniah diucapkan. Buat yang tidak berjaya, percayalah Allah sudah tetapkan sesuatu dalam hidup anda. Aku pernah rasai zaman kejatuhan ni. Sangat teruk. Aku dah laluinya. Memang nak menggapai sesuatu kejayaan itu perit. Tapi yang manisnya adalah hasilnya. Banyakkan berdoa, mohonlah petunjuk dariNya. Aku doakan yang terbaik untuk kalian..

Aku anak sulung, cucu sulung bagi kedua dua belah keluarga. Secara automatik aku adalah harapan bagi mereka. Dan alhamdulillah aku telah memulakan satu permulaan yang baik bagi keluarga aku. Wahai adik adik ku.. Teruskan legasi ini..

Jadi bermulalah kisah baru dalam hidupku sebagai seorang Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian di UPSI. 

May Allah bless our new journey.. Bismillahirrahmanirrahim..

Tuesday, May 13, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan


Assalamualaikum

Memandangkan hari ni cuti wesak so i take the chance to spending my time with my pinky lovely sweetie bloggy. (Eww geli pulak aku) :p

On 10th of May i went to school. No act my EX school. Haha. Okay. I went there to attend Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar for the second time. Alhamdulillah. I am one of the 'pelajar cemerlang' in STPM last year. Don't ask me about the pointer! Biarlah rahsiaa~

To my Abah and Mama, thank you for your support. You're my strength when i was weak. You're the one who never let me down. You're the best advisor in the world. I love both of you lillahita'ala.


To the teachers that ever taught me, (Since the kindergarten to pre-university) thank you so much. Tak terbalas jasa kalian yang telah menjadikan anak muridmu ini berjaya hingga ke tahap ini.


To my friends, thank you for guiding in studies. Semoga kita semua layak untuk masuk ke universiti. InsyaAllah.


And the last one, to you. Yes you. Even we're nothing now i just wanna say thanks for everything. Thats all. Hope you could find someone better than me.

Oh yaa, i already got my MUET result for March Paper. And alhamdulillah i got...........


Bila teringat balik masa buat exam ni kelakar jugak. I've took this exam in my hometown, Kuala Terengganu. Masa paper speaking i almost missed my flight back to KL. Lagi 15 min flight nak boarding aku still dalam kereta. Sampai kat airport tengok semua orang dah masuk flight. Hand luggage pulak besar. Kargo dah tutup. At last, orang airport tu lepas jugak barang aku masuk ke kargo. Bila dah sign kebenda document yang dia mintak tu aku terus lari ke flight. Macam dalam cerita Amazing Race tu. Haha. But its worth! Alhamdulillah :)

P.S.: Sometimes teringat juga.
Tapi senyum jela.
That's my past.:)
Let bygones be bygones

Saturday, November 9, 2013

Graduation Day 2013

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Yeay! Saya dah graduated! Dan ini jugak kali kedua aku graduated dari sekolah BBST. Ingat masa form 5 tu dah tahun last kat sini, (kononnya berangan nak sambung diploma katakoo..) and at last aku sambung form 6. Tak merancang pun dan tak pernah terfikir untuk stay disini. Padahal masa last day SPM pun ada sorang member  aku ni siap merayu lagi ajak aku masuk form 6 and for sure lah masa tu hati aku masih belum terbuka, tapiii sekarang ni dia pulak yang study tempat lain and aku pulak yang masih kat sini. Apedaaa ajak orang tapi kau tinggal aku...:( Bukan pandang rendah kat form 6 tapi memang hati tu nak sambung diploma. So, peringatan buat adik-adikku, pilihlah form 6. Eceh ni macam promote pulak. Haha.
Ha sambung balik. Like i just said before ni kali kedua graduated masih di tempat yang sama macam aku pergi time form 5 tu. Dan aku jugak ada post pasal graduation day tu jugak. Bagi sesiapa mahu membacanya, Klik disini :)
Date: 30 October 2013
Event: Majlis Apresiasi Pelajar or a.k.a. Graduation Day (only BBST-ians will called majlis apresiasi)
Location: Auditorium Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, MOSTI, Dengkil, Sepang
Sepatutnya sorang pun tak boleh balik rumah dan kena bersiap dekat sekolah atas alasan keselamatan pelajar. Tapi aku ni disebabkan mengikut kawan-kawan, Zati, Miea, Farah dan Zack aku bersiap kat luar jugak. Saja je follow diorang ni, padahal boleh je nak bersiap kat sekolah. Tapi nak mandi punya pasal cari jugak lah inisiatifnya.  Bukan rumah orang lain pun rumah Cikgu Jun. Hehe cikgu pun berkomplot nampak tak. So kitorang pun bersiap kat rumah cikgu, mandi, make-up tu semua. 
Model baju raya
On the way to MOSTI.
Disebabkan mengikut cikgu, kitorang ni awal lah sikit dari orang lain. Dah awal tu kena lah tolong angkat jubah graduasi tu bawak masuk dalam auditorium. It is supposed to girls datang awal dari boys and solat zohor kat MOSTI and guys will come later. Tapi kitorang dah siap solat tu semua dan make-up untuk kali kedua baru lah gegirls datang. 
Ambil tempat masing-masing ikut ranking. Kalau tengok gambar diatas tu takde gambar aku tu maknanya aku bukan dalam ranking tu. Yang dalam gambar tu semua top student. Aku yang tak berapa nak top belakang sikit je dari diorang. Hehe.
Here, this talented girl Farisha Asmadi or nama retisnya Irish. Budak Idola Kecil 4 and dapat no.2. Biasa kalau ada apa-apa event kat sekolah mesti dia akan perform. Dan selalunya mesti best!
Memori Tercipta
Bahagiamu Deritaku. Just an instrumental song from SMK BBST Music Club.
Dua-dua video ni aku dah upload kat channel youtube aku. Hehe.
Menunggu nama seorang demi seorang untuk naik ke pentas. 
Dah selesai terima scroll tu, apa lagi sesi bergambar lerr..... Disebabkan kitorang ni form 6 dapat lah pakai jubah tu lama-lama. Form 5 tak boleh. You all kena bagi chance kat kakak abang yang nak keluar dah ni. Heee..
 With Penolong Kanan Pra-U, Puan Rohani Othman
 With my cikgu sejarah, Puan Junaida Salleh 
 With my MUET teacher, Madam Noor Razalina Rashid


See you di IPT, kawan-kawanku!
All the best!

Sunday, October 27, 2013

Collecting the moments

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh
Sebenarnya aku tak tau nak story apa. Tapi tetiba teringin nak menaip. I can't sleep act......:( Baru  je lepas study. Maklum lah nak menempuh perang yang besar lagi menakutkan tu lagi berapa hari je lagi. Jadi aku hanya mengikut sahaja kemana jari jemari ku menaip di atas keyboard.
Tak caya jugak sebenarnya aku ni dah pun nak habis sekolah. Lepas ni dah tak merasa lagi dah alam persekolahan. Takde dah Form 7 ke Form 8 ke. This is really my final as a school student. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan result pun cemerlang dapat lah sambung degree. Amiin ya Allah.. 
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhair. Birahmatikaya arhamarahimin.."
-Ya Allah permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan dipersulitkan.-
Sesungguhnya, terlalu banyak kenangan yang telah aku lalui sepanjang berada di Form 6. Life Form 6 ni jauh berbeza dengan aliran perdana (Form1-5). Even aku ni dari dulu memang dari sekolah yang sama. Kata kawan aku, bila dah masuk Form 6 ni ukhuwah sesama kawan pun dah lain. Macam family. Macam adik-beradik. Gaduh, berselisihan pendapat, bertekak tu benda biasa lah bagi kita. Tapi takde pun nak amik serius kan. 
Kumpulkan memori sebanyak yang boleh pada hari-hari terakhir di sekolah. Buat baik dengan semua cikgu dan maafkanlah segala kesilapan kawan-kawan. Enjoy it. You'll never forget this moment. This is what i am doing right now.
Last but not least, may Allah ease everything in our final battle. 


Events

Salam 'alaik :)
Masuk je bulan 10 banyak gila events. Eceh takde la banyak. Dalam 5 events camtu. Busy. Exam pulak makin dekat. Tapi takpe la.. Dah nak habis sekolah pun. Lepas ni dah takde dah nak pakai baju sekolah, datang sekolah, ikut peraturan sekolah. Collecting the memories, as much as we can get! 

Date: 5/ 10/ 2013
Event: Persona Personaliti Agung
Location: SPRM, Putrajaya

Date: 17/10/ 2013
Event: Kenduri Perdana+Sambutan Raya Haji
Location: SMK BBST


Date: 18/10/ 2013
Events: Prefect's Annual Dinner
Location: Dewan Sanggar Wacana, SMK BBST


Date: 23/10/2013
Event: Pre-U's Annual Dinner
Location: Red Wok Restaurant, Bandar Baru Bangi

Wednesday, August 7, 2013

Eid 1434



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Dah settle kemas, buat kuih, mop lantai dan yang sama waktu dengannya akhirnya aku berjaya untuk mencuri sedikit masa untuk berblogging. Hari ni 29 Ramadhan 1434H, hari terakhir kita berpuasa. Sebulan puasa satu cerita pun aku tak update kat blog ni. Huh angan-angan je lah nak jadi famous blogger macam Maria Elena kalau diri tu malas nak menaip. Haha. Tapi kan memang betul tau aku ni memang malas nak update. Melainkan tiba-tiba mood aku datang haa masa tu jangan nak halang laa. Mencurah-curah idea datang.
So this what are we did during ramadhan,
Iftar with pre-u students and ex form 6 SMK BBST
 
Ha yang indian ni kan nama dia Sahanna Michael. Dia kristian. For the first time time hari kita buat iftar tu dia puasa sekali dengan kitorang. Tak sahur pulak tu.  And she did well! Congrats Shana!
 
Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Ni semua gambar last masa hari khatam quran. Terima kasih kepada semua yang terlibat. 
 
Ehh siapa ni? Dah la mata bengkak. Haha dugaan bulan puasa. Dengan demamnya lah, sakit mata lah. Dan-dan lah kena ketumbit. Tak pasal-pasal kena tuduh cakap aku intai orang mandi. Daaa siapa je aku nak intai? Haha. 
For your information, tahun ni aku beraya di Sepang. Tak balik mana-mana pun sama ada Kedah mahu pun Terengganu. Hmm sedih lah jugak tak dapat beraya kat kampung sebab esok pagi sebelum solat hari raya tu abah dah kena pergi kerja. Haih dengar suara nenek telefon pun aku dah sebak, belum dengar takbir raya lagi ni. Buka twitter tengok ada orang update tengah buat kuih dengan sedara lah, main bunga api lah bla bla bla.. Buka instagram tengok ada orang post gambar kat highway, nak cakap yang dia tu on the way nak ke kampung lah tu. Saja buat aku jealous.  Aaaaa nak raya macam tahun lepas... Nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan.
Esok 1 Syawal 1434. Harap ramadhan yang baru meninggalkan kita memberikan kesan positif dan penuh makna kepada kita semua. Kepada yang mengenali diri ini, salam aidilfitri dan mohon ampun sekiranya ada salah silap. Selamat hari raya semua!!!