Blogger Layouts
Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Saturday, January 21, 2017

Kenangan 2011


Tengah-tengah malam macam ni tetiba macam terflashback memori masa duduk asrama dulu. Aku terfikir, apa aku selalu buat time macam ni kat asrama dulu? I'm started to remember those memory. Switch on the laptop, and lets blogging!

Dorm Halimatus Saadiah-2011

Jarak rumah aku dengan sekolah bukan lah jauh pun. Kalau orang tengok pun aku ni kira tak layak duduk asrama pun sebab jarak rumah dengan sekolah tu terlalu dekat. Tapi kenapa aku stay asrama? Well, a very cliche reason that commonly student use is to focus on SPM. So, aku gagahkan jugak hati stay kat asrama selama setahun, *setahun je pun..

So, sebagai budak form 5 merangkap sebagai senior kat asrama, aku acacah bajet akak garang. Garang la sikit...... Erm. Mungkin disebabkan tu jugak aku dilantik jadi ketua dorm. Dulu pernah la jugak marah sorang dormmate junior sebab dia selalu duk berlagak semacam dengan kawan-kawan dia. Actually bukan marah pun, akak tegur je dik tapi awak yang nangis. Alahai.. Tup tup aku duk scroll twitter semalam aku nampak budak yang aku marah dulu tu masuk paper sebab menang Spell-it-Right. Rasanya laa.. Tahniah!

Dorm aku adalah dorm yang paling ramai penghuninya berbanding dorm-dorm yang lain. 20 orang Aspuri. And dikatakan dorm yang paling creepy sekali kononnya. Kenapa creepy? Sebab dikatakan "benda tu" suka duduk kat tengah-tengah blok. Kebetulan dorm aku ni memang strategik and paling center di blok. Terbaik. Biasalah kalau dah duk asrama memang tak lari dengan cerita-cerita mistik bagai ni. 

Memang adat student la study lewat malam sampai pukul 3-4 pagi. Pernah satu malam aku dengar ada orang berlari dari floor bawah naik ke floor tengah, bunyi sangat jelas and bila intai kat luar takde siapa pun! Ada lagi satu cerita, satu malam tu aku dengan Ell tengah duk syok bersembang kat luar sampai tak sedar dah pukul berapa. Tetiba ada hembusan angin lalu depan muka kitorang. It is not just a hembusan angin semata-mata tau. Siap bagi salam lagi. Lembut je bunyinya, "Assalamualaikum..." Lepas kena bagi "salam" tu kitorang pun masuk dorm, tidur share katil. Hahaha.

Cerita bab adik angkat, kakak angkat benda biasa la kat asrama. Aku pun terjebak jugak la dalam gejala angkat-mengangkat ni. Untung jugak tau. Selalu dapat cekelat. Dapat hadiah time birthday. Selalu diorang ni main pass kat orang je. Bukan nak bagi face to face. Tak paham aku budak-budak ni.

Cerita pasal birthday aku masa kat asrama, jatuh air mata keperempuanan aku masa tu. Cerita selanjutnya di sini 17th Birthday.

Pukul 10.00 malam semua mesti diwajibkan ada kat dalam dorm untuk baca salah satu surah-surah tertentu contohnya Surah Ar-Rahman, Surah Al-Mulk, Surah Al-Waqiah, Surah Yasin (untuk malam Jumaat). Surah ni mesti dibaca sebelum light off. Yang bagusnya budak-budak dorm aku ni tak pernah tinggal nak baca berjemaah tak kira junior atau senior. 

Kalau bulan puasa, aku dengan Ell la budak aspuri yang rajin turun sahur. Even tiap-tiap kali sahur makan nasi goreng. And bila masuk waktu berbuka, ramai-ramai pergi surau, makan kurma dulu, pastu solat maghrib. Then barulah makan nasi. Sementara nak tunggu Isyak tu kitorang bertadarus ikut kumpulan yang dah ditetapkan and berusrah. Jangan memain, hakak jadi Naqibah beb. Tapi masa tu tak ada lagi istilah tarbiah sentap bagai ni. Cakap straight to the point. Gitulah rutin aku sepanjang bulan puasa. Rindunya ya Allah..

Masa stay kat asrama ni jugak aku kenal apa tu Al-Mathurat. Tapi diorang baca laju. Aku yang mula-mula ni nak ikut gagap jugak la. Tapi lama-lama dah dah dapat ikut. Dah jadi rutin setiap pagi sebelum solat subuh dan selepas solat asar. (Tapi sekarang macam dah jarang...... #SisJujur)

Setiap weekend kalau tak balik rumah, mula la pakat bawak turun tilam semua tidur kat lantai. Baik junior mahu pun senior semua pakat tidur bawah. Sebab tidur kat bawah sejuk. Kena straight dengan kipas. Malas nak turun musolla nak solat subuh, at last semua solat subuh kat dalam dorm. Tapi pernah jugak terlajak. Exco kerohanian kitorang tak larat ketuk dah dorm kitorang kejut nak suruh bangun subuh. Sorang pun tak bangun sampai ke sudah. Dan kami pun qada' solat subuh beramai ramai. Tak sengaja ok.

Pernah sekali tu, ada pertandingan keceriaan dorm. Hah memang aku perjuangkan habis habisan untuk cat dorm warna pink. Dengan menggunakan kuasa veto yang ada, maka dorm aku berubah warna daripada orange kepada pink. Aku harap masa tu semua redho la. Tapi tak sia sia la hias lawa lawa. dorm aku menang kot. Hehehe. Last aku pergi lawat asrama dulu aku tengok diorang still kekalkan warna dorm tu. Ada jugak la jasa aku yang berbaki kat situ walaupun tak seberapa.

Bila musim exam makin dekat, macam biasa la ada je yang datang "kacau". Alhamdulillah, sepanjang aku duduk asrama "benda  tu" just kacau kacau manja je dengan aku. Takde la sampai tahap histeria. Nak dijadikan cerita, masa tahun 2011 tu dikatakan tahun anniversary "benda tu" untuk kacau kitorang selepas tahun terakhir dia menyerang masa tahun 2007.

Dipercayai bahawa "benda tu" akan kembali 4 tahun sekali. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam. So masa tahun 2011 kiranya dia datang balik untuk kacau kitorang, dan mangsa pertama histeria tu adalah budak asrama. Jadinya kami yang senior senior ni terpaksa jadi sado walaupun sebenarnya di hati ini hanya Tuhan yang tahu. Kitorang akak akak sado ni jugak la kena baca ayat kursi and iqamat kat setiap penjuru dorm. Kalau mengadap pintu okay lagi, ni kena mengadap tingkap. Kat belakang tingkap tu tempat ampaian. Memang betul betul kena kuat semangat.

Tapi kalau la ada adik adik yang baca blog ni dan still stay kat asrama BBST tu, jangan la nak mintak keluar pulak. Rasanya dah takde dah benda gitu. Korang budak baik takde nya dia kacau. Heeeee.

Memang la niat asal duduk kat asrama tu sebab nak fokus untuk SPM dengan harapan dapat result yang cemerlang la. Tapi bila dah habis sekolah ni, setelah 4-6 tahun tinggalkan sekolah, memori dengan kawan kawan tu lebih berharga dari segalanya. Tak cakap result tu tak penting, penting jugak sebenarnya. And if you got flying colours result, thats bonus. So, seimbangkan kedua-dua. Kau akan peroleh kejayaan dan kenangan yang indah.

Kalau nak tau post ni dah lama ada kat dalam draf, baru hari ni nak post. So ada la beberapa ayat yang diubah mengikut kesesuaian masa. Hahaha

Friday, February 26, 2016

Hello 4th Semester!


Assalamualaikum and hye!

Minggu 1 di semester 4. Belum senior lagi tapi kira pertengahan dah. Alhamdulillah minggu pertama berlalu dengan jayanya (ceh!?) walaupun terpaksa struggle dengan add drop subject + wifi yang macam harommm. Sangat menguji kesabaran. Bagus UPSI ni, awal awal dah ajar student dia untuk bersabar. Ni baru add drop, belum masa praktikum lagi. Huhu.

Okay, sebelum aku start buat assignment yang dah mula menggunung tu aku dah berhajat nak blogging dulu. Kang bila dah start buat assignment, blog ni bersawang balik. Hujung sem baru nak update.

Sem ni agak aneh. Housemate aku semua budak IT. So that means takde coursemate yang sama rumah dengan aku. Well, thats fine. Aku boleh je adapt dengan diorang semua. Kadang kadang ada bagusnya tiap tiap sem bertukar housemate ni. Makin ramai orang yang aku kenal dan makin ramai kawan kawan. Kawan kawan pun datang dari pelbagai negeri. So, macam macam loghat la yang aku dengar dalam rumah ni setiap hari.

Yang kelakarnya, roommate aku sem ni sama nama dengan aku. Yang bezanya ejaan nama je. Dia Ima, aku Imma. Boleh bayangkan tak, bila ada orang panggil salah sorang mesti dua dua perasan. Lol. Ima cakap dia dah lama kenal aku tapi aku je tak kenal dia. Hahaha famous tang mana la sampai dia boleh kenal aku dulu. Dia kenal sebab nama kitorang sama. Tak sangka boleh jadi roommate satu hari nanti. Lahir pun dalam bulan yang sama, aku 2 Mac, dia 4 Mac. Tapi aku dari Sepang, Selangor. Dia dari Sandakan, Sabah. So, bila roommate orang Sabah aku pun mula la ber "bah bah" jugak. Bukan aku perli dia cakap :( tapi tiba tiba je aku boleh terikut cara dia cakap. Haih Imma Imma.. Boleh bah kalau kau.

So, aku rasa aku dah menunaikan tanggungjawab untuk update blog sebelum buat assignment. Nah, gambar dari bilik hakak. Bilik hakak ni panas bahang sebab betul betul menghadap matahari kalau waktu petang. Tapi kalau waktu pagi sejuk teramat la pulak. 


Saturday, August 22, 2015

Sepucuk entry buat Ekin


Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab sayang! :* Acacah Maria Elena..

-Throwback-

Dulu kan, aku ada sorang kawan. Dari sekolah menengah lagi, dia ni memang selalu tak puas hati dengan aku. And aku pun selalu tak puas hati dengan dia. Senang cerita memang tak sekepala la. Dia ni lawa. Ramai admirer dia masa zaman sekolah. Coz, she got very beautiful eyes. Insecure betul kalau duk sebelah dia. Tapi dia ni jenis kerek sikit.

Kalau dalam exam, kedudukan dalam kelas aku dengan dia mesti dekat-dekat. Contohnya, kalau aku nombor 5, dia nombor 6. Ada sekali tu, masa form 5, dia pernah dapat nombor 1 dalam kelas, and aku nombor 2. Haihh jeles sebab dia dapat Anugerah Harapan Pengetua. Tapi aku tak dapat. Tercabar gila aku weh. Memang pesaing terhebat aku ni.

Dia ni jenis budak pandai. Belajar pun relax je. Bila tanya, "kau dah study belum?" Dia akan jawab, "aku malas." Tak struggle mana pun tapi result exam mesti gempak. Tu salah satu sebab kenapa aku jeles dengan dia. Kau pakai ilmu apa haa!? -_-

Masa form 5 jugak aku dengan dia satu dorm, satu kelas. So nak tak nak memang siang malam memang akan bertembung jugak. Aku pernah bertekak dengan dia pasal something kat dalam dorm. At last dia merajuk pergi tidur dorm lain. Aku bukan nak pujuk dia balik. Ish ego gila aku ni. Sorry :(

Masa form 6, aku dengan dia satu kelas lagi untuk 1 1/2 tahun. Aku tengok dia ni mood study dah ada kemajuan. Kalau dulu belajar sambil lewa pun result gempak, apatah lagi kalau belajar bagai nak rak. And its true. Result STPM dia sangat membanggakan. Tak ingat pointer dia berapa. Tapi nak compare result aku jauh beza la. Because of her flying colour result, she got University of Malaya. Awesome!

Hari ni, orang yang aku duk selalu tarik muka, cari pasal, bermusuh-musuhan dengan aku dah pun melangkah ke alam baru. Dia dah jadi isteri orang. Selamat pengantin baru Nurul Asyikin binti Abd. Basir dan suaminya. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami ye.  I know you can be a good wife and excellent student at the same time. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga hendaknya. InsyaAllah. 

 At least aku dapat jugak siapkan final touch kau. Ambil berkat kata orang. 

Bukan selalu tengok Ekin nangis. Tapi asal still flawless!?

Malam akad nikah. All the dayang-dayang wore a black jubah and pink hijab. How sweet..

Majlis resepsi. Ekin dengan pink memang tak boleh lari. Tu lah persamaan kau dan aku. Hahahaha.

p/s: Ekin, awat aku sebak time hang akad nikah? Apakah?

Sunday, July 6, 2014

7 Jenis Persahabatan, Hanya Satu Sampai Akhirat


7 Jenis  Persahabatan, Hanya Satu Sampai Akhirat ::

1. Ta'arufan

Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. Taariihan

Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.

3. Ahammiyyatan

Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. Faarihan

Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti
teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. Amalan

Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya
sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. Aduwwan

Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik
lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak
mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah,
mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. Hubban Limaanan

Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus
saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati, menutupi aib
sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi
ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana
Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan
LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT : 
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"
(Surah Az-Zukhruf :67).

Saturday, January 18, 2014

Jazakallahu khairan kathira


Assalamualaikum.

I just wanna share how happy i am. Hehe. A few days ago, i got a present from someone that i never expect. Nak kata rapat sangat tidaklah but i feel special. Dan kebetulan hari yang dia beri tu masa Maulidur Rasul. I feel blessed. Just a perfect coincidence. 
"Sanah Helwah Immazaitul Nur Aim!!
Semoga Imma terus istiqamah dalam menuju ke jalan Allah. InsyaAllah.
Sayang Imma selalu. :)
Daripada sahabatmu, (Identiti dirahsiakan)"

Walaupun hari jadi bulan 3 nanti tapi hadiah dah sampai dulu. Hadiah yang sangat istimewa. Hadiah yang memang dah lama aku idamkan. Unexpected present from unexpected person. Moga Allah memeliharamu. Moga Allah merahmatimu. Moga Allah melindungimu dunia dan akhirat. Moga setiap kali ayat ayat Quran ini dibacakan pahalanya turut masuk didalam "saham akhirat" mu. InsyaAllah.. Thanks for fulfil one of my wish came true. Jazakallahu khairan kathira :)

Gembira tu jangan cerita lah. Masa mula mula dapat tu masyaAllah punyalah happy teramat. Melompat lah kita ni pun. And suddenly the tears dropped. Ya Allah, ni air mata kegembiraan ni. Dan "si dia" yang memberi turut menangis. Terharu mungkin.

Teringat ada satu kisah yang pernah aku alami dulu. 2 tahun lepas mungkin. Masa aku kerja part time kat LCCT dulu. Kisahnya begini..

Hari tu tersangatlah penat. Customer ramai gilaa. Sampai tak dan nak duduk. Then, sampailah waktu solat asar. Penat penat macam ni solat tetap kena buat. Time tu dalam surau ada aku dengan ada sorang aunty ni. Rasanya dalam 50-an macam tu.

Selepas solat, aunty tu tegur aku.
Aunty: Dik, maaf lah mak cik nak tegur. Tadi adik solat ternampak kaki.
Me: Oh yeke. Em takpe. Kain saya ni dah senteng sikit kot. Erm kena solat balik ke?
Aunty: Sepatutnya kena gantilah.  
Me: (Dengan perlahan aku mengeluh, *Aduhhh.. Dah la penat tadi kerja..)
Aunty: Takpe lah dik. Allah tu nak bagi pahala lebih kat adik hari ni. (Senyum. Maybe dia bagi semangat kat aku untuk solat semula)
Me: Baiklah. Saya solat semula ye. 
Aunty: Dik, sini jap. Cuba pakai kain mak cik ni muat tak. (Dia suruh aku test kain telekung dia)
Me: Eh mak cik. Kenapa?
Aunty: Kalau muat ambil lah buat pakai selalu.
Me: Ya Allah, mak cik. Biar betul ni? Terima kasih sangat sangat!
Aunty: Nanti setiap kali pakai telekung ni doa kan lah mak cik selalu.
Me: InsyaAllah.. Eh mak cik pernah pergi umrah dengan telekung ni sebelum ni? (Sebab perasan kat belakang telekung tu ada tulis   مَالِيزِيَاَ = Malizia)
Aunty: Ya.
Me: Ya Allah, saya teringin sangat nak pergi sana. Ni ambil berkat ni. Doakan saya untuk pergi sana jugak ye.
Aunty: InsyaAllah.. Satu hari nanti giliran adik pulak kesana.
Me: Mak cik nak fly dari mana nak kemana?
Aunty: Dari Ho Chi Minh nak balik Terengganu.
Me: La kampung saya pun kat Terengganu.
Aunty: Sekampung lah kita ni nampaknya. Hahaha
Me: Haha. Em mak cik terima kasih banyak banyak untuk telekung ni ye.
Aunty: Sama-sama. Mak cik gerak dulu. Nak naik flight dah ni.
Me: Oh okay. Hati-hati mak cik. Assalamualaikum. (Salam)
Aunty: Waalaikumussalam..

Pertemuan yang ringkas telah membentuk satu ukhuwah. :)

Sebenarnya, masa tu aku terfikir nak beli telekung baru memandangkan telekung lama semakin lusuh. Tapi Allah dah memudahkan kerja aku. Allah membuat "special delivery" melalui seseorang yang aku tak pernah kenal sebelum ni untuk hadiahkan telekung yang sangat istimewa.
Untill now, im still hoping that i will meet that aunty again someday. Tapi masalahnya aku dah lupa muka dia. Halaaaa... Jangan risau, satu hari nanti pasti bertemu. InsyaAllah..

Bila kita cuba berubah ke arah kebaikan, Allah selalu permudahkan urusan kita melalui pelbagai cara sama ada kita sedar atau tidak. Allah menghantar sahabat-sahabat yang baik untuk membantu kita saat kita memerlukan. Allah itu sentiasa ada dengan kita. Dan sekarang aku sedar, Allah menggantikan kekecewaan yang aku alami dulu dengan kebahagiaan yang penuh dengan kemanisan iman.

Saturday, November 9, 2013

Graduation Day 2013

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Yeay! Saya dah graduated! Dan ini jugak kali kedua aku graduated dari sekolah BBST. Ingat masa form 5 tu dah tahun last kat sini, (kononnya berangan nak sambung diploma katakoo..) and at last aku sambung form 6. Tak merancang pun dan tak pernah terfikir untuk stay disini. Padahal masa last day SPM pun ada sorang member  aku ni siap merayu lagi ajak aku masuk form 6 and for sure lah masa tu hati aku masih belum terbuka, tapiii sekarang ni dia pulak yang study tempat lain and aku pulak yang masih kat sini. Apedaaa ajak orang tapi kau tinggal aku...:( Bukan pandang rendah kat form 6 tapi memang hati tu nak sambung diploma. So, peringatan buat adik-adikku, pilihlah form 6. Eceh ni macam promote pulak. Haha.
Ha sambung balik. Like i just said before ni kali kedua graduated masih di tempat yang sama macam aku pergi time form 5 tu. Dan aku jugak ada post pasal graduation day tu jugak. Bagi sesiapa mahu membacanya, Klik disini :)
Date: 30 October 2013
Event: Majlis Apresiasi Pelajar or a.k.a. Graduation Day (only BBST-ians will called majlis apresiasi)
Location: Auditorium Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, MOSTI, Dengkil, Sepang
Sepatutnya sorang pun tak boleh balik rumah dan kena bersiap dekat sekolah atas alasan keselamatan pelajar. Tapi aku ni disebabkan mengikut kawan-kawan, Zati, Miea, Farah dan Zack aku bersiap kat luar jugak. Saja je follow diorang ni, padahal boleh je nak bersiap kat sekolah. Tapi nak mandi punya pasal cari jugak lah inisiatifnya.  Bukan rumah orang lain pun rumah Cikgu Jun. Hehe cikgu pun berkomplot nampak tak. So kitorang pun bersiap kat rumah cikgu, mandi, make-up tu semua. 
Model baju raya
On the way to MOSTI.
Disebabkan mengikut cikgu, kitorang ni awal lah sikit dari orang lain. Dah awal tu kena lah tolong angkat jubah graduasi tu bawak masuk dalam auditorium. It is supposed to girls datang awal dari boys and solat zohor kat MOSTI and guys will come later. Tapi kitorang dah siap solat tu semua dan make-up untuk kali kedua baru lah gegirls datang. 
Ambil tempat masing-masing ikut ranking. Kalau tengok gambar diatas tu takde gambar aku tu maknanya aku bukan dalam ranking tu. Yang dalam gambar tu semua top student. Aku yang tak berapa nak top belakang sikit je dari diorang. Hehe.
Here, this talented girl Farisha Asmadi or nama retisnya Irish. Budak Idola Kecil 4 and dapat no.2. Biasa kalau ada apa-apa event kat sekolah mesti dia akan perform. Dan selalunya mesti best!
Memori Tercipta
Bahagiamu Deritaku. Just an instrumental song from SMK BBST Music Club.
Dua-dua video ni aku dah upload kat channel youtube aku. Hehe.
Menunggu nama seorang demi seorang untuk naik ke pentas. 
Dah selesai terima scroll tu, apa lagi sesi bergambar lerr..... Disebabkan kitorang ni form 6 dapat lah pakai jubah tu lama-lama. Form 5 tak boleh. You all kena bagi chance kat kakak abang yang nak keluar dah ni. Heee..
 With Penolong Kanan Pra-U, Puan Rohani Othman
 With my cikgu sejarah, Puan Junaida Salleh 
 With my MUET teacher, Madam Noor Razalina Rashid


See you di IPT, kawan-kawanku!
All the best!

Sunday, October 27, 2013

Collecting the moments

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh
Sebenarnya aku tak tau nak story apa. Tapi tetiba teringin nak menaip. I can't sleep act......:( Baru  je lepas study. Maklum lah nak menempuh perang yang besar lagi menakutkan tu lagi berapa hari je lagi. Jadi aku hanya mengikut sahaja kemana jari jemari ku menaip di atas keyboard.
Tak caya jugak sebenarnya aku ni dah pun nak habis sekolah. Lepas ni dah tak merasa lagi dah alam persekolahan. Takde dah Form 7 ke Form 8 ke. This is really my final as a school student. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan result pun cemerlang dapat lah sambung degree. Amiin ya Allah.. 
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhair. Birahmatikaya arhamarahimin.."
-Ya Allah permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan dipersulitkan.-
Sesungguhnya, terlalu banyak kenangan yang telah aku lalui sepanjang berada di Form 6. Life Form 6 ni jauh berbeza dengan aliran perdana (Form1-5). Even aku ni dari dulu memang dari sekolah yang sama. Kata kawan aku, bila dah masuk Form 6 ni ukhuwah sesama kawan pun dah lain. Macam family. Macam adik-beradik. Gaduh, berselisihan pendapat, bertekak tu benda biasa lah bagi kita. Tapi takde pun nak amik serius kan. 
Kumpulkan memori sebanyak yang boleh pada hari-hari terakhir di sekolah. Buat baik dengan semua cikgu dan maafkanlah segala kesilapan kawan-kawan. Enjoy it. You'll never forget this moment. This is what i am doing right now.
Last but not least, may Allah ease everything in our final battle. 


Events

Salam 'alaik :)
Masuk je bulan 10 banyak gila events. Eceh takde la banyak. Dalam 5 events camtu. Busy. Exam pulak makin dekat. Tapi takpe la.. Dah nak habis sekolah pun. Lepas ni dah takde dah nak pakai baju sekolah, datang sekolah, ikut peraturan sekolah. Collecting the memories, as much as we can get! 

Date: 5/ 10/ 2013
Event: Persona Personaliti Agung
Location: SPRM, Putrajaya

Date: 17/10/ 2013
Event: Kenduri Perdana+Sambutan Raya Haji
Location: SMK BBST


Date: 18/10/ 2013
Events: Prefect's Annual Dinner
Location: Dewan Sanggar Wacana, SMK BBST


Date: 23/10/2013
Event: Pre-U's Annual Dinner
Location: Red Wok Restaurant, Bandar Baru Bangi

Thursday, September 20, 2012

Kerana tisu

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hii... Uhuk uhuk *duckface. I've got sore throat. Uhuk uhuk. *duckface again. And.. And.. I didn't get 5 days MC. OMG!! *TAMPAR KANG!! Haha. Okay stop it Imma.
I'm sitting here in front of my laptop to story what was happened to me today.
Hari ini, aku telah didenda oleh cikgu PP (Pengajian Perniagaan). Al kisahnya,...
*Waktu rehat baru habis* Aku dengan Shera masuk kelas. Pastu baru aku teringat, aku nak beli tisu tadi tapi terlupa. Dan dan lah hari nak selsema lah, sakit tekak lah and so on.. So aku pergi lah ke koop tanpa inform kat kawan yang aku ni nak ke sana. Just blah macam tu je. Dah habis beli tu balik ke kelas semula. Sampai je kat kelas,..
Amir (budak kelas sebelah): Mai, cikgu dah kunci kelas lah.
Me: Hah!? * Try buka, tapi tak boleh. Ahh sudah.. Curi-curi dengar kat tingkap, cikgu dah start mengajar.
Pastu nampak lah ada lagi yang lewat selain aku. Faiz, Ayen, Ammar, Ezurain, Helmi a.k.a. Bean. All of them is BOYS and  I am the only GIRL who's late. Malunya wehh!!! Budak-budak kelas sebelah dah pelik tengok kitorang duduk luar. Haish tak boleh jadi ni. Aku cuba buka tingkap, slowly.. Selak langsir. Semua pandang! Eiii lagi lah segan tahu!! Then, i heard cikgu said,..
Cikgu: Biarkan diorang sekali sekala kena denda macam ni. Biar diorang rasa. Awak sepatutnya masuk lah kelas awal and bla bla bla............*tak clear cikgu cakap apa.
Aku rasa masa tu geram sangat-sangat dengan diri aku sendiri. Kalau lah aku tak pergi koop, beli tisu tadi tak adanya kena duduk kat luar macam ni. Lepas tu budak-budak kelas sebelah dah panggil kitorang ajak masuk kelas diorang. Kebetulan kelas diorang tak ada cikgu. Seriously, aku rasa serba salah nak masuk kelas diorang tadi. Tak tahu kenapa. Masuk je kelas diorang, ada orang tanya,..
Someone: Imma, kau nangis ke?
Me: Tak ah manada. *Padahal air mata dah bertakung dah ni.
Aku terus pergi kat tempat Faezah, i told her the truth.
Aku duduk kelas tu kejap je. Pastu aku keluar. Tunggu lah depan pintu kelas dengan yang senasib dengan aku, berharap cikgu akan buka pintu. Sambil tunggu tu, dengar apa yang cikgu tengah ajar. Huhu gila sedih nasib kitorang. Dah macam pelarian aku rasa. :(
Beberapa minit kemudian, cikgu buka pintu.
Me: CIKGU! SAYA NAK MASUK! *terus redah je. Haha. Orang first yang masuk pula tu.
Then, ada juga lah kena brainwash tadi. Sikit je. Tak apa, kami redha cikgu. Haha. Dah habis waktu PP, aku salam cikgu.
Me: Cikgu, saya minta maaf sebab lambat tadi.
Cikgu: Hah tu lah awak... Lambat lagi lain kali.
Me: Tadi saya tak sengaja...*buat muka bajet comel. Mesti cikgu tu melting. Wakakakakaka.
Haih kerana sebungkus tisu 30sen badan binasa. 
Ni lah puncanya....

Wednesday, August 22, 2012

Kad raya II

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Dah sampai ke belum agaknya kad-kad ni semua kat korang? Aku ambil alamat korang kat majalah sekolah. (*kecuali yang duduk kat Sarawak tu, alamat dia dah tukar dah. Haha) Harap-harap alamat tu betul lah. Kalau dah sampai call lah aku.. Aku tak mengharap korang reply pun, just nak korang tahu yang aku still ingat korang. InsyaAllah, our friendship will be last forever ♥♥
Rindu kamuu semuaaa :'(

Saturday, June 16, 2012

Kamek sayang kitak!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
1/6/2012, Jumaat
Satu panggilan yang agak mengejutkan dari Ell. Bukan call lah, text je pun. Tapi agak terkejut lah. 
"Ima, aku dapat upm kt sarawak... Help me help me!"
Ehh patutnya dia rasa happy tapi kenapa nak "HELP" pulak. Pelik. Then aku call dia terus. Malas nak taip sebenarnya. At first, Kak Zira yang angkat and second time baru dia jawab.
Me: Hello Ell..  Kau dapat.....(Tak habis cakap lagi dia dah potong, Nak cakap tahniah sebenarnya.)
Ell: Im.. Im...
Me: Ell, kau nangis eh?
Ell: Eh tak tak. Aku okay lah. (Suara baru lepas nangis, sedu sedu lagi)
Me: Tipu, aku tahu kau nangis. Kenapa ni?
Ell: Tak aku.. akuu... (Baru dia nangis betul betul..)
Me: Sokay, sokay. Aku datang kat kau jap lagi. Okay?
Ell: Okay.
Then aku pun pergi kat dia. Aku sampai kat dia pun mata dah merah dah. Haha Ell, kau tak payah sorok lah. Bukan sehari dua aku kenal kau. Sesi kaunseling pun bermula.*ceh kaunseling tauu.
Ohh baru aku tahu sebenarnya kau dilemma. Aku tahu kau memang naakkkk sangat pergi kan tapi dalam masa yang sama kau tak nak susahkan Mak dengan Abah. Kan? Yelahh dapat tahu berita tu pun dah last minute, dekat dengan kenduri abang kau lagi. So keadaan agak terganggu masa tu. Betul tak? 
At last, kau buat keputusan untuk pergi sana jugak. Alhamdulillah, kau buat keputusan yang betul walaupun hampir tak jadi. Ingat, peluang tu datang sekali je. 
Dalam tempoh 14 hari kau setelkan medical check-up lah,  imegresen lah and so on. Orang nak study jauh mesti lah banyak benda nak kena buat. Nasib baik dalam Malaysia lagi, kalau pergi London aku tak tahu lah macam mana. Haha. 
13/6/2012, Rabu
Aku dengan Wan decide nak tidur rumah kau. Nak hantar kau pergi airport esok. Wahh meriahnya rumah kau!! Banyak barang untuk kenduri abang kau nanti. Abah kau pulak asyik buat lawak je. Penat aku dengan Wan gelak tahu. Sakit pipi ni haa. Makan nasi lauk tempoyak Mak buat, fuhh sedap gilaaa.. Tak tidur kita malam tu. Tapi kau tidur! Eii memang tak berubah perangai kau yang satu ni. Dulu masa kat asrama suka buat aku cakap sorang sorang rupanya kau dah tidur dulu. Kau tidur lagi 30 min nak pukul 3 pagi. Tapi pukul 3 pagi tu lah kita nak kena siap siap. 
14/6/2012, Khamis
Pukul 3 pagi dah bersiap nak ke airport. First time aku siap siap pakai baju sekolah time time macam tu. Sebab lepas hantar kau aku kena pergi sekolah pulak. Aku tak nak nangis time hantar kau!!! Haha.
Dalam pukul 4.30 pagi kitorang bertolak ke airport LCCT. Tu diaa dua buah kereta escort kau tauu.
Masa ni kau tengah nervous gilaa. Pucat muka kau. Masalahnya nervous kau tu berjangkit dengan aku. Aku pun nervous tapi tak tahu kenapa sampai sejuk tangan aku. Haha. Tak habis habis kau cakap "eii macam tak caya je dah nak pergi hari ni.."
Beberapa minit sebelum kau nak check-in. Time ni kan aku rasa macam nakk... Alahh kata tak nak nangis so relax dulu. Kebal tak aku. Haha. Perasaan bercampur baur, gembira+sedih+nervous dan yang sama waktu dengannya. 
Aku usha kejap time ni tengok ada berapa minit lagi sebelum kau berlepas. Haihh.. Lagi lah rasa macam nak.....:'(
Dan tibalah masa yang ditunggu tunggu. Kau dah nak pergi dah..:( Masa kau salam orang lain aku boleh kawal lagi air mata ni, tapi bila sampai turn aku. Arghh!!! Geramnya aku nangis jugak! Tapi Wan tak nangis. Wan kebal ohh. 
Dah kurang sorang.:( Nampak tak tu muka baru lepas nangis.? Haha.
Memandangkan kitorang balik awal dalam pukul 6 macam tu, kitorang balik rumah kau. Solat subuh kat rumah kau. Masa lepas solat subuh kan aku terpandang ni,
Automatik terus teringat kat kau :'(
Dalam pukul 7.10 pagi aku sampai sekolah. Abah kau hantar aku dengan Tiqa pergi sekolah. Sampai kat kelas aku teringat kau ada bagi aku surat malam tadi. Aku amik surat tu baca kat belakang blok F6. Tahu tak kenapa? Sebab aku tahu mesti aku nangis punya lah kalau orang tengok seganlah. Haha pandai kan aku cover.? 
Betul lah cantik tulisan kau *seperti yang dinyatakan dalam surat. Haha. Ell, terima kasih untuk segala galanya. Betul, kawan yang baik tu adalah kawan yang sentiasa mengingatkan kepada Allah, dan kau salah seorangnya. :)
Lepas ni dah tak ada lah orang nak bagi aku "surat cinta" lagi.:(
Seharian weh aku ngantuk kat kelas sebab malam tu aku tak tidur. Tak pelah, lepas ni bukan boleh lagi nak spend time macam ni. 
Hari yang sama aku cek rayuan UPU. Aku tak dapat pun. Lagi pun aku tak mengharap sangat sebab aku memang nak stay F6. Dan aku cek kau punya jugak. Aku kan hafal no I/C kau so aku cek lah. Okay aku tahu tu tak baik, sorry Ell :)  Dan keputusannya..
Kau dah ada kat Sarawak dah pun. Tup tup dapat pulak rayuannya. Alhamdulillah, murah rezeki kau Ell :) Aku pun tak dapat tau. Tapi kau memang nak stay sana kan? So jangan ubah fikiran. Tetapkan pendirian!
15/6/2012, Jumaat
Abah kau dah pesan kat aku dengan Wan, "walaupun Nana dah tak ada kat sini, datang lah.." So petang Jumaat tu aku datang rumah kau untuk rewang. Alahaii rasa macam ada kurang je bila kau tak ada.:( Nak tau tak Wan kan, dia buat request kat Mak suruh buat tempoyak tu lagi untuk kitorang tapau. Haha.
Cantik ohh pelamin. Suka tengok even tak siap sepenuhnya lagi time ni.
16/6/2012, Sabtu
Hari kenduri abang kau. Pukul 12.30 pm kitorang satu family+Wan sampai rumah kau. Tiqa orang first yang sambut kitorang (kalau tak mesti kau kan.?) 
Ni nasi kenduri yang kitorang makan, *saja kan aku ni nak show off pulak kat kau? Haha.
Aku baru nak balik abang kau baru sampai, so dapat satu je gambar. Btw, sampaikan ucapan selamat pengantin baru kat kat abang kau dengan Kak Ryn eh. Haha kalau tak menyusahkan lah. :)
Haih jauhnya kau.. Tapi jangan risau satu hari nanti aku dengan Wan akan sampai jugak ke sana, insyaAllah. Ingat pesan aku, jaga diri, jaga solat, jaga aurat, jaga batas dan jaga lah apa yang patut dijaga. Walaupun kita jauh dimata tapi dekat dihati. Take care Siti Nurliyana Bt. A.Rahim/Liyana Rahim/Ell/Nana/Adik/LANA :) Kamek sayang Kitak <3