Blogger Layouts
Showing posts with label Facts. Show all posts
Showing posts with label Facts. Show all posts

Wednesday, August 10, 2016

Ragam yang akan kau jumpa di media sosial


Situasi 1:
Pernah rasa tak, kadang kadang tu kita rasa nak post something kat fb or twitter or apa apa lah. Tiba tiba ada kawan kita kat dalam tu terasa. Tapi benda tu takde mengena dengan dia pun. Tapi dia ingat kita tuju kat dia.

Situasi 2:
Kita share kat social media tentang sesuatu perkara, tapi kawan kita tu duk rasa kita ni berlagak pandai. nak show off whatsoever. Dia rasa kita ni annoying, menyampah tengok muka kita menyemak kat timeline dia.

Situasi 3:
Kadang kadang ada masa kita nak luahkan something kat social media ni. Nak luahkan rasa marah, sedih (Even no one cares! Haha) Tapi dia ingat kita ni marah or benci kat dia. Pastu boleh berbalas balas pulak. Status or tweet dia macam ada kaitan dengan kita punya. Tapi kawan kita tu tak berani nak mensi kita. Mungkin takut kena kecam? Rasanya yang pernah mengalami benda ni mesti faham.

Situasi 4:
Kita post gambar. Tapi dia tak pernah like. Tapi gambar orang lain dia like pulak. Aneh bukan? (yang ni tak terasa sangat pun sebab aku tak hadap pun like kau tu)

Situasi 5:
Post gambar boyfriend or girlfriend or apa apa je yang sweet sweet terus di cop gatal. Up terus status or tweet yang acah acah agamawan siber. What the fish!?

Kesimpulannya disini, "kawan" kita tu tak senang melihat kesenangan atau kelebihan orang lain. Pathetic. Orang macam ni aku nasihatkan jangan pakai social media. Kau mungkin ada masalah hati. Penuh kedengkian dan iri hati yang teramat. Pergi rawat dulu lepas tu buat akaun baru ye. Dont get offended easily. Chill bro sis sekalian. :)

Blog aku umum untuk bacaan semua orang. Aku tak mensi siapa siapa kan?

Monday, June 15, 2015

Jenis-Jenis Personaliti



Mula-mula, pilih mana-mana gambar pokok yang anda suka. Kemudian, tengok huraiannya. Itulah personaliti anda. Strictly no cheating!

Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.

Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.

Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.

*Sumber Facebook*

Sunday, July 6, 2014

7 Jenis Persahabatan, Hanya Satu Sampai Akhirat


7 Jenis  Persahabatan, Hanya Satu Sampai Akhirat ::

1. Ta'arufan

Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. Taariihan

Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.

3. Ahammiyyatan

Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. Faarihan

Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti
teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. Amalan

Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya
sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. Aduwwan

Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik
lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak
mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah,
mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. Hubban Limaanan

Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus
saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati, menutupi aib
sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi
ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana
Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan
LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT : 
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"
(Surah Az-Zukhruf :67).

Sunday, September 8, 2013

Marriage in Islam

How to deal with women, if you're man enough
When she hits you or pushing you- Hold her hands.
When she get angry- Just hug her.
When she be silent- Ask her what is the problem.
When she ignore you- Give her attention.
When she asked you about something- Don't neglected her.
When she want to get away from you- Don't agree with her opinion.
When you see her in a worst situation- Tell her, "You're beautiful."
When you see her cry- Kiss her head and tell her, "I love you a lot."
When you feel her scared- Protect her.
When you see her jealous- That's mean she loved you more than you imagine.
When she says to you, "I love you"- That's mean she have feeling to you more than you think.
When she looks into your eyes- Don't turned your eyes until she turned first.
"They are a garments for you, and you are a garments to them..."
Surah al-Baqarah [2:187]
By getting married, you're not just getting a wife, you're getting your whole world. From now until the rest of the days, your wife will be your partner, your companion and your bestfriend.
She will share your moments, your days, and your years. She will share your joys and sorrows, your succesess and failures, your dream and your fears.When you are ill, she will take the best care of you. When you need help, she will do all she can for you.
When you have a secret, she will keep it. When you need advice, she will give you the best advice. She will always be with you, when you wake up in the morning, the first thing your eyes will see will be hers. During the day, she'll be with you. If for a moment, she is not with you by her physical body, she'll be thinking of you, praying for you with all her heart, mind and soul. When you go to sleep at night, the last thing your eyes will see will be her. And when you're asleep, you will still see her in your dreams. In short, she will be your whole world and you will be her whole world. 
It requires that a husband and wife should be a garments for each other. Just as garments are for protection, comfort, show and concealment for human beings, Allah expects husbands and wives to be one for another. 
"And one of His signs is that He created mates for you from yourselves that you may find tranquility in them, and He put you between love and compassion; most surely there are signs in this for a people who reflect."
Surah al-Rum [30:21]
*Source: Facebook

Saturday, December 1, 2012

Singkap Personaliti di Sebalik Pelukan

Memeluk seseorang mungkin salah satu cara individu tersebut meluahkan perasaan. Namun begitu, di sebalik pelukan juga tersingkap satu rahsia yang mencerminkan keperibadian individu tersebut.

1. Mendakap
Memeluk dengan cara merapatkan badan atau mendakap menunjukkan individu tersebut seorang yang lembut, penyayang dan mengambil berat. Dia kelihatan kuat di luar walaupun hakikatnya hatinya terlalu rapuh dan sensitif. Bukan itu sahaja, dia juga akan sentiasa menyokong apa sahaja yang anda buat selagi terbaik buat anda. Dia pasti akan membuatkan separuh daripada masalah anda hilang saat meluahkan perasaan.

2. Merangkul
Ramai orang kata individu seperti ini kurang sensitif, walhal mereka cuma tidak tahu cara mengekspresikan perhatian tersebut. Akan tetapi, bila anda dalam kesusahan, dialah orang pertama yang akan datang memberikan bantuan. Pendek kata, dia sanggup melakukan apa sahaja  untuk orang yang disayanginya.

3. Melagakan pipi
Ingin mencari seorang sahabat dan juga pendengar yang setia? Inilah orangnya. Bila-bila masa yang anda perlukan, mereka akan sentiasa ada disisi. Luahlah apa sahaja, dia tidak pernah rasa jemu mendengarnya. Dia juga mempunyai nasihat-nasihat dan saranan-saranan yang hebat untuk memastikan anda sentiasa bersemangat. Tentang rahsia juga tidak perlu dirisaukan, semuanya disimpan kemas dalam genggamannya.

4. Menempelkan kepala
Kebiasaannya dia seorang yang tegas dan mempunyai sifat kepimpinan. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-bolehnya mahu keinginannya tercapai. Disebabkan itulah anda dan sahabat yang lain mempercayainya untuk jadi seorang pemimpin.

5. Tangan terbuka
Seseorang dengan stail pelukan begini adalah individu yang ramah dan mudah bersosial. Selain tidak memilih rakan, dia juga mudah rapat dengan semua orang walaupun baru sahaja berkenalan. Orang lain juga senang dengan sikapnya.

6. Bergayut
Jika anda punya kawan begini, fahami bahawa dia adalah seorang yang sensitif dan manja. Silap-silap kalau anda ada masalah, dia akan menangis dahulu. Dia juga biasanya lebih mengenali sikap anda berbanding rakan yang lain.

*Sumber: Majalah Yezz, Ogos 2012

Saturday, October 20, 2012

Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku nak berkongsi satu cerita dengan korang semua. Tentang Mustafa Kamal Ataturk. Mungkin ada yang kenal siapa dia ni dan mungkin tidak. Even aku sendiri pun tak kenal jugak siapa Ataturk ni. Sebelum ni pernah dengar nama dia tapi tak tahu kisah dia. Abah yang belikan buku ni kat aku so aku baca lah. Bagi aku kisah dia sangat menarik. So let's we begin, Mustafa Kamal Ataturk-Penegak Agenda Yahudi (Abdul Latip Talib)
Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan pada 19 Mei 1881 di Salonika (Thessaloniki). Salonika ni nama satu tempat kat Greece. Ibu kandungnya bernama Zubaidah Hanim tetapi ayah kandungnya tak dapat dikenal pasti. Pada tahun 1886 beliau mendapat pndidikan awal di sekolah rendah di Salonika. Pada awalnya, ibunya mahu beliau memasuki sekolah agama tetapi tetapi beliau tidak mahu. Beliau mahu belajar di sekolah Inggeris yang menawarkan subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekejap sahaja beliau meneruskan pelajaran di maahad dan akhirnya beliau menyambung pelajarannya di sekolah Inggeris atas dorongan Abdul Muhsin Agha, bapa angkat kepada Mustafa Kamal Ataturk. Ibunya terpaksa mengikut sahaja kehendak anaknya. Tanpa disedari Abdul Muhsin Agha mempunyai agendanya tersendiri. Beliau sudah lama berdendam dengan kerajaan Islam Uthmaniyah dan beliau mahu mendidik Mustafa Kamal Ataturk untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem khalifah di Turki
Pada tahun 1892, beliau menyambung pelajarannya di sekolah kadet di Salonika. Di sekolah inilah beliau mendapat gelaran "Kamal" yang bermaksud sempurna daripada guru Matematiknya. Mustafa Kamal Ataturk sangat meminati subjek tersebut. Abdul Muhsin Agha pula menggunakan kekayaan yang ada untuk "menyuap" guru-guru di sekolah tersebut supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ataturk. Setiap kali menjelangnya peperiksaan, Ataturk akan mendapat soalan bocor daripada guru-gurunya. Hal ini menyebabkan Ataturk semakin menonjol kerana kecemerlangannya di sekolah. Pada tahun 1896, beliau meneruskan pendidikannya di Maktab Tentera di Manastar dan pada tahun 1899 pula menyambung pelajarannya ke peringkat  lebih tinggi di Kolej Tentera di Istanbul.
Bermulalah usaha-usaha Ataturk untuk meruntuhkankan kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki. Beliau mula aktif dalam politik. Dengan menggunakan kuasa tentera yang ada beliau berjaya menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Beliau bercita-cita untuk memusnahkan sistem khalifah dan ingin menjadikan Turki sebagai sebuah negara republik. Impian beliau menjadi kenyataan pada 1923 dan secara rasminya beliau menjadi presiden Turki. Dengan menggunakan kuasa yang ada, sistem khalifah tidak lagi digunakan dan berakhirlah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah pada 3 Mac 1924. Masyarakat Islam di Turki pada ketika itu semakin lemah disebabkan oleh diktator ini.

Pada 1923 juga,  beliau telah menandatangani Perjanjian Luzan. Perjanjian ini merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Barat yang dianggap sebagai satu revolusi dalam sejarah Islam di Turki. Antara perjanjian tersebut ialah:
a) Menghapuskan sistem khalifah
b) Mengubah syariat Islam dengan undang-undang Barat
c) Mengasingkan urusan agama, politik dan negara
d) Azan ditukarkan dalam bahasa Turki
e) Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dan Al-Quran yang dicetak dalam bahasa Arab dimusnahkan
f) Memaksa kaum wanita mendedahkan aurat dengan memakai skirt dan kaum lelaki digalakkan memakai topi koboi dan tidak dibenarkan memakai serban
g) Hari cuti umum ditukarkan kepada hari Ahad
Terlalu banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Ataturk yang bertentangan dengan Islam. Antaranya ialah:
a) Menghapuskan penggunanaan kalendar Islam dan menggunakan kalendar masihi
b) Menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
c) Undang-undang perkahwinan berdaftar digubal berdasarkan undang-undang Barat
d) Kementerian Waqaf dan Kementerian Perundangan Syariah dihapuskan
e) Masjid Aya Sophia yang asalnya merupakan gereja dan dijadikan masjid semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh akhirnya dijadikan muzium oleh Ataturk
f) Menutup semua masjid dan melarang rakyatnya solat secara berjemaah
g) Undang-undang waris dan faraid secara Islam dibatalkan
h) Menyerang Islam secara terbuka
i) Agama Islam digugurkan sebagai agama rasmi negara
j) Sekolah agama dan universiti Islam ditutup
Kesemua perubahan yang dilakukan oleh Ataturk seperti mahu menjauhkan rakyatnya daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Perubahan-perubahan ini sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan masyarakat Islam di Turki.
Saat-saat terakhir seorang diktator
Pada awalnya, beliau dikatakan menghidapi penyakit gatal-gatal. Doktor peribadinya mengatakan penyakitnya berpunca daripada hama dan debu di sekitar istananya. Akhirnya, beliau mengarahkan supaya istananya itu dibersihkan daripada hama dan debu namun penyakitnya itu tidak juga pulih malah beliau semakin tenat. Beliau disahkan menghidapi penyakit radang hati (lever cyruz) dan beberapa penyakit misteri. Selain itu. ketika saat-saat terakhirnya juga beliau sering mengadu kepanasan dan menjerit kerana tidak pernah berasa sejuk. Beliau pernah dibawa ke tengah-tengah laut untuk menyejukkan badannya, meletakkan ais dan memanggil bomba untuk menyiram seluruh badannya namun tidak berhasil. Beliau juga pernah pengsan beberapa kali dan akhiranya pada 9 November 1938 beliau disahkan meninggal dunia. 
Allah itu maha adil. Pada ketika itu tiada seorang pun yang mahu menguruskan jenazah beliau. Jenazahnya telah diawetkan selama 9 hari berturut-turut bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyatnya untuk melihatnya buat kali terakhir. Akhirnya, adik perempuan beliau merayu meminta ulama-ulama Turki untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Seorang ulama Turki yang menyembahyangkan jenazah Ataturk iaitu Syarafuddin Affandi mengatakan beliau akan bersembahyang seperti yang diminta oleh Mustafa Kamal Ataturk. Maksudnya beliau akan membaca semua bacaan solat dalam bahasa Turki.
Sewaktu ingin mengebumikan jenazah beliau, jenazahnya pula tidak diterima bumi. Sekali lagi, jenazahnya diawetkan dan diletakkan di muzium EtnoGrafi selama 15 tahun sehingga pada tahun 1953. Setelah 15 tahun berlalu, jenazahnya ingin dikebumikan kembali, namun sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaannya. Setiap kali ditanam, keesokan harinya kubur itu berlubang dan kerandanya dimuntahkan keluar. Akhirnya, jenazah beliau tidak ditanam tetapi diletakkan di satu bukit dan ditanam di celahan batu-batu marmar seberat 44 tan dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Ulama-ulama pada ketika itu mengatakan bahawa bukan sahaja di bumi Turki, malah seluruh bumi Allah tidak menerima jenazah Mustafa Kamal Ataturk!

Wednesday, May 16, 2012

Friday, April 13, 2012

50 Keistimewaan Wanita

"Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita."
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca"Alhamdulillahi'alaa kulli halin wa astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahakan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga".
9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10. Daripada Aisyah r.a.: "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
15. Aisyah r.a. berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".
16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
18. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.
22. Apabila seseorang wanita mulai sakit  hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.
27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh 2 1/2 tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.
30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah SWT akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT akan mengangkat 1000 darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.
33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan dan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seprti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah SWT akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.
36. Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan yang letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita  yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz: "Mana-mana wanita yang berdiri di atas kedua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka."
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya dan memegang pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya khabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokkan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak." Lalu baginda bersabda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki."
42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca "Bismillah", maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.
44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
45. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnyadan memadamkan 100 perbuatan jahatnya."
47. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah SWT satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."
48. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka, akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan yang baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh Allah SWT. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."

Tuesday, February 14, 2012

Sejarah Valentine's Day

السلام عليكم
Sebagaimana yang kita maklumi, setiap 14 Februari merupakan Hari Kekasih atau dalam Bahasa Inggerisnya "Valentine Day".
Berdasarkan sejarah, (wikipedia) Santo Valentine Day atau lebih dikenali sebagai Valentine Day merupakan suatu sambutan yang diadakan setiap tahun pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Nama "Valentine" diambil sempena nama martir Kristian purba bernama Santo Valentine. Ditubuhkan pada tahun 496 M oleh Paus Gelasius, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969.
Antara fakta bersejarah tentang Valentine Day.
Kebanyakan martir Kristian purba pada zaman itu bernama Valentine, tetapi Valentine yang dimaksudkan pada 14 Februari ialah Valentine dari Rom dan dari Terni. Tidak ada unsur-unsur cinta dan asmara yang terdapat dalam riwayat hidup antara kedua-dua martir ini. Dalam pindaan Takwim Para yang Kudus Katolik Rom pada tahun 1969, Santo Valentine Day telah dipadamkan daripada Takwim Santo Rom Am dan telah diturun taraf. Ada juga sejarah mengatakan Valentine’s berasal daripada nama St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
Valentine Day mengikut pandangan Islam.
Islam sama sekali tidak pernah megiktiraf Hari Kekasih apatah lagi halal bagi kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Sebagai seorang muslim, mari kita renungkan firman Allah SWT;
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra: 36)
Maksud Firman Allah SWT disini, kita bukan sekadar melihat dan mendengar. Bukan juga sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana dan dimana, bahkan lebih daripada itu. Disebabkan oleh itu Islam amat melarang umatnya melakukan sebarang bentuk upacara yang mendorong kepada suatu kepercayaan yang lain atau dalam Islam disebut sebagai Taqlid. 
Hadis Rasulullah SAW;
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah SWT;
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Surah Al-Imran: 85)
Renung-renungkan dan selamat beramal :)
والله أعلم بالصواب

Sunday, January 29, 2012

Sifat dan peribadi

 Hah hari ni aku nak bercerita pasal sifat dan peribadi korang. Korang anak nombor berapa? Satu? Dua? Tiga? Atau tunggal? Sejauh mana kebenarannya korang je tahu. Then nilai lah diri sendiri. Kalau nak tahu meh sini duduk diam diam then baca dalam hati :P
Anak sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.
Ciri-ciri
-Bersikap pelindung
-Suka bertolak ansur
-Ego
-Sering berjaya dalam hidup
-Lebih pandai mengambil hati orang tua
-Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak tengah 
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang "favorite" dalam kalangan adik beradik yang lain. Seringakali mereka juga berasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Mereka juga mudah tertekan. Oleh itu, mereka cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri
-Lebih berdikari berbanding adik beradik yang lain.
-Lebih percaya dengan keyakinan sendiri
-Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
-Sering berasa terpinggir
-Sering mengalah

Anak bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu sahaja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepaladan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa sahaja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercayaan ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa itu sendiri membuatkan hidup mereka terbatas.
 Ciri-ciri
-Happy go-lucky
-Manja
-Yakin diri
-Berkeinginan dan bercita-cita tinggi
-Sukar membuat keputusan sendiri

Anak tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri
-Berasa kesunyian
-Lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai
-Lebih bijak bergaul
-Lebih cepat matang
-Hubungan yang erat dengan ibu bapa walaupun meningkat dewasa
-Sukar bertolak ansur dengan orang lain

Tuesday, January 24, 2012

Aku tak suka!!!

السلام عليكم
Fyi, ada 10 benda yang aku tak suka. No caption just read okay. Thank you :)
Aku tak suka...
1. Cakap dengan orang then orang tu takde respond. Kau pekak ke apa? Ke kau tak paham apa aku cakap?
2. Orang tanya aku soalan yang remeh temeh. Benda yang kau boleh fikir sendiri tu pun kau nak tanya aku ke? *Selalu terjadi masa sekolah dulu sebab aku penolong kelas.
3. Orang berlagak kaya, pandai dan sebagainya. Apa kau ingat kau dah cukup bijak sangat ke? Ingat sikit siapa yang beri akal kat kita untuk berfikir.
4. Orang merokok. Even Abah sendiri pun merokok. Haha. Tapi Abah aku dia langsung tak merokok depan kitorang. Dia akan merokok kat luar. *respect! Abah jangan marah Along mengumpat Abah kat blog. Tapi yang aku maksudkan disini orang yang merokok non-stop tak kira tempat atau masa. So, thats mean aku punya future husband haruslah tidak merokok ye. Harap maklum.
5. Bila bilik aku bersepah. Kalau aku tengok bilik  aku bersepah aku jadi tak senang hati. Macam ada benda je tak kena.
6. Bila barang aku hilang. Haa.. Yang ni paling serabut kepala. Kalau aku hilang barang nak tidur pun tak boleh selagi barang tu tak jumpa.
7. On chat kat fb then mulalah jumpa alien alien dari planet mana ntah. Ayat ayat mereka semuanya sama. Contoh:-
"Hi, boleh berkenalan? Tengah buat apa? Dah makan? Kenapa tak makan lagi nanti sakit kang.." 
Wehh kalau aku sakit pun kau ke yang nak bawak aku pergi klinik? Minta maaf kepada mereka mereka ini kerana saya akan terus remove anda dari friends saya. Bye~ I didn't follow the princip of "do add do talk". Nak add, add sahaja tapi maaf saya TIDAK akan melayan anda. So baik tak payah add kan?
8. Orang yang menyeksa binatang. Even tengok kucing cacat pun aku dah nangis apatah lagi yang kena seksa.
9. Orang usik hak aku tanpa kebenaran aku. Suka hati dia je main main phone aku pastu baca inbox. Masuk bilik aku then nak selongkar macam macam. Tak kira lah apa pun itu semua hak privasi aku. Ada faham?
10. Text dengan aku then guna "eww eww" tu. Ohh please kau tak reti mengeja ke apa? Nak text dengan aku guna ayat full okay. Aku tak suka short form.
Okay tu sahaja dari saya kali ini. Byee ♥♥

Friday, December 30, 2011

Rahsia Warna Kegemaran


Emas :Berilmu, gemarkan kejayaan, penyabar, suka menolong, suka menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih :Penyabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong, gemar berjenaka, mudah dipujuk, fikirannya yang 
bersih, tidak berprasangka buruk terhadap orang lain, hatinya tenteram, boros berbelanja, optimis dan sukakan kedamaian

Kuning : Berjiwa lembut, sentiasa dapat perhatian, penuh kasih sayang, berhemah, ceria, berfikiran positif, optimis, setia, tahan lasak, suka berkawan. sikap agresifnya membuatkan orang takut, mudah menangis dan cepat menyerah kalah.

Merah :Berani, jujur, berdisiplin, tegas, aktif, disenangi oleh rakan-rakan, bersikap terbuka, suka tersenyum, pendendam, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau :Sukakan alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis, banyak idea, rajin, jujur dan tekun dalam bekerja, sukakan keharmonian, sukakan ilmu dan terlalu mudah percaya.

Jingga :Ramah, jujur, rajin dalam bekerja, bercita-cita tinggi, mudah menangis dan cepat mengalah dengan stress.

Biru :Ketenangan, kesejukan dalam diri, sukakan kedamaian, bertanggungjawab, pandai menyimpan wang, terlalu memaksa orang lain untuk kehendak diri sendiri dan adakalanya angkuh.

Pink :Penyayang, feminin, suka kebebasan, kreatif, tegas, jujur, suka membantu, mempunyai ramai kawan, pengemas, romantik, bersemangat tinggi tetapi tidak suka dibantah dan suka mendesak.
 
Coklat :Jika perempuan lebih bersifat keibuan, rendah diri, budi pekerti tinggi, suka belajar, mudah dipujuk dan mempercayai orang, cepat berasa was-was, dan takut melakukan kesalahan.

Silver :Sukakan kejayaan, pendengar yang baik, disenangi orang lain, mudah putus asa, dan cepat merendah diri.

Ungu :Suka berjenaka, rajin, pemurah, keinginan yang tinggi, adakalanya sombong dan sedikit emosional.

Hitam :Serius, tinggi iltizam, melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, prihatin, baik hati, tabah, tidak mudah dipengaruhi, setia, suka menyendiri dan mudah tersentuh.

Kelabu :Mendengar kata, rendah diri, tenang, suka mengalah, sanggup berkorban, mudah tersentuh dan agak pemalas.