Blogger Layouts

Saturday, December 1, 2012

Singkap Personaliti di Sebalik Pelukan

Memeluk seseorang mungkin salah satu cara individu tersebut meluahkan perasaan. Namun begitu, di sebalik pelukan juga tersingkap satu rahsia yang mencerminkan keperibadian individu tersebut.

1. Mendakap
Memeluk dengan cara merapatkan badan atau mendakap menunjukkan individu tersebut seorang yang lembut, penyayang dan mengambil berat. Dia kelihatan kuat di luar walaupun hakikatnya hatinya terlalu rapuh dan sensitif. Bukan itu sahaja, dia juga akan sentiasa menyokong apa sahaja yang anda buat selagi terbaik buat anda. Dia pasti akan membuatkan separuh daripada masalah anda hilang saat meluahkan perasaan.

2. Merangkul
Ramai orang kata individu seperti ini kurang sensitif, walhal mereka cuma tidak tahu cara mengekspresikan perhatian tersebut. Akan tetapi, bila anda dalam kesusahan, dialah orang pertama yang akan datang memberikan bantuan. Pendek kata, dia sanggup melakukan apa sahaja  untuk orang yang disayanginya.

3. Melagakan pipi
Ingin mencari seorang sahabat dan juga pendengar yang setia? Inilah orangnya. Bila-bila masa yang anda perlukan, mereka akan sentiasa ada disisi. Luahlah apa sahaja, dia tidak pernah rasa jemu mendengarnya. Dia juga mempunyai nasihat-nasihat dan saranan-saranan yang hebat untuk memastikan anda sentiasa bersemangat. Tentang rahsia juga tidak perlu dirisaukan, semuanya disimpan kemas dalam genggamannya.

4. Menempelkan kepala
Kebiasaannya dia seorang yang tegas dan mempunyai sifat kepimpinan. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-bolehnya mahu keinginannya tercapai. Disebabkan itulah anda dan sahabat yang lain mempercayainya untuk jadi seorang pemimpin.

5. Tangan terbuka
Seseorang dengan stail pelukan begini adalah individu yang ramah dan mudah bersosial. Selain tidak memilih rakan, dia juga mudah rapat dengan semua orang walaupun baru sahaja berkenalan. Orang lain juga senang dengan sikapnya.

6. Bergayut
Jika anda punya kawan begini, fahami bahawa dia adalah seorang yang sensitif dan manja. Silap-silap kalau anda ada masalah, dia akan menangis dahulu. Dia juga biasanya lebih mengenali sikap anda berbanding rakan yang lain.

*Sumber: Majalah Yezz, Ogos 2012

No comments: