Blogger Layouts

Tuesday, February 14, 2012

Sejarah Valentine's Day

السلام عليكم
Sebagaimana yang kita maklumi, setiap 14 Februari merupakan Hari Kekasih atau dalam Bahasa Inggerisnya "Valentine Day".
Berdasarkan sejarah, (wikipedia) Santo Valentine Day atau lebih dikenali sebagai Valentine Day merupakan suatu sambutan yang diadakan setiap tahun pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Nama "Valentine" diambil sempena nama martir Kristian purba bernama Santo Valentine. Ditubuhkan pada tahun 496 M oleh Paus Gelasius, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969.
Antara fakta bersejarah tentang Valentine Day.
Kebanyakan martir Kristian purba pada zaman itu bernama Valentine, tetapi Valentine yang dimaksudkan pada 14 Februari ialah Valentine dari Rom dan dari Terni. Tidak ada unsur-unsur cinta dan asmara yang terdapat dalam riwayat hidup antara kedua-dua martir ini. Dalam pindaan Takwim Para yang Kudus Katolik Rom pada tahun 1969, Santo Valentine Day telah dipadamkan daripada Takwim Santo Rom Am dan telah diturun taraf. Ada juga sejarah mengatakan Valentine’s berasal daripada nama St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
Valentine Day mengikut pandangan Islam.
Islam sama sekali tidak pernah megiktiraf Hari Kekasih apatah lagi halal bagi kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Sebagai seorang muslim, mari kita renungkan firman Allah SWT;
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra: 36)
Maksud Firman Allah SWT disini, kita bukan sekadar melihat dan mendengar. Bukan juga sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana dan dimana, bahkan lebih daripada itu. Disebabkan oleh itu Islam amat melarang umatnya melakukan sebarang bentuk upacara yang mendorong kepada suatu kepercayaan yang lain atau dalam Islam disebut sebagai Taqlid. 
Hadis Rasulullah SAW;
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah SWT;
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Surah Al-Imran: 85)
Renung-renungkan dan selamat beramal :)
والله أعلم بالصواب

No comments: