السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Dah settle kemas, buat kuih, mop lantai dan yang sama waktu dengannya akhirnya aku berjaya untuk mencuri sedikit masa untuk berblogging. Hari ni 29 Ramadhan 1434H, hari terakhir kita berpuasa. Sebulan puasa satu cerita pun aku tak update kat blog ni. Huh angan-angan je lah nak jadi famous blogger macam Maria Elena kalau diri tu malas nak menaip. Haha. Tapi kan memang betul tau aku ni memang malas nak update. Melainkan tiba-tiba mood aku datang haa masa tu jangan nak halang laa. Mencurah-curah idea datang.
So this what are we did during ramadhan,
Iftar with pre-u students and ex form 6 SMK BBST
Ha yang indian ni kan nama dia Sahanna Michael. Dia kristian. For the first time time hari kita buat iftar tu dia puasa sekali dengan kitorang. Tak sahur pulak tu. And she did well! Congrats Shana!
Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Ni semua gambar last masa hari khatam quran. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Ehh siapa ni? Dah la mata bengkak. Haha dugaan bulan puasa. Dengan demamnya lah, sakit mata lah. Dan-dan lah kena ketumbit. Tak pasal-pasal kena tuduh cakap aku intai orang mandi. Daaa siapa je aku nak intai? Haha.
For your information, tahun ni aku beraya di Sepang. Tak balik mana-mana pun sama ada Kedah mahu pun Terengganu. Hmm sedih lah jugak tak dapat beraya kat kampung sebab esok pagi sebelum solat hari raya tu abah dah kena pergi kerja. Haih dengar suara nenek telefon pun aku dah sebak, belum dengar takbir raya lagi ni. Buka twitter tengok ada orang update tengah buat kuih dengan sedara lah, main bunga api lah bla bla bla.. Buka instagram tengok ada orang post gambar kat highway, nak cakap yang dia tu on the way nak ke kampung lah tu. Saja buat aku jealous. Aaaaa nak raya macam tahun lepas... Nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan.
Esok 1 Syawal 1434. Harap ramadhan yang baru meninggalkan kita memberikan kesan positif dan penuh makna kepada kita semua. Kepada yang mengenali diri ini, salam aidilfitri dan mohon ampun sekiranya ada salah silap. Selamat hari raya semua!!!
No comments:
Post a Comment