السلام عليكم
Hallo, hallo, hallo my blog!!!
Rindu nak update kamu tapi tak kesampaian. Banyak cerita yang ku mahu luahkan padamu oh blog ku. Hahha.
Okay, berbalik kepada topik kat atas tu. Siapa Kak Mine? Haa.. Nanti aku cakap. Aku nak cerita pasal kem asrama, Teenagers Musical Camp: Lets the Memories Begin.
Kem ni bertemakan musical. Semua senior form 5 and sorang form 6 jadi fasi. Kitorang yang jadi fasi ni pulak kena cari satu nama yang lain untuk menggelarkan diri kita berdasarkan tajuk lagu. Aku amik lagu Mine-Taylor Swift. Thats why lah dorang ni semua panggil aku Kak Mine. Fasi-fasi ni pulak diberi stickers untuk diberi kat dorang untuk tambah markah kumpulan dorang sendiri. But kalau dorang nak stickers tu dorang kena buat something yang disuruh oleh fasi-fasi. Haa.. Masa ni lah aku bertindak dengan kejam. Macam-macam aku suruh dorang buat. Menyanyi, menari, lompat bintang atas pentas, ambilkan makanan, and banyak lagi. Sanggup plak tu dora ng buat semata-mata nak tambah markah kumpulan. Esoknya plak ada satu game tu namanya "Mat Saleh Celup". Aku, Radhi dengan Syerah kena jaga checkpoint "Hangman". Sepanjang game ni berlangsung kitorang semua kena speaking even our english broken. Hahha. Last day, ada explorace. Aku sorang-sorang jaga checkpoint kuiz kat tempat letak basikal. Sumpah aku bosan sampai aku tertidur time tunggu group dorang. And aku rasa mesti dorang pun kata checkpoint aku yang paling bosan. Kan, kan?