Blogger Layouts

Saturday, July 30, 2011

Immazaitul Nur Insyirah ♥

Nur Insyirah- Cahaya yang Melapangkan Dada

Immazaitul Nur Insyirah telah selamat dilahirkan pada 28 Julai 2011 bersamaan dengan 26 Syaaban 1432H pada pukul 3.20 petang. Semoga dia menjadi anak yang baik dan solehah. Amin...

Friday, July 29, 2011

Newborn ♥


السلام عليكم

Cerita bermula dari aku balik dari sekolah (ada sukan tahunan). Sampai je kat rumah dapat call dari mama yang ada kat hospital. Mama cakap mama kena scissor jap lagi. What? Cepatnya! Macam awal sangat je? Then kitorang pun siap-siap nak ke Hospital Serdang. Pukul 3 baru sampai hospital. Tunggu punya tunggu sampai pukul 5.40 petang tetiba nurse tu panggil Abah:-
Nurse: Suami Puan Kamsiah boleh masuk ke dalam ye.
Abah pun masuk dengan confidentnya. Kitorang yang tunggu kat luar ni pulak yang cuak. 10 minit lepas tu Abah keluar.Tetiba Abah cakap:
Abah: Yassin maintain.
Me: Huh?! (blur...) Tak faham.
Abah: Baby girl
Aku ngan angah masa tu jangan cerita lah. Punyalah exited gila. Tapi time nak pergi tengok baby tu tak boleh pulak. Nurse tu tak bagi. Sokay, esok pun nak pergi tengok lagi. Abah sorang je yang boleh masuk tadi. What so jealous~

Act, sampai sekarang aku still tak percaya yang aku ada adik yang ketiga. Semalam aku ada dua orang adik, Hari ni aku ada 3 orang adik. Raya pun yang sebelumnya 5 orang sekarang dah jadi 6. Alhamdulillah keadaan baby sihat walafiat walaupun tak cukup bulan. Sorry gambar takde lagi. Al-maklumlah aku mana ada phone nak amik gambar. So next time aku akan letak lah gambar adik aku tu okay. Daa~

Friday, July 15, 2011

Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. Terima kasih.

السلام عليكم



Isnin, 11/72011 
Kecoh time assembly pagi. Dengar-dengar ada orang cakap: "AKU DAPAT PLKN WEH!!!" Huh?! Dah keluar ke? Gila lah cepat. Dengan perasaan berkobar-kobarnya aku pun try call no PLKN tu. Anne yang bagi no tu. Call guna public phone. Tak dapat. Aduh gi mana sih... Aku dah exited ni. Aku memang nak sangat-sangat pergi ouh. Petang tu plak try guna internet kat library. Nak tengok secara online. Sampai je kat library, mak aihh ramainya! Then aku nampak ada dua orang budak india ni tengah guna komputer tu:-
Me: Dik, jap lagi nak guna boleh? Cepat sikit eh. Urgent ni.
Budak tu: Okay.
Tunggu punya tunggu tak habis-habis lagi budak ni. Makin ramai pulak geng-geng dia. Main game rupanya. Kurang asam punya budak. Memang internet kat library ni untuk main game pun kan? 
Ell: Woi! Cepat sikit boleh tak?
Budak tu: (Buat tak tau je...)
Melampau budak ni. Memang nak kena. 
Pastu ada lah sorang hero ni datang cakap kat budak tu:-
Hero: Weh cepat lah. Akak tu nak guna doe. Janganlah selfish sangat.
Me: (Thumbs up!)
Akhirnya  blah jugak budak-budak tu. Try lah buka laman web PLKN. Tetiba stuck! Ah sudah. Jam pulak internet hari ni. Semua nak pakat nak cek hari ni. Last-last aku give up. 

Selasa, 12/7/2011
Makin ramai pulak budak-budak kelas aku dapat PLKN. Time tu aku berharap gila aku dapat jugak. Tetiba Aina offer kat aku call no PLKN tu guna fon dia (hah kantoi!). Aku pun call lah no tu:-
Me: Mana orangnya ni..
Orang dalam fon tu: Hello selamat pagi. Talian Khidmat Negara. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Me: Saya dapat PLKN tak? Ehh.. Saya nak cek status PLKN saya.
Orang dalam fon tu: Bagi no I/C.
Me: 940302-10-****. (Neves gila!!!)
Orang dalam fon tu: Sekejap ye. Oh maaf ye. Tak terpilih.
Me: Hah apa?
Orang dalam fon tu: TIDAK TERPILIH!
Me: Haaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!
Orang dalam fon tu: (Tuuuuuuuuuuuuuutttttt............ Talian terputus)
Sumpah gila frust lah time tu.  Argh!!!!

Rabu, 13/7/2011
Tak puas hati call. Nak jugak cek guna online punya. Alhamdulillah internet tak stuck plak hari tu.    Dah letak no I/C dalam tu. Penuh debaran menanti. TING!


Hah! Sudah terang lagi bersuluh. Memang confirm aku tak dapat.  Sedih gila weh!! Btw,  congrats kat Ekin and Aini sebab korang dapat PLKN. Aku tau korang tak rela. Haha. Kalau boleh tukar memang aku nak tukar dengan korang. Haish pelik betul lah. Yang nak pergi tak dapat, yang tak pergi dapat pulak. To Ekin and Aini korang kan WIRAWATI NEGARA, so redha je lah.. Haha.