Blogger Layouts

Sunday, January 29, 2012

Sifat dan peribadi

 Hah hari ni aku nak bercerita pasal sifat dan peribadi korang. Korang anak nombor berapa? Satu? Dua? Tiga? Atau tunggal? Sejauh mana kebenarannya korang je tahu. Then nilai lah diri sendiri. Kalau nak tahu meh sini duduk diam diam then baca dalam hati :P
Anak sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.
Ciri-ciri
-Bersikap pelindung
-Suka bertolak ansur
-Ego
-Sering berjaya dalam hidup
-Lebih pandai mengambil hati orang tua
-Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak tengah 
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. Ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang "favorite" dalam kalangan adik beradik yang lain. Seringakali mereka juga berasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Mereka juga mudah tertekan. Oleh itu, mereka cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri
-Lebih berdikari berbanding adik beradik yang lain.
-Lebih percaya dengan keyakinan sendiri
-Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
-Sering berasa terpinggir
-Sering mengalah

Anak bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu sahaja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepaladan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa sahaja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercayaan ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa itu sendiri membuatkan hidup mereka terbatas.
 Ciri-ciri
-Happy go-lucky
-Manja
-Yakin diri
-Berkeinginan dan bercita-cita tinggi
-Sukar membuat keputusan sendiri

Anak tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri
-Berasa kesunyian
-Lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai
-Lebih bijak bergaul
-Lebih cepat matang
-Hubungan yang erat dengan ibu bapa walaupun meningkat dewasa
-Sukar bertolak ansur dengan orang lain

Alololo adik Syira :)

السلام عليكم
Syira dah 6 bulan.  Omey nyewww <3 Tengok tu dah pandai gelak dah dia. Suka tengok Syira gelak tadi. Baru hari ni Syira gelak macam ni. Haha. Syira pun dah pandai meniarap, dah pandai nak ajuk orang. 
Budak debab <3

Tuesday, January 24, 2012

Aku tak suka!!!

السلام عليكم
Fyi, ada 10 benda yang aku tak suka. No caption just read okay. Thank you :)
Aku tak suka...
1. Cakap dengan orang then orang tu takde respond. Kau pekak ke apa? Ke kau tak paham apa aku cakap?
2. Orang tanya aku soalan yang remeh temeh. Benda yang kau boleh fikir sendiri tu pun kau nak tanya aku ke? *Selalu terjadi masa sekolah dulu sebab aku penolong kelas.
3. Orang berlagak kaya, pandai dan sebagainya. Apa kau ingat kau dah cukup bijak sangat ke? Ingat sikit siapa yang beri akal kat kita untuk berfikir.
4. Orang merokok. Even Abah sendiri pun merokok. Haha. Tapi Abah aku dia langsung tak merokok depan kitorang. Dia akan merokok kat luar. *respect! Abah jangan marah Along mengumpat Abah kat blog. Tapi yang aku maksudkan disini orang yang merokok non-stop tak kira tempat atau masa. So, thats mean aku punya future husband haruslah tidak merokok ye. Harap maklum.
5. Bila bilik aku bersepah. Kalau aku tengok bilik  aku bersepah aku jadi tak senang hati. Macam ada benda je tak kena.
6. Bila barang aku hilang. Haa.. Yang ni paling serabut kepala. Kalau aku hilang barang nak tidur pun tak boleh selagi barang tu tak jumpa.
7. On chat kat fb then mulalah jumpa alien alien dari planet mana ntah. Ayat ayat mereka semuanya sama. Contoh:-
"Hi, boleh berkenalan? Tengah buat apa? Dah makan? Kenapa tak makan lagi nanti sakit kang.." 
Wehh kalau aku sakit pun kau ke yang nak bawak aku pergi klinik? Minta maaf kepada mereka mereka ini kerana saya akan terus remove anda dari friends saya. Bye~ I didn't follow the princip of "do add do talk". Nak add, add sahaja tapi maaf saya TIDAK akan melayan anda. So baik tak payah add kan?
8. Orang yang menyeksa binatang. Even tengok kucing cacat pun aku dah nangis apatah lagi yang kena seksa.
9. Orang usik hak aku tanpa kebenaran aku. Suka hati dia je main main phone aku pastu baca inbox. Masuk bilik aku then nak selongkar macam macam. Tak kira lah apa pun itu semua hak privasi aku. Ada faham?
10. Text dengan aku then guna "eww eww" tu. Ohh please kau tak reti mengeja ke apa? Nak text dengan aku guna ayat full okay. Aku tak suka short form.
Okay tu sahaja dari saya kali ini. Byee 

Thursday, January 19, 2012

Tak tahu nak bagi tajuk apa...

السلام عليكم
Haluuuu!!!!! Ada orang tak??? Ye aku tahu aku dah lama tak blogging. Dari sehari ke sehari nak update tapi selalu tertangguh. But now I'm back! I promise I'll not leave you for a long time my dear blog~ Ahaks! *Okay I know I'm annoying.
Sekarang aku nak kata busy tu tidak lah, cuma terlebih penat. Paling paling rajin pun online guna phone.*Ecehh nak cerita ada phone baru sebenarnya. Alah phone murah jeww pown. Kitew punyew tak canggih macam awarks punyew leww..*Tengok tu, annoying lagi :P
Kalau dulu jadual hidup aku macam ni. Ni berdasarkan hari sekolah lah., time kat asrama dulu dulu.
6.00 am- Solat subuh and bersiap untuk ke sekolah
7.00 am- Breakfast and pergi sekolah
2.45 pm- Baru balik dari sekolah and kelas tambahan then solat zohor
3.30 pm- PREPPPPP!!!!!!
4.30 pm- Habis PREPPPPP!!!!!! then minum petang and solat asar
5.00 pm- Yeah riadah! *ponteng
6.00 pm- Bersiap untuk solat maghrib and makan malam
7.00 pm- Mesti dah kena ada kat surau sekolah untuk baca Al-Mathurat and solat maghrib berjemaah
8.00 pm- Sementara nak tunggu isyak, mengaji atau berusrah
8.30 pm- Solat isyak
9.00 pm- PREPPPPP LAGI!!!!!!
10.30 pm-  Habis PREPPPPP!!!!!! then supper. *kalau esoknya nak puasa kena sahur siap siap time ni.
11.00 pm- Mengaji dalam dorm and prepare barang untuk sekolah esok 
12.00 pm- Study dengan Ell subjek mana yang tak faham. I missed that time with you Ell :)
1.00 am-  InsyaAllah dah tidur masa ni.
But now, my schedule was totally change. Too pack, maybe. Pergi kerja pukul 8.30 am-7.00pm. Balik rumah dah penat macam apa dahh. Haha. Tu baru kerja part time belum kerja tetap lagi.
Ni lah kerja aku bila takde orang. Nak menghabiskan 754 pages novel Breaking Dawn ni. Fyi, this is candid pic., captured by Emi, tu yang nampak buruk tu. Haha jk. Dia sepupu aku yang kerja part time sama dengan aku.
Dengan dia lah aku gaduh dan dengan dia jugak lah lah aku kawan :)
Okay that's all buddy
Assalamualaikum