Blogger Layouts

Saturday, April 21, 2012

Memorial Stuff

♥ السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Holla! Nak tahu tak hari ni kita kemas bilik kita. Hey aku kemas bilik aku bukan sebab bersepah lah. Aku menyelongkar disebalik laci laci almari kat dalam bilik aku. Pergh.. Banyak rupanya harta karun dalam ni. Sekali bila dah kumpul kan semuanya... Amik kau!
Aku pun tak tahu kenapa aku simpan barang barang ni semua. Haha bila dibelek satu satu harta karun aku ni baru aku tahu rupanya ada sentimental value. Patut lah sayang nak buang. Tapi tak semua lah. Takkan lah paper exam pun ada sentimental value jugak kan. Bila tengok je barang barang ni semua hah mula lah memori memori tu teringat kembali. Ecehh! Ehh tu kenapa ada rotan tu? Tu rotan tu kegunaannya untuk ketuk lampu bilik aku tu. Kadang kadang dia merajuk tak nak menyala. Kena ketuk dulu baru nak menyala. Bukan untuk rotan orang eh.
Mula mula sekali yang aku jumpa buku ni. Buku kehadiran. Haa buku ni lah yang aku kena jaga dari awal sampai akhir tahun. Disebabkan aku ni KD so aku kena check buku ni tiap tiap hari untuk tick nama anak anak buah aku seramai 20 orang. Kot lah ada yang fly fly away ke, balik ke, or etc. Sebenarnya tak de lah tiap tiap hari pun kena buat camtu. :P
Ni lah dia ahli jemaah Halimatus Saadiah, dorm paling ramai kat aspuri. Dik oii, Kak Imma jaga korang 20 orang ni macam macam perangai masing masing. Haih sabar je lah. Haha tapi tu lah memori terindah kita kan?
BUKU BIRU. Selagi hang tak dapat sign cikgu hang tok sah kluaq! Tapi ada je yang fly kan, kan? *Okay aku pun sama. Dua kali tahu. Dear juniors, jangan ikut perangai Kak Imma kay.. :P
Wuwuu... Besar tak I  MATH aku tu? Disebabkan aku ni terlalu "suka" dengan subjek ni so aku pun tulis besar besar supaya bukak mata aku and bersemangat setiap kali ada subjek Math. Hihi cikgu tak marah aku buat camtu, lagi dia bangga ada lah. Alhamdulillah menjadi jugak lah tips  I  MATH aku ni. Haha. So sesiapa yang "suka" subjek Math ni buat lah macam aku. Bangga cikgu korang :)
Buku kehadiran Kelas Tambahan Petang. Aku jugak kena jaga. Sampai akhir tahun tak pulangkan balik kat cikgu. Maaf cikgu, saya lupa nak pulangkan. Kalau saya pulangkan balik pun mesti cikgu tak nak kan. Jadi, biarlah saya "jaga" lagi buku ni. :P
Kertas PMR 2009. Asal aku still simpan eh? Siap dengan jadual lagi tu aku simpan.
Kertas SPM 2011 pun still ada dengan aku. Tu menunjukkan aku still sayang sekolah aku tahu <3
I found this a piece of paper that was written by my old friend, Gan. I met her at PPDA Facilitator Camp 2010. She taught me how to write and speak Chinese fluently. But my Chinese was so bad, I mean I'm not good as her. Well, at least I tried huh :) I'll keep this. 
Mama's handmade. Comel kan? Yang ni wajib simpan.
EllWannAnisAnneTeha ingat lagi tak sketch ni? Presentation The Curse. Haha :D Yang ni pun aku simpan.
I didn't bought some of them. I just bought Galaxie Magazine. *Dulu lah. Sekarang manada dah. Sekarang aku follow Solusi je :) Ni zaman jahiliah punya magazine ni.
Borang Perakuan Calon UPSR
Aduih why I looks so "selekeh" at that time? And also my handwiting  was so "buruk"? Well tulisan budak darjah 6. 
Dulu kemain lagi aku minat dengan Sheikh Muszaphar nu haa.. Siap simpan lagi paper ada muka dia. Ni baru satu. Haha gedik naa aku dulu. Tarikh paper tu 14 Disember 2008. Ek eleh Form 2 baru.
Ingatkan time Form 2 je ada sindrom gedik tu. Rupanya Form 5 pun.. Siap simpan dalam loker ni. Parah kau ni Imma. Tapi sekarang dah tak arr.. I'm back to normal :)
Ni surat permohonan nak pindah sekolah. Time ni aku darjah 2. Jumpa surat ni dalam fail borang peribadi murid sekolah rendah. Punyalah lama aku simpan. Act, bukan nak pindah pun. Sekolah tumpang je. Aku sekolah kat sekolah tu 2 bulan. Dalam tempoh 2 bulan tu jugak aku selalu kena buli. Uish tekanan perasaan aku rasa time tu. Haha tapi sebelum aku tinggalkan sekolah tu sempat jugak lah buat exam dan aku dapat no 1, alhamdulillah even selalu dibuli.
Tu lah cerita aku kemas bilik hari ni. Dalam masa beberapa jam lagi sesetengah barang barang aku ni nak kena jual. So sebelum kena jual aku story lah sikit memori yang aku still ingat. Ehh macam sedih lah pulak aku :'(

Friday, April 13, 2012

50 Keistimewaan Wanita

"Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita."
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca"Alhamdulillahi'alaa kulli halin wa astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahakan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga".
9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10. Daripada Aisyah r.a.: "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
15. Aisyah r.a. berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".
16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
18. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.
22. Apabila seseorang wanita mulai sakit  hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.
27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh 2 1/2 tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.
30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah SWT akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT akan mengangkat 1000 darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.
33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan dan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seprti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah SWT akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.
36. Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan yang letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita  yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz: "Mana-mana wanita yang berdiri di atas kedua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka."
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya dan memegang pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya khabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokkan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak." Lalu baginda bersabda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki."
42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca "Bismillah", maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.
44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
45. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnyadan memadamkan 100 perbuatan jahatnya."
47. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah SWT satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."
48. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatkannya, mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka, akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan yang baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Rasulullah SAW:"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya, akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh Allah SWT. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."

Tuesday, April 10, 2012

Bila mak menakan bertemu dengan anak menakan...

السلام عليكم
Aku rasa ni salah satu kerja gila yang pernah aku buat. Takde lah gila sangat pun. Tapi boleh tahan lah gilanya. Ni semua sebab Cik De *mak cik aku datang rumah aku. Okay duduk diam diam, aku nak story ni.
7/4/2012, Sabtu.
8.30 pagi, ambik Cik De kat LCCT airport. Terengganu mari maa.. Lepas ambik Cik De gi Alamanda pulak. Fyi, Cik De aku ni datang sini semata mata nak tengok Titanic 3D tahu! Gila fanatik lah. Tambah pulak anak buah dia ni pun mempunyai minat yang sama macam dia. Haa bila bergabung.... Nasib lah si tengah takde *camping
Haa sambung balik. Dah sampai kat Alam kitorang terus gi cinema. Bila dah sampai,,, waaaargh Titanic takde!!! Frust je kitorang. Orang yang jual tiket tu cakap, Titanic 3D just ada kat Mid and Pavi je. Huh? Pavi? Dah lah tak pernah aku jejak kat sana. Haih satu je harapan aku dengan Cik De yang boleh kitorang sampai, Mid Valley.
8/4/2012, Ahad
Esoknya kitorang pun pergi lah Mid. Sampai je sana aku terus gi kat cinema. Mak aih ramai gilaaa!! Macam takde harapan je ni. Hah dan dan tu jugak aku sampai terus diorang announce "TITANIC 3D SOLD OUT" Warghh rasa macam nak nangis je time tu. Tapi tak kira aku nak beratur jugak.
Cik De: Along, tiket dah habis dah. Camne ni? Nak tengok cerita apa?
Me:..................................(Lama aku diam. Frust!) Tak pe kita beratur je dulu. 
Cik De: Tengok Street Dance 2 lah.
Me: Kita tengok je dulu. Relax.
Dah sampai kat kaunter. 
Orang jual tiket tu: Yes? Cerita apa?
Me: Titanic. (Nekad nak tengok jugak ni)
Orang jual tiket tu: Titanic habis. Yang ada pukul 11.15 pm dan 11.30 pm malam ni. 
Me: Haa tu ada tu. So camne? Cik De datang dari jauh ni.
Cik De: Abah tak marah ke? Nak pergi dengan apa? #Boleh pulak kitorang discuss kat situ, padahal orang duk beratur panjang.
Me: Alah mesti tak punya sebab Cik De kan ada. Mid tutup pukul berapa?
Orang jual tiket tu:......Pukul 10. GSC tak tutup.
Me: Okay! Amik yang pukul 11.15 pm punya.
Memang pergi Mid semata mata beli tiket then balik. 
Pergh ni lah first time aku tengok midnight movies. 11.15 malam tu...
Then malam tu kitorang pun pergi dengan train. Dari Nilai ke Mid. Haiyooo lambat pulak train malam tu. Dah lah malam tu sejuk gilaaa. Setengah jam kitorang tunggu baru sampai. Train kalau malam memang lambat eh? Lastly kitorang sampai sana pukul 10.45 malam. Mid dah tutup dah. Pintu kecik pun dah tutup. Then kitorang masuk ikut main entrance sebab yang tu satu je yang belum tutup lagi. Sampai sana je kitorang menggedik pulak kat poster Titanic tu. Hah apa lagi amik gambar arr...
Tu diaaa.....Haha malu malu jewww kitorang bergambar kat situ. 
Haih jangan tanya aku nangis ke tak tengok movie ni. Haha. But its superbly awesome!!!!
Habis je movie tu pukul 2.30 pagi. Wargh baru rasa ngantuk time tu. Pak cik aku dah tunggu depan cinema. Abah aku pesan kat pak cik aku suruh tunggu kitorang. Otw balik aku tidur. Kepenatan. Haha. Sampai je rumah (act, tak balik rumah sendiri pun. Transit rumah nenek) pukul 3.30 pagi. Nasib baik kampung aku dekat je. 
Erm,, aku rasa tu je kot nak cerita. Aku rasa dah lama aku tak story mory macam ni kan? Kay bye <3