السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hoi hoi kalian semua! Hawauyu? I know lah sekarang tengah cuti sekolah, masing masing sedang "membina badan" ye dak? Tu lah rutin time cuti sekolah. Tapi teman ni idok ler "membina badan" macam kome, haa tetiba kluor pulok loghat Perak ni pase ape? Haha saje ler teman ni berloghat Perak, esok lusa teman berloghat Sabah pulok. Haih ni kalau orang Perak baca buat malu je. Maaf ye teman ni suke blajo bahasa asing. Maklum lah mak teman orang Ganu, ayah teman orang Kedah. Jadi teman ni dapat blajo dua loghat je. Kalo nak teman berloghat Nogori Sombilan pun boleh lah sikit-sikit, tu pun mengajuk orang. Eh aku ni dah lari topik ni. Tadi nak cerita menda lain, terkeluar benda lain pulak. Kuikuikui~
Sebenarnya, aku ni nak story apa yang aku alami siang tadi kat tempat kerja. Cerita ini adalah cerita aku, tidak ada kena mengena antara kau dan aku. Eh?
Tadi kat surau, just done with my solat Zuhur, so aku lipat telekung dan sejadah aku tu. Tanpa disedari, segala tindak-tandukku diperhati oleh seorang wanita, surely, she's not a Malaysian. Middle East, maybe? Her big eyes, her blonde hair (I met her without hijab) doesn't show that she's was a Malaysian. Sincerely, she's beautiful. That was my first impression.
Tetiba kan, aku bertentang mata dengan dia. Dia panggil aku. Eh rasa lain macam je. Awat ni? Dia duduk, aku pun duduk.
She: Excuse me, miss?
Me: Yes?
She: I cannot speak in English but I just want to show you something.
Me: okay????? *terpinga-pinga
She: *tiba-tiba dia sujud. Then dia kata "It's wrong, cannot* ohh okay aku faham sekarang ni dia tengah tunjukkan kan aku perbezaan antara cara dia sujud dengan cara aku sujud time aku solat tadi. First sujud dia tunjuk cara aku sujud tadi, maknanya sujud dengan tangan yang tertutup. Alah cara macam orang perempuan solat tu. Okay dia cuba cakap yang cara aku sujud tadi tu salah. Dan dia tunjuk cara dia sujud pulak, sujud dengan tangan terbuka macam lelaki. Then dia kata "This" maknanya dia nak cakap cara dia sujud tu lebih tepat sebenarnya.
Jadi, aku ni dengan keadaan yang agak kekagetan aku fikir, macam mana aku nak explain. Kita ni mazhab lain-lain ni. Nak cakap Arab tak reti. Kang keluar broken English aku lagi dia blur.
Me: I'm sorry miss, but we are different mazhab. In our mazhab we can't do this.
Tapi dia still nak pertahankan yang cara dia betul. Ah sudah. Acano ni?
So untuk mengelakkan argumentative yang lebih panjang, aku mengalah. Tak apa lah mungkin dia confuse dengan mazhab orang Malaysia, iaitu Mazhab Syafie. Harapnya dia bukannya Syiah.
Me: Miss, where you come from?
She: Saudi. *no wonder lah dia lawa sangat.^^
Dan pertemuan kami pun berakhir. Dia pun pakai hijab dia dan pergi dari situ. Kira okay lah dia tegur aku cara yang elok. Kalau yang jenis marah-marah tu lagi lah tak reti aku nak handle. Haha.