السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Yeay! Saya dah graduated! Dan ini jugak kali kedua aku graduated dari sekolah BBST. Ingat masa form 5 tu dah tahun last kat sini, (kononnya berangan nak sambung diploma katakoo..) and at last aku sambung form 6. Tak merancang pun dan tak pernah terfikir untuk stay disini. Padahal masa last day SPM pun ada sorang member aku ni siap merayu lagi ajak aku masuk form 6 and for sure lah masa tu hati aku masih belum terbuka, tapiii sekarang ni dia pulak yang study tempat lain and aku pulak yang masih kat sini. Apedaaa ajak orang tapi kau tinggal aku...:( Bukan pandang rendah kat form 6 tapi memang hati tu nak sambung diploma. So, peringatan buat adik-adikku, pilihlah form 6. Eceh ni macam promote pulak. Haha.
Ha sambung balik. Like i just said before ni kali kedua graduated masih di tempat yang sama macam aku pergi time form 5 tu. Dan aku jugak ada post pasal graduation day tu jugak. Bagi sesiapa mahu membacanya, Klik disini :)
Date: 30 October 2013
Event: Majlis Apresiasi Pelajar or a.k.a. Graduation Day (only BBST-ians will called majlis apresiasi)
Location: Auditorium Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, MOSTI, Dengkil, Sepang
Sepatutnya sorang pun tak boleh balik rumah dan kena bersiap dekat sekolah atas alasan keselamatan pelajar. Tapi aku ni disebabkan mengikut kawan-kawan, Zati, Miea, Farah dan Zack aku bersiap kat luar jugak. Saja je follow diorang ni, padahal boleh je nak bersiap kat sekolah. Tapi nak mandi punya pasal cari jugak lah inisiatifnya. Bukan rumah orang lain pun rumah Cikgu Jun. Hehe cikgu pun berkomplot nampak tak. So kitorang pun bersiap kat rumah cikgu, mandi, make-up tu semua.
Model baju raya
On the way to MOSTI.
Disebabkan mengikut cikgu, kitorang ni awal lah sikit dari orang lain. Dah awal tu kena lah tolong angkat jubah graduasi tu bawak masuk dalam auditorium. It is supposed to girls datang awal dari boys and solat zohor kat MOSTI and guys will come later. Tapi kitorang dah siap solat tu semua dan make-up untuk kali kedua baru lah gegirls datang.
Ambil tempat masing-masing ikut ranking. Kalau tengok gambar diatas tu takde gambar aku tu maknanya aku bukan dalam ranking tu. Yang dalam gambar tu semua top student. Aku yang tak berapa nak top belakang sikit je dari diorang. Hehe.
Here, this talented girl Farisha Asmadi or nama retisnya Irish. Budak Idola Kecil 4 and dapat no.2. Biasa kalau ada apa-apa event kat sekolah mesti dia akan perform. Dan selalunya mesti best!
Memori Tercipta
Bahagiamu Deritaku. Just an instrumental song from SMK BBST Music Club.
Dua-dua video ni aku dah upload kat channel youtube aku. Hehe.
Menunggu nama seorang demi seorang untuk naik ke pentas.
Dah selesai terima scroll tu, apa lagi sesi bergambar lerr..... Disebabkan kitorang ni form 6 dapat lah pakai jubah tu lama-lama. Form 5 tak boleh. You all kena bagi chance kat kakak abang yang nak keluar dah ni. Heee..
With Penolong Kanan Pra-U, Puan Rohani Othman
With my cikgu sejarah, Puan Junaida Salleh
With my MUET teacher, Madam Noor Razalina Rashid
See you di IPT, kawan-kawanku!
All the best!