Blogger Layouts

Sunday, April 27, 2014

Pada suatu malam..


Assalamualaikum.

Baru hari ni aku rasa ada kelapangan untuk update blog. What a hectic week you know. Macam macam benda jadi minggu ni. Dan yang paling tak boleh lupa, angah kena histeria.

Day 1. 21/4/2014

Cerita bermula,
Angah pernah cerita, dua tiga hari sebelum ni benda tu selalu ganggu dia kat asrama. Buku jatuh kat depan dia satu satu macam orang tarik keluar dari rak. Orang nampak 'angah' and dengar suara 'angah' padahal tu bukan dia pun. Angah yang sebenarnya ada kat rumah! Then waktu malam dia selalu kena cubit. Sampai lebam.

Day 2. 22/4/2014

Sampai lah satu malam tu masa kelas tambahan. Dia pergi kelas malam. At first dia dengar suara perempuan menangis and nampak kelibat hitam. Disebabkan dia terlalu takut, angah menangis. Makin lama makin pelik cara dia menangis tu. Dia menangis mengilai! Makin lama makin kuat. Pastu ada orang angkat dia terus bawak ke asrama.

Kat rumah Mama baru dapat call yang angah kena kacau kat sekolah. Rasanya time tu dalam pukul 10 malam. Masa tu jugak kitorang satu family terus ke asrama.

Sampai kat asrama dia menjerit. Dia tak nak masuk asrama. Masa tu kitorang baru sampai asrama. Dia dah terjelepok kat lantai dah. Nampak ada ramai budak budak asrama, seorang ustaz dan Cikgu Jun (Warden). Aku terus keluar pergi kat dia. Ustaz tu cakap, "Panggil dia, sebut nama dia." Aku terus pangku dia and bacakan ayat kursi betul betul di telinga dia.

Masa tengah baca ayat Kursi tu, sampai kat satu ayat, "wala yuhiituna bisyaiin min ilmihi illa bimasyaa.." Aku jadi tergagap. Padahal bukan tak hafal. Masa tu badan angah bagi respon, macam tepis nak marah. Kitorang decide bawak ke rumah Cik Wan tempat berubat kat Taman Mawar.

So kitorang bawak ke sana malam tu jugak. Masa sampai kat rumah Cik Wan tu Mama, Abah and Insyirah je yang turun. Dalam kereta aku, Yassin dengan Angah yang still tak sedarkan diri. Masa orang lain tengah keluar, tetiba nafas Angah berbunyi. Makin lama makin kuat dan laju. Ibaratnya macam orang yang terlalu marah tapi tak boleh keluar. Kau bayangkan betapa takutnya aku dengan Yassin time tu. Senyap je kitorang. Aku tengok Yassin kat seat belakang dah kepucatan. Tak lama lepas tu Mama dengan Abah pun sampai kat kereta dengan Cik Wan tu sekali. Dia bawak air suruh sapu kat muka and tengkuk Angah. Cik Wan cakap esok datang balik for the next step.

On the way balik Angah tetiba bernafas macam tadi tu. Dan mendengus kuat. 'Dia' marah. Masa tu Abah tengah drive. Mama dengan Insyirah kat depan. Yassin belakang. So yang pegang angah time tu aku. Cepat cepat aku pegang tangan Angah time tu. Aku tak boleh baca Ayat Kursi time tu sebab aku tau 'benda' tu tengah marah sangat. Takut bila aku baca nanti dia tendang cermin kereta. Sebab tu bukan Angah. Tenaga dia kuat. Plus, Angah sangat berat masa tu even aku pegang kepala dia je. Aku pegang tangan dia, dia nak tolak. Time tu dia cengkam tangan aku sampai kat jari tu terkopek. Nak tak nak pegang jugak lah. Kitorang patah balik pergi rumah Cik Wan. Angah kat dalam kereta dah mengamuk mendengus kuat tapi tak jerit. Dia tau kita nak bawak pergi berubat. Kepala dia dah kat bawah seat tapi badan kat atas.

Disebabkan aku terlalu takut campur marah pun ada, aku marah 'benda' tu weh. Lawak pun ada. Haha. Aku cakap 'HEY! KAU KACAU ADIK AKU?! PERGI!' Actuallly time tu aku gila takut nak mampus sebab aku yang handle angah time tu. Dalam hati macam macam ayat dah aku baca.

Sampai kat rumah Cik Wan Abah angkat Angah. Abah cakap Angah berat. Padahal Angah ni kategori underweight tau. So dia pun berubat. Alhamdulillah bila berubat dengan Cik Wan tu Angah dah sedar. Balik tu kitorang bagi angah mandi air limau.

Menurut cerita budak asrama, lepas kitorang amik angah tu, semua budak budak asrama kena baca Yaasiin. Masa tengah baca Yaasiin tu, sorang budak asrama ni nampak kelibat 'Angah' berkeliaran kat asrama. Seram pulak aku dengar part ni.

Day 3. 23/4/2014

Angah tak pergi sekolah keesokan harinya. Malam tu masa solat maghrib, 'benda' tu kacau Angah lagi. 'Dia' cucuk mata kiri Angah sampai merah gila masa tengah solat. Aku bacakan Ayat Kursi kat telinga Angah. Dia menangis sambil cakap "Sakit.. Sakit.."

Day 4. 24/4/2014
The next day, Angah nak pergi sekolah jugak pagi tu sebab ada oral test. Actually berat hati jugak nak bagi dia pergi sekolah tapi nampak dah beria sangat dan nampak dia pun macam dah ceria sikit. Dalam pukul 8.45 pagi, Mama dengan Abah amik aku kat tadika. Angah kena 'kacau' lagi. Sampai je kat sekolah nampak dia dah pengsan. Muka dia sangat pucat. So bawak balik ke rumah. Masa nak angkat dia bawak naik kereta, aku, Mama, dan Abah yang angkat dia. Punya berat la nak angkat budak underweight macam tu tak logik pulak.

Petang tu jugak kitorang ke Klang untuk berubat. I know, it's hard to believed these things. Lagi lagi untuk orang yang tak pernah alami perkara perkara macam ni. For me it's already immuned with my life coz it ever happened in our family before this. It is worst than what has happened to Angah. Allah bagi aku kekuatan semangat berdasarkan pengalaman yang aku dah alami sebelum ni.

Kalau perhatikan betul betul korang akan nampak "sesuatu" yang berambut panjang dan berbaju putih.

Sunday, April 13, 2014

#JJCM: Nasi Arab Marhaban Bikum, Dataran Nilai

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti. Marhaban, ismī Immazaitul Nur Aim Binti Naim. Tašarraftu bima'rifatika :)
(I am honoured to meet you)

I learnt some new sentences in arabic just now. Tašarratu bima'rifatika is the informal way you introduce yourself and greet people. But you can use Surirtu biliqā'ika (Pleasure to meet you) instead but in formal way.

Okay im not going to be your arabic teacher. Bahasa arab pun tunggang langgang. Tu la dulu masa kecik kecik suka ponteng sekolah agama. Haha

Last Thursday, i went to Nasi Arab Marhaban Bikum Restaurant at Dataran Nilai, NS. First time actually rasa nasi arab ni. And dah lama teringin nak makan. Ajak abah makan kat sana abah tak berkenan. At last, pergi dengan kawan kawan.
Tempat dia mudah sangat nak cari. And i guess orang orang Nilai mesti dah familiar sangat dengan Dataran Nilai. Kat situ ada satu satunya restoran yang ada iaitu Nasi Arab Marhaban Bikum.

But before that, SELFIE! :)


Agak blur jugak masa nak order makanan tu. Well, first time kan. Nampak nama pelik pelik je tanya. I keep asking, "Ni apa?" "Tu apa?" "Ada apa je kat dalam makanan tu?" Kawan kawan gelak je. Waiter tu pun sama! -.-

And finally Wan, Aida and i ordered this.

Nasi Arab Kambing Kabsah (RM 15.00)

That red one in the small plate is Salatoh Sauce (tomatoes and green chilies mixed all together). And the white one is Zabadi Sauce (almost like coleslaw. But actually it is yogurt mixed with cucumber and onion) The soup is mutton broth (air rebusan kambing). 

Nasi arab kat sini ada dua jenis. Nasi Arab Ayam dan lagi satu kambing. Then, daging dia tu pun ada tiga flavours tertentu. Kabsah is the original taste. Roast, macam biasa lah yang panggang punya. And lagi satu Kuzi yang berempah.

Ell's, 

Nasi Arab Ayam Roasted (RM 13.00)

Aina's,

Nasi Arab Kambing Kuzi (RM 17.00)

Okay, seriously nasi arab kat sini memang thorrrbaekkk. Dengan daging dia yang lembut. Nasi dia pulak cukup rasa. Maklumlah first time katakan.. Nasib baik first time pun dapat rasa yang sedap punya. Kalau tak memang takdenya aku nak makan lagi lepas ni. Haha

Kat sini jugak ada je jual menu lain macam nasi goreng, char kuey teow or western foods tu semua. Cuma specialities kat sini nasi arab and some of Middle East foods like murtabak and shawarma.

Nuzul's.

Murtabak Ayam (RM 7.50)

Nabil's

Nasi Goreng Chicken Chop (RM 10.90)

And the drinks we ordered this. First time jugak rasa ni. 
 Barbican (RM 3.50-each)

Okay bagi yang tak suka air yang bergas jangan minum. Tinggi sangat gas dia. Tapi sedap jugak. Aku punya Raspberry.

Except for Aina, she ordered this.

Soda Herb's (RM 5.50)

Soda herb's ni rasa dia ala ala ice cream soda sikit tapi dicampur dengan asam boi, lemon and daun pudina. Sedap!

Tamatlah sudah entry Jalan Jalan Cari Makan ku kali ni. I'll update for the next place! Bye :* 

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.