Assalamualaikum
"No, i never fly with MAS after this."
"Tak nak naik MAS, dah tak selamat."
Okay, this time i wanna share you about my experience with MAS. Objektifnya aku menaip perkara ini adalah untuk mempositifkan pemikiran para pembaca blog ini. Ya, aku tak pernah fly oversea cuma fly dalam negara saja. Harapnya sedikit sebanyak dapat membuka fikiran korang tentang MAS. Tak ada apa yang harus ditakutkan, andai kata ajal dah sampai kau tak boleh elak. Kun fayakun.
My abah is one of the MAS staff and work as a aircraft mechanic. It is something that related to aircraft engineering la. Mungkin ini juga satu kelebihan buat kami dan keluarga staff yang lain. If salah seorang dalam family korang ada yang kerja MAS maknanya satu family akan dapat advantages yang MAS bagi.
The most popular advantages among staff is FOC (Free of Charge) ticket to each of your family members. Ticket FOC ni ticket yang memang setiap tahun staff and the family akan dapat tak kira lah ke mana pun destinasi yang akan dituju sama ada dalam mahu pun luar negara. Best kan?
I've been fly with MAS since i am 2 years old. Most of the time, destinasi yang akan dituju ialah KUL-TGG (Kuala Lumpur-Terengganu) or KUL-AOR (Kuala Lumpur-Alor Setar) because this is my hometown. My friends always seem sarcastic when i said im going back to my hometown with flight. Yelah balik kampung naik flight nampak berlagak katanya.
Okay disini ada beberapa perkara yang harus diterangkan. Kenapa aku perlu bayar lebih sedangkan aku ada kemudahan yang boleh aku dapatkan dengan harga yang rendah? Ye betul, kami family staff memang dapat harga yang murah berbanding harga tiket asal. Sometimes, harga tiket flight untuk staff ni lebih murah compared to harga tiket bas. Thats why we choose to fly. Bukannya berlagak.
Masa kecik kecik dulu selalu balik kampung kat Terengganu berdua je dengan angah. Boleh kata dalam lingkungan umur 8-10 tahun aku dengan angah memang every month mesti akan sampai ke sana. Punya concern nya MAS ni nak habaq mai, kitorang dipakaikan satu tag kat baju yang menunjukkan kitorang passengers yang paling muda dalam flight without parents.
Disebabkan kitorang passengers kanak kanak, kitorang dibawakkan naik kereta yang khas untuk dalam airport. Then kereta tu akan bawak kitorang sampai depan gate. As the youngest passengers, we're allowed to enter the flight first. Yes, MAS akan memberi keutamaan kepada passengers yang tua, kanak kanak dan family dengan anak kecil untuk masuk dalam flight dulu. From the beginning to the end they really care about our safety. Kadang kadang tu seatbelt pun diorang pakaikan.
Rasa macam anak raja bila naik MAS ni. Memang lepas landing je tangan confirm tak kosong. Mesti akan dapat something dari steward/stewardess. Dulu benda yang paling kerap dapat poskad MAS dengan pen. Kadang kadang diorang bagi pencil case, colour, puzzle and macam macam toys la. Paling untung bila Bussiness Class banyak seat kosong. So, kitorang yang paling muda ni la yang dapat duduk situ. Langsung tak berkira! Fyi, Tempat seat cabin crew pun aku dengan angah pernah duduk situ. Memang betul betul kitorang ni dimanjakan oleh abang abang dan kakak kakak cabin crew ni. Sporting habis!
Tapi dah besar ni tak dapat la nak merasa benda benda macam tu lagi. Dah besar besar ni biasanya dapat makanan la. Sometimes, bila jadi orang last turun, buat baik sikit dengan steward/stewardess tu nanti dapat la pie, cake, even kitorang ni bukanlah berada di seat Bussiness Class. Pernah sekali tu dapat satu beg plastic yang dalam tu ada 5-6 bungkus kacang. Siapa yang biasa fly dengan MAS mesti familiar dengan kacang ni. Maybe kacang lebih kot yang diorang bagi tu. Hihi
Sepanjang aku fly dengan MAS ni tak pernah lagi la aku jumpa steward/stewardess yang mukanya kerek, sombong, susah senyum dan sebagainya. To be honest, they are so nice, gentle and beautiful. No wonder la dulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari. Hahaha
Dear Malaysia Airlines, you are part of my chilhood memories till now. I've been grown up with you. This is what Malaysian should be proud. Jalur Gemilang on our national carrier fly higher along around the world. We still fly with you MH! Because it is Malaysian Hospitality.