Blogger Layouts

Thursday, June 25, 2015

Cerita pahala Insyirah


Assalamualaikum, and Salam Ramadhan 1436H

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan lagi untuk berpuasa. Dapat berpuasa dengan family terchentaa. Dapat berbuka masakan mama yang setelah sekian lama asyik makan lauk kafe kat kolej. The best chef ever! Bila la aku nak pandai masak macam mama ni. Erm. 

Okay, as we can see now, my little sis, Insyirah, she's growing up now and very talkative. She will turn to 4 years old this July. Besaq dah adik aku sorang ni. Dulu masa baby letak dalam buai pun tak bergerak langsung buaian tu. Coz Insyirah is premature baby sebab tu dia tersangat lah ringan. Even aku sendiri pun tak berani nak dukung dia. Very fragile. 


Bila dah talkative ni faham je lah ada je soalan yang dia nak tanya. Biasalah kanak-kanak dia punya tahap curiosity very high. She has a strong desire to know or learn something. Peringkat umur Insyirah adalah peringkat umur yang dia sedang mengutip setiap vocabs yang dia baru dengar and she will use it in her daily life. Biar pun word yang dia guna takde kena mengena langsung dengan ayat yang dia tengah cakap. At least she tried. Walaupun belasah je, kitorang satu family faham je apa dia cuba sampaikan.

Baru-baru ni Insyirah ada tanya something, masa kitorang tengah berbuka.

Insyirah: Pahala tu apa?
*Semua terkedu seketika. How can 4 years old girl ask this kind of question!?
Me: Hmm.. Pahala tu.. Erm ehem, jap along minum air jap (sambil menyusun ayat dalam kepala)

Nampak macam senang kan nak explain? Tapi macam mana nak explain pada kanak-kanak 4 tahun yang masih belum faham benda yang kita sendiri pun tak nampak? Mencabar ni. Kena buat satu analogi. Ding! Idea datang..

Me: Pahala tu macam hadiah. Hadiah yang Allah yang bagi kat kita. Contohnya kalau Syira tak nakal nakal, Syira tak nangis, tak sepahkan rumah Syira dapat la pahala. Faham?
Insyirah: Ohh, kena buat baik-baik ke along?
Me: Ye.. Ha lagi satu, kalau Syira tak mimim pun dapat pahala. (Mimim=breastfeeding)

Disebabkan mama dalam proses nak suruh dia stop breastfeeding so aku pun cuba relate kan dalam isu pahala ni. Walaupun nampak macam takde kena mengena. Yang bagusnya Insyirah ni dia percaya je. Takpe la dik, dah besar nanti along explain ye.

Dah habis berbuka, Insyirah cepat-cepat amik bantal kat lantai. Bayangkan dua bantal besar tu dia sorang angkat. Gigih jugak adik aku sorang ni.

Me: Syira nak buat apa?
Insyirah: Nak kemas rumah, nak dapat pahala.
Me: Hahaha okay.. 
*Dan aku merasakan tarbiah aku berjaya. Ahahaha. Tapi lepas beberapa minit dia sepahkan balik. Ok.

Hari ni, aku cuba test Insyirah. Aku tanya dia, pahala tu apa? Nak test dia ingat lagi tak apa yang aku cakap. Dia jawab, "Pahala tu yang Allah bagi."
Walaupun bukan lah bulat-bulat jawapan yang dia bagi tu tapi nampak lah main point nya. Means dia faham yang pahala tu diberikan oleh Allah. :)

Tahun depan Insyirah dah sekolah. Cant wait to see her in school uniform! heart emoticon

Monday, June 15, 2015

Jenis-Jenis Personaliti



Mula-mula, pilih mana-mana gambar pokok yang anda suka. Kemudian, tengok huraiannya. Itulah personaliti anda. Strictly no cheating!

Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.

Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.

Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.

*Sumber Facebook*

Tuesday, June 9, 2015

Dalam train


7/6/2015, Ahad (Nilai-Tg. Malim)

Dalam perjalanan aku balik dari Sepang ke Tg. Malim, aku terdengar satu perbualan dua orang individu yang aku tak kenali.

Salah seorang dari mereka, perempuan Melayu, muslimah. Sampai di stesen Kepong seorang perempuan datang duduk di sebelah muslimah itu. Kedua-duanya duduk di seat belakang namun suara mereka amat jelas kedengaran. Pada awalnya aku tak pedulikan topik apa yang dibincangkan oleh mereka. Cuma aku dapat kenal pasti perempuan yang baru sampai tu bukan Melayu. Dialeknya berbeza.

Perempuan itu bertanya kepada muslimah tersebut,
"You percaya Allah boleh selesaikan semua masalah you?"

Aku yang duduk di depan agak tersentak seketika dengan soalan perempuan tu. "This gonna be an interesting conversation.." Aku mula memasang telinga tanpa toleh ke belakang.

Muslimah itu menjawab dengan tenang,
"Ya, kami percaya. Sebagai orang Islam kami wajib percaya sebab pada Allah tempat kami bergantung."

Aku menunggu reaksi perempuan tersebut. Mungkin dia fikir soalan yang nak ditanya. Suasana jadi senyap seketika.

Perempuan itu bersuara..
"Kenapa Allah selalu turunkan masalah pada kita? I selalu bergaduh dengan husband I. I tak tenang bila balik rumah."

Aku yakin muslimah tu sangat terkejut. Terkejut bila seseorang yang dia tak kenal boleh cerita perkara yang agak privasi. Aku harap dia dapat jawab dengan tenang.

"Sebab Allah tahu you boleh hadapi masalah you dengan  baik. Allah tak akan membebankan seseorang hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Muslimah itu menjawab.

Aku terus teringat sepotong ayat Quran yang menjadi kekuatan pada aku bila aku lemah semangat.
Aku rasa perempuan tu tak salah orang. Dia bertemu dengan orang yang tepat. Alhamdulillah..

Dia berkata, "I selalu dengar orang mengaji. I suka. Bila I dengar I rasa tenang. Sometimes I nak cuba sembahyang macam you all tapi i tak tahu nak baca apa."

Muslimah tu seakan teruja bercampur syukur. "MasyaAllah.." Perlahan je suaranya. "I harap you akan jumpa sesuatu yang boleh lead you ke jalan yang benar."

Aku faham maksud muslimah tersebut. Dia maksudkan "Hidayah". Hidayah bukan milik sesiapa tetapi milik Allah. Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Perempuan tu minta sesuatu dari muslimah tersebut, "Boleh you bagi apa-apa ayat al-Quran? Nanti I boleh baca bila balik rumah. I nak rasa tenang."

Muslimah itu membacakan Surah al-Fatihah 1-7. Dia menambah lagi, "Surah al-Fatihah akan buat you rasa tenang. Kami akan baca surah ni setiap kali solat. Sekarang ni kat TV 3 pun ada selalu pasang Surah al-Fatihah. You boleh dengar lagi nanti."

Announcement train berbunyi, Stesen Sg. Buloh. Aku rasa destinasi perempuan tu dah sampai. Dia bangun. Aku cuba curi-curi pandang. Oh Indian rupanya.. "Take care and thank you so much yaa!" 
Pertemuan mereka berakhir. 

Dalam hati aku masa tu aku fikir, siapa dan dari mana pun dia, aku berdoa semoga dia mendapat hidayah Allah. Semoga Allah terangi hatinya dengan nur Islam. Aminn..


اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."