Blogger Layouts

Saturday, August 22, 2015

Sepucuk entry buat Ekin


Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab sayang! :* Acacah Maria Elena..

-Throwback-

Dulu kan, aku ada sorang kawan. Dari sekolah menengah lagi, dia ni memang selalu tak puas hati dengan aku. And aku pun selalu tak puas hati dengan dia. Senang cerita memang tak sekepala la. Dia ni lawa. Ramai admirer dia masa zaman sekolah. Coz, she got very beautiful eyes. Insecure betul kalau duk sebelah dia. Tapi dia ni jenis kerek sikit.

Kalau dalam exam, kedudukan dalam kelas aku dengan dia mesti dekat-dekat. Contohnya, kalau aku nombor 5, dia nombor 6. Ada sekali tu, masa form 5, dia pernah dapat nombor 1 dalam kelas, and aku nombor 2. Haihh jeles sebab dia dapat Anugerah Harapan Pengetua. Tapi aku tak dapat. Tercabar gila aku weh. Memang pesaing terhebat aku ni.

Dia ni jenis budak pandai. Belajar pun relax je. Bila tanya, "kau dah study belum?" Dia akan jawab, "aku malas." Tak struggle mana pun tapi result exam mesti gempak. Tu salah satu sebab kenapa aku jeles dengan dia. Kau pakai ilmu apa haa!? -_-

Masa form 5 jugak aku dengan dia satu dorm, satu kelas. So nak tak nak memang siang malam memang akan bertembung jugak. Aku pernah bertekak dengan dia pasal something kat dalam dorm. At last dia merajuk pergi tidur dorm lain. Aku bukan nak pujuk dia balik. Ish ego gila aku ni. Sorry :(

Masa form 6, aku dengan dia satu kelas lagi untuk 1 1/2 tahun. Aku tengok dia ni mood study dah ada kemajuan. Kalau dulu belajar sambil lewa pun result gempak, apatah lagi kalau belajar bagai nak rak. And its true. Result STPM dia sangat membanggakan. Tak ingat pointer dia berapa. Tapi nak compare result aku jauh beza la. Because of her flying colour result, she got University of Malaya. Awesome!

Hari ni, orang yang aku duk selalu tarik muka, cari pasal, bermusuh-musuhan dengan aku dah pun melangkah ke alam baru. Dia dah jadi isteri orang. Selamat pengantin baru Nurul Asyikin binti Abd. Basir dan suaminya. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami ye.  I know you can be a good wife and excellent student at the same time. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga hendaknya. InsyaAllah. 

 At least aku dapat jugak siapkan final touch kau. Ambil berkat kata orang. 

Bukan selalu tengok Ekin nangis. Tapi asal still flawless!?

Malam akad nikah. All the dayang-dayang wore a black jubah and pink hijab. How sweet..

Majlis resepsi. Ekin dengan pink memang tak boleh lari. Tu lah persamaan kau dan aku. Hahahaha.

p/s: Ekin, awat aku sebak time hang akad nikah? Apakah?

Sunday, August 16, 2015

Mentaliti


Assalamualaikum wahai pembaca yang budiman sekalian.

Baru-baru ni ada terbaca satu screenshot tweet from unknown twitter account. Dalam tweet tu beliau berkata,
"Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Which IDIOT took that course anyway? Jenis SPM takde A."
Wow you called us idiot? Thanks. May Allah bless you dik.

First of all, may i introduce myself. I am a degree student in Early Childhood Education in UPSI. I just finished my second semester and will continue my study in this September for the third semester in my second year.

Lebih kurang sama seperti luahan pelajar PAKK yang di viral kan dalam Fb baru-baru ni. Aku pun mengalami situasi yang sama. Bezanya, aku degree dia diploma dan berbeza institusi, but we still in the same course.

Kalau diikutkan pada awalnya aku target UUM dalam bidang kaunseling. Kaunseling pun minat jugak. Maybe takde rezeki. Takpelah bidang awal kanak-kanak pun seronok. Lagipun aku letak dalam UPU itu first choice course. Second, psikologi keluarga dan kanak-kanak (UMS) if im not mistaken and still related with early childhood, Third, counselling (UUM)- course ni aku lepas kat interview je. Gila psycho la interviewer UUM. Aku rasa aku tak lepas sebab dia cakap aku letak course ni third choice. Huh. Fourth, tak ingat apa tapi something like archaeological courses (UNIMAS kot)- sebab aku minat sejarah.

Rezeki aku menyebelahi di UPSI. Masa awal-awal aku dapat tawaran ni aku bersyukur sangat. Alhamdulillah. Family pun sama-sama happy. Sampaikan parents aku buat kenduri kesyukuran before aku masuk sana. Punyalah kami raikan kejayaan aku yang dapat masuk di salah satu universiti awam. Lagipun memang impian Abah nak tengok salah seorang anak dia masuk UPSI.

Sebelum aku masuk UPSI, ada seseorang pernah cakap camni, dan bernada sinis,
"Imma amik kos ni? Imma baik awak tukar kos. Nanti takde kerja."
Kadang-kadang, rasa a little bit terasa with some people duk judge bidang yang aku amik. Seolah-olah memperkecilkan ilmu tu. Nak tak nak, tahan lah telinga dan jawablah dengan profesional. Orang kata, "Nanti jadi cikgu tadika je ke?" Aku senyum, "Ye. Cikgu prasekolah". Well actually, early childhood is not just to be a kindergarten teacher. Apa saja kerjaya yang berkaitan dengan kanak-kanak and parenting.  Family counselor, children physiotherapist, children psychologist, or big boss in our own kindergarten. Bidang kami luas sebenarnya.

Early childhood education. Kami belajar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Dari bayi hingga ke remaja. Teori-teori psikologi perkembangan kanak-kanak daripada tokoh-tokoh Islam mahu pun Barat. How kids expressed their feelings through music, arts and movements. Laws and policy that related to children and education. Bagaimana nak mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas. Sosioemosi kanak-kanak. Health, safety and nutrition about kids. Senang cerita, bidang ini bukanlah semata-mata mengajar ABC, alif ba ta dan 123.

Excuse me, hangpa tak belajaq apa yang kami belajaq. So jangan nak judge ikut kepala naa.

Aku terfikir, kemana hala tuju aku lepas grad. Plus, course ni open market. Means, tak semestinya jadi guru lepas grad. Betulkan niat balik, belajar kerana Allah, nak hadiahkan kejayaan ni pada parents. Ada kerja ke takde kerja ke tu semua rezeki Allah yang bagi. Buat masa ni belajarlah selagi mampu. Allah dah susun elok dah cerita kita, rezeki kita.

So now, korang yang duk berbangga dengan kos-kos hebat korang tu ingatlah, siapa yang ajar korang untuk kenal huruf, membaca, mengira dan sebagainya. Ubahlah mentaliti tu terhadap cikgu tadika dan jangan pandang rendah okay.

Sunday, August 9, 2015

Barakallahu lakuma


Assalamualaikum and happy 24th Syawal!

Lately, aku perasan ramai kawan-kawan sebaya aku yang dah masuk ke fasa yang baru. Or dalam erti kata lain, kahwin. Peringkat umur macam aku ni jugak dah mula terima undangan walimatul urus, majlis pertunangan, merisik dan sebagainya.

When i told my mama about this,
"Mama, kawan along dah ada yang dah bertunang la, datang merisik la."
And her respond was like,
"Biasa la tu. Kamu ingat kamu tu muda lagi ke? Kamu je duk berkepit dengan mama lagi." 
"Erk, biar lah. Masa ni lah nak berkepit pun. Nanti dah kahwin susah dah nak berkepit. Hehe."
Dan kami pun berhuhuhu.......

Sometimes rasa macam tak percaya. Umur dah masuk dua puluhan. Kawan-kawan yang pernah duk rehat sama-sama, main sama-sama, pernah gaduh sampai jadi musuh dunia akhirat kononnya, dah nak jadi isteri/suami orang. Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Dah matang dah masing-masing. Takde musuh-musuh dah.

Tipulah kalau takde rasa nak kahwin awal jugak. Tapi bila aku tengok diri aku sendiri, Haih tak layak rasa diri ini nak memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah. I know myself. Banyak lagi benda tak tahu. Masih dalam proses nak memperbaiki diri. Lagi pun kita tak tahu, jodoh atau ajal yang datang menjemput dulu. So just be prepare for everything. 

Kalau korang rasa diri korang mampu nak memikul tanggungjawab tu, ready nak menjadi isteri solehah dan suami yang mithali, and boleh balance kan antara study, karier and family, go on lah. Benda baik lagi pun. Tapi kalau kahwin just nak seronok semata-mata, sebab semua dah halal kan. Lupakan lah hasrat tu. Ada banyak lagi benda nak kena fikir, bukan nak seronok je. Especially guys, you all bakal pemimpin dalam keluarga, you have to learn a lot about agama before get married. Same goes to the ladies.


Buat teman-teman yang bakal menjadi isteri/suami orang, selamat mendirikan rumah tangga. Semoga kekal hingga ke syurga, insyaAllah. 
"Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”
Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.