Assalamualaikum, Hello September!
Minggu terakhir Cikgu Imma. Disebabkan minggu terakhir jugak, satu kejutan yang telah dirancang oleh anak murid aku...
So ceritanya, aku on the way nak ke kelas 2 Gemilang, untuk subjek ERT. Well, as you know, ERT selalunya budak-budak perempuan je amik. Sampai je depan pintu kelas, masing-masing dah berkumpul kat depan. Dua orang daripada ramai-ramai tu tarik aku pergi ke tangga. Ish dah dapat rasa macam ada something je ni..
Me: Eh, korang nak bawak cikgu kemana?
Them: Err.. Cikgu jom kita pusing-pusing dulu? Jap lagi kita masuk kelas.
Sah ada something! Hahahaha
Okaylah demi tidak mahu mengecewakan plan diorang, aku pun ikut la pusing-pusing sekolah. Takpe la hari ni pun kelas last dengan diorang. Dah habis pusing-pusing sekolah satu round, ingatkan dah habis. Rupanya dua kali round. Sampai budak kelas lain dah perasan. Dah kenapa Cikgu Imma pusing-pusing sekolah siap ada escort lagi?
Dan akhirnya, aku masuk dalam kelas. They sing..
"Pertemuan kita di suatu hari,
Menitikkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku kehadrat Ilahi,
Di atas jalinan yang suci.."
And I was like........ T.T
Tak sangka la diorang plan macam ni! Kenapa sweet sangat!? Haih sebak dah Cikgu Imma sorang ni..
Nampak tak muka cover nangis tu? Dah tahu hati cikgu ni hati tisu.
Aku masuk dalam kelas, tengok kat atas meja ada blueberry cake and KFC dua kotak besar. Ya Allah budak-budak ni berapa ringgit la dah habiskan untuk benda ni semua. Terharunyaaa :")
One of them bagi ucapan.. Siap berdiri atas kerusi lagi tu.
"Saya mewakili kawan-kawan saya, saya mohon maaf kalau ada buat salah, nakal-nakal dalam kelas. Terima kasih sebab cikgu ajar kitorang subjek ERT, kerja kayu tu semua. Dan terima kasih jugak ajar kitorang choir untuk merdeka and idea-idea cikgu untuk persembahan kitorang. Terima kasih sangat-sangat. I really really really really really really like you~(dia nyanyi lagu Carly Rae Jepsen)
Look at those wishes!
Ingat pesan cikgu, jangan sesekali berdendam dengan cikgu-cikgu lain. Semua teguran cikgu adalah untuk membetulkan awak daripada terus melakukan kesilapan. Ingatlah keberkatan seorang guru. Respect them. Cikgu hanya singgah sementara saja dalam hidup awak. Dan awak akan teruskan kehidupan awak di sekolah ini. Enjoy your moment! Zaman sekolah adalah zaman yang sangat indah untuk dikenang. Ciptalah memori-memori indah itu dengan baik. Marah cikgu bukan sebab benci, marah cikgu sebab sayang.
Cikgu Imma gonna miss you all!