Assalamualaikum and hye!
Okay hari ni nak buat buat tutorial la sikit. Bukan tutorial tudung mahu pun tutorial cara memakai kain batik tapiii tutorial buat memo board. Hand made okayy! Lets get started :)))
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Lighter
- Pisau (yang pasti bukan pisau dapur ya..)
- Gunting
- Hot glue gun
- Extra hot glue (kena extra sebab memang nak pakai banyak)
- Tali cotton, reben, button (optional sebab ni untuk hiasan)
- Kain felt
- Board
- Kain felt
- Board
Kain felt
Board
(kadbod pun boleh asalkan board tu boleh dicucuk dengan thumbtacks nanti)
Pastikan korang potong board korang ikut saiz yang korang nak. Macam gambar di atas tu, aku dah siap potong jadikan dia bentuk segi empat tepat. Potong guna pisau tauuu. Jangan guna gunting, Rosak gunting ko jangan cakap hakak tak bagitau awal awal.
Dah potong tu boleh la tampal guna kain felt yang colourful tu. Ikut korang nak guna colour apa. Tapi ukur la dulu berapa banyak kain yang korang nak guna untuk warna warna tertentu. Tampal guna hot glue gun yaa. Guna gam uhu tak melekat so better guna hot glue gun supaya lebih kukuh dan kemas. Hati hati sebab hot glue gun panas! Jari aku pun melecur terkena benda alah ni.
Ini kain felt yang dah siap dipotong dan ditampal atas board. Ni pun kira dah boleh pakai dah ni sebab background dah siap tapi nampak simple sangat la pulak kan. So hias la ikut kreativiti masing masing.
Gunakan tali cotton sebagai border untuk board korang. Boleh jugak nak guna reben atau hiasan lain sebagai border. Nak buat satu line boleh, nak buat dua line pun boleh. Tujuan buat border ni supaya bahagian tepi board tu nampak lebih kemas. Takde la nampak macam kena gigit tikus kan. Macam versi aku buat, reben pulak guna untuk buat border bahagian dalam. So nampak la macam ceria sikit. Nampak kepelbagaian warna disitu..
Kegunaan tali cotton selain untuk membuat border, ianya digunakan untuk membuat hiasan lain juga. Boleh buat macam macam bentuk dan jugak jadikannya sebagai tulisan. Kalau nak buat tulisan, cucuh api kat setiap bahagian hujung huruf tu supaya benang benang lain tak terkeluar. Dah siap boleh la tampal!
Tadaa!!
So ini lah hasilnya! Bunga dan huruf tu dibuat daripada tali cotton tadi. Button pulak dihias di bahagian tengah bunga tu. Stripes kat bahagian bawah tu pulak diambil daripada lebihan kain felt tadi. Macam mana nak gantung? Tak payah, tampal je guna tack-it, benda alah warna hijau macam chewing gum tu. So tak payah nak rosak kan dinding untuk paku memaku. Kalau guna tack-it mudah nak cabut. Sangat sesuai untuk college students.
Trust me, cost nak buat benda alah ni sangat murah lagi lagi bila korang dah memang ada barang basic macam hot glue gun, lighter etc. Just need a little bit creativity.
Sebenarnya aku buat board ni untuk angah, untuk dia letak kat kolej dia tu. Dia kalau boleh tak nak ada warna pink. Tapi aku tak kira, nak jugak letak warna pink walau pun sikit. Hehehe sorry :P
New handcrafts tutorial will update soon!
New handcrafts tutorial will update soon!
#HandcraftsByImma