Blogger Layouts

Wednesday, July 27, 2016

Bebelan waktu cuti aku


Dekat sebulan lebih dah aku bercuti sem. Dah sebulan lebih jugak aku duduk kat rumah. Pergh bosan jugak la bila tak busy dengan assignment bagai. Bila ada assignment membebel bila la nak siap. Dah la membebel tapi boleh procrastinate sampai la deadline esok nak kena submit. Masa tu kelam kabut la engko bertemankan nescafe bercawan cawan untuk menyiapkan satu tugasan dalam satu malam. 

Biasanya kalau cuti sem camni aku akan buat part time. Macam sebelum ni, aku jadi guru ganti la, tolong kerja kat kedai makan la. Tak kisah la janji kerja. Biasanya bila aku kerja ni aku akan aim sesuatu untuk aku beli dengan duit gaji aku. Something yang memang aku nak tanpa mengharapkan duit parents aku. Alhamdulillah aku dapat apa yang aim tu. Baki duit gaji tu pulak aku guna untuk perbelanjaan aku masa kat UPSI untuk next semester. 

Tapi cuti sem kali ni aku takde rezeki nak kerja mana mana. Try jugak pergi PPD nak try jadi guru ganti macam dulu, pun takde kekosongan jugak. Aku pergi sekolah lama aku rupanya kekosongan tu dah diisi oleh kawan sekolah aku jugak, budak USM. Maybe dia punya final habis dulu so dia rembat kerja tu sebelum aku habis final T.T Lepas tu pergi pulak sekolah Syira (sekolah rendah agama), Syira belum masuk sekolah rendah lagi tapi prasekolah dia kat dalam bangunan yang sama dengan sekolah tu. So aku pun pergi la kat office sekolah tu dan bertanya..

Me: Assalamualaikum. Saya nak tanya. Ada memerlukan guru ganti tak kat sini?
Kerani: Tak pasti la. Takpe nanti saya tanya guru besar macam mana. Boleh tinggalkan nama dengan nombor telefon kat sini?
Me: Okay. Saya ada bawak resume tapi kat dalam kereta. Kalau nak saya tinggalkan resume saya kat sini. Saya pergi ambik sekejap.
Kerani: Ha okay jugak.

Maka aku pun bergegas pergi ke kereta untuk amik resume tu, dengan harapan ada la rezeki aku kat sini. Dalam fikiran aku dah berangan, ni kalau dapat mesti pergi sekolah dengan syira. Balik sama sama dengan dia. Dah senang dah kerja. Ha kau sempat berangan. Kerja pun belum tentu ada ke tidak. Sampai kat office tu aku pun bagi resume aku kat kerani tadi.

Kerani: Okay terima kasih. Kalau ada apa apa nanti saya akan hubungi awak.
Me: Kalau takde kekosongan pun tolong bagi tau ye. (penat tau buat saya tertunggu tunggu..)
Kerani: Aah nanti kami bagi tahu. Takut nanti tertunggu tunggu pulak.

Maka kami pun berhuhuhu.. Dia macam tau je apa aku fikir.

For your information, sampai hari ni dia tak call. Aku rasa dia terlupa kot. Takpe lah dah tak nak menaruh harapan. T.T

Okay tu cerita pasal cikgu ganti. Pusing punya pusing area BBST dengan mama ternampak  pulak jawatan kosong diperlukan kat satu hotel ni. Jawatan sebagai receptionist. Mama suruh try. Aku macam ermm... Receptionist ehh. Takpe la try la isi resume dia. Ikut je cakap mama, dapat tak dapat belakang kira. Pun lebih kurang sama dengan kes kerani tak call call tu. Sampai sekarang tak dipanggil interview. Aku syak memang dia tak nak amik budak buat part time. Sebab aku tulis kat bahagian qualification tu aku buat still studying in semester 4 hahahaha. Mana la aku tau aku main isi je. 

And at last aku duduk rumah jugak berlatih menjadi surirumah yang berjaya. Selain mencuba masak resepi baru, kemas rumah, siapkan Syira pergi sekolah aku pun ada jugak buat aktiviti lain yang macam kekanakan seperti mewarna. Best wehh. memang stress reliever betul. Aku pun nak habiskan baca buku buku yang dah lama aku beli tapi tak terusik. Setakat ni baru dua buku yang berjaya dihabiskan. Tapi bila dah datang hari malas aku, nak mandi pun malas ya rabbi.

Aktiviti sebelah malam pulak, aku ada buat home tuition. Isnin-Jumaat setiap malam aku akan pergi rumah jiran aku untuk guide diorang buat homework. Kalau takde homework aku bagi kerja. Boleh tahan jugak la homework budak budak sekarang. Soalan makin HOTS. Kadang kadang aku pun belajar sama sama dengan diorang. Dapat ilmu baru. Atau benda tu aku memang dah belajar dulu tapi dulu aku tak fokus dalam kelas. Erm.. Aku still tak boleh move on la dengan karier yang selain daripada mengajar. Nak buat macam mana dah tu passion aku.

Dan aktiviti malam jugak masa untuk aku berwhatsapp dengan Cikgu IT. Cikgu IT tengah praktikal sekarang. Macam biasa waktu siang dia sememang nya busy. So tak boleh kacau sangat lah. Time malam je boleh kacau itu pun kalau masing masing belum tidur. Praktikal elok elok ye cikgu. Jangan ngorat anak murid. 

Oh ya result final aku dah keluar. Apa yang mampu aku ucapkan alhamdulillah.:) Dah jangan tanya aku dapat berapa. Jujur aku cakap malam sebelum exam baru aku study betul betul. Malam malam yang lain tu aku banyak melagho. Dapat housemate gila gila pulak wehhh penat ketawa je aku dengan diorang. Dah bilanya aku nak study betul betul!? Aku baru nak buka buku nak study housemate aku dah usha usha aku kat pintu bilik sambil cakap "fuyooo study...." Pastu dia datang kacau. Dah la aku mudah terhibur. Memang gelak jela. Hahaha

Okay aku rasa aku banyak menaip hari ni. K la byeeeee *muahciked*