السلام عليكم
berkurun lamanya ku tak meng-update blog ini,
hmm.. nak buat cmne lately ni busy sket. sampai masa nak study pun mcm terganggu sket. tiap2 minggu ada je aktiviti nak kne buat.
yg paling latest ak g kem kepimpinan. haha. best ouh! even dua hari pun ak rasa mcm lama gle. aktiviti dia padat sungguh! mau tak nye dpt tidur pun dua jam je. haa... ni nak kne story one-by-one ni.. berikut merupakan aktiviti kitorang sepanjang kem tersebut. (eceh.. ceh..ceh..)
Day 1...
what? Kem Kepimpinan Pemimpin-Pemimpin Pelajar
where? Kem An-Naim, Hulu Langat
who? Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya
Day 1...
bertolak dlm kul 8.30 am then sampai sana kul 9.15 am. sampai je kat sana kitorang disambut oleh 5 org fasi yg sporting tp "kejam". kenapa "kejam"? haha nanti tau lah.. pastu Encik Fauzi (pengurus Kem An-Naim) bg taklimat sket pastu kitorang pun breakfast. lapar!!! tak breakfast dari rumah. exited sgt nak g kem.
then, pelantikan penghulu and penghuluwati. zamir dgn zarul dicalonkan sbg penghulu. faiqah, tasnim and ak (huh?) dicalonkan sbg penghuluwati. setelah diundi penghulu dapat kat zamir and
penghuluwati dapat kat tasnim.
"saya calonkan zamir"

ak tak tau ni undian sape.
lepas pelantikan kitorang dibahagikan 10 kumpulan and ak dpt kumpulan 8. dah sudah tu kitorang main ice-breaking and diceramahkan.
tgh2 fokus dgr ceramah tgk2 kasut dah "terbang". sebab tu ak ckp fasi2 tu "kejam". haha.

ak paling suka game ni. sampai berselut lumpur.
facial terbaik!
a
and time malam plak kitorang kne buat logo and group cheers. ni lah budak2 group ak. leadered by zul.
tgk zaza mcm kena kaunseling ngan ak. haha.
slogan and logo yg paling tak masuk akal.
dah setel buat benda alah tu kitorang pun pergi buat aktiviti yg paling ditunggu2 iaitu night walk tp tutup mata. huh? cmne tu? sebelum aktiviti ni start kitorang diberi kata kunci "kereta kancil". kitorang kne tutup mata sepanjang perjalanan tp kne still dlm barisan. kalau terputus barisan kne sebut "ranting" and bila dah sambung balik kne sebut "daun". bayangkan macam mana tu.. and finally sampailah kitorang di suatu tempat. and kitorang kne berkumpul kat situ. tetibe akak fasi tu cakap:
Kak D: pasni kne jalan sorang2 tp boleh bukak mata.
kitorang smua: (gulp! terdiam dan tak terkata)
haha memula je takut. last2 puas menunggu turn. turn ak antara 20 org terakhir drpd 122 org yg ada masa tu. punya lah lama nak tunggu. sampai kitorang terbaring kat atas jalan. dah tidur nyenyak dah pun. dlm duk sedap tidur tu lah ak punya turn kne pergi. bayangkan.. dalam pukul 2.30 pagi ak jalan sorang2. memula2 tu tak rasa pape lg. yela mamai bru bgn tidur. bila dah jauh sket ak nampak ad pokok goyang2. ah sudah.. tak kan nak patah balik kot. dah jauh ni. okay2 tak pe, dia main pokok plak kan. tetibe ak dengar bunyi bnde pelik pastu main sergah depan ak. gila lah kalau tak terkejut time tu. menjerit lah ak dalam hutan tu. tp kejap je lah. then, ak teruskan perjalanan. nampak mcm ad org kat depan. nak tegur ke tak, tegur ke tak. confirm ke org ni? dari jauh ak tak brape nampak sgt. dah la tak pakai spec. dah dekat bru nampak. confirm org! dia berkata:
En. Suffian: kereta?
me: huh?
En. Suffian: kereta apa?
me: ouh.. kereta kancil. (blur td..)
En. Suffian: awak ke yg jerit td?
me: aah. td sy...............................................................................................tu..........................................................................................................................pastu.................................................................diakan................................................................(penuh detail ak cite) tp tudung sy yg sy buat tutup mata td dah tertinggal kat sana.
En. Suffian: awk nak patah balik ke?
me: ehh tak pe lah.. (huh? gila nak patah balik)
En. Suffian: okay pergi tunggu kat sana. tp awak kne kuarantin.
me: okay!
lama gla tunggu turn. last2 abis gak dlm kul 3.50 am. pastu kne bangun balik kul 5.30 am.
Day 2...
siap2 bangun pagi semua fasi2 tu suruh kitorang buat cheers sekolah. last2 Nani bg idea buat cheers guna yg KRS punya cheers. pastu gabung ngan KP punya cheers. pergh mmg gempak lah sekolah BBST!!!
tepuk semangat KRS!
settle sudah buat cheers tu. next aktiviti kitorang dibahagikan kpd 3 kumpulan A, B, C. ak dpt group C. tp dlm group tu ak kne jd penolong kumpulan and Naim jd ketuanya. kitorang kne buat menara menggunakan paip PVC. mmg memerlukan kesabaran yg tinggi.
Naim-ketua, Imma-penolong
nak kne explain plak
tgk mcm mana kitorang nak stabil kan batang paip tu.. mcm2 gaya ad..
jungle tracking! bila ak ingat jungle tracking ak ingat pacat. ishh....tak tidur mlm ak cmni. bukan tak suka jungle tracking ni tp fobia lah ngan bnde2 alah tu.. masa jungle tracking time tu, dalam otak ak, ak fikir satu bnde ni je iaitu pacat. sampai dua seluar ak pakai and socks yg ak pakai tu pun panjang bebenor. ni just nak mengelakkan drpd kne pacat je ni sebenarnya.
ready nak masuk hutan!
inilah matlamat jungle tracking kitorang. air terjun!
tp dapat main kejap je. pastu kne turun balik. alaaaa...... ingatkan turun2 tu dah abis dah aktiviti. rupa2nya ada lg. masuk longkang pulak.
gambar candid dalam longkang. haha.
balik dr kem badan jd gatal2. haha.
habis selesai sudah aktiviti kitorang kat kem tu. then, aktiviti bebas lah. kitorang makan cepat2 sbb jap lg nak mandi kolam!
tp sebelum tu....
ad keluar seekor ketam dr seluar ak.. eeiii..... yek2..
penutupnya, kitorang saling bermaafan masa hari last tu.. huhu.. walaupun dua hari je tp rasa mcm lama je kat kem tu. fasi2 terbaik lah!
"Terima kasih daun keladi,
Ada rezeki jumpa lagi"
-dari kami Pemimpin-Pemimpin SMK BBST-
No comments:
Post a Comment