Blogger Layouts

Tuesday, December 25, 2012

Qayyum ♥

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
My cousin, Qayyum- 5 years old
He really playful, friendly and witty boy. Such a cute kid you know. Sepanjang kami kat kampung, dia selalu cari aku dan angah. Katanya........
"Siang Qayyum suka Kak Alia (nama glamer angah kat kampung), malam Qayyum suka Kak Aim.." Hahahaha. Oh boleh pulak macam tu ye. :)
Malam sebelum kami balik ke Sepang, tiba-tiba dia dengan cousins yang lain masuk bilik. 
Danish-9 years old: Kak Aim, Kak Aim, Qayyum nak cium Kak Aim.
Me: Alalalalala...
Qayyum: *Blushing, malu-malu pulak. Hahaha
Me: Meh sini. Mmmuuuuah! *Pipi kanan, pipi kiri. 
Qayyum: *Terus lari keluar bilik. Lari. Haha. Suka naa dia..
Pagi tadi pulak, masa nak salam- salam tu semua, aku dengan angah cari dia. Rupanya tidur lagi. Ah tak kira nak kejut jugak. Nanti rindu..
Me: Qayyum, Qayyum.. Kak Aim dengan Kak Alia dah nak balik ni.. Bangun lah..
Qayyum: *Dia bangun terpandang kitorang terus salam and kissed kitorang. Aww.. Senyum je dia.. Then sambung tidur.
His mom said he's romantic boy. Dia pernah bagi kat mama dia bunga masa dia balik sekolah, sedangkan benda tu tak diajar pun kat sekolah. How pure his love eventhough he just a little kid.

Selamat Pengantin Baru

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Finally, everything's over.. Kenduri, balik kampung, kenduri, balik kampung and so on. Ulang alik, Selangor-Kedah-Terengganu ohh maiii.... Isn't a short journey you know. Kira-kira adalah dalam 5 kenduri yang aku pergi. *Ulang suara YANG AKU PERGI. Tu belum kira yang aku tak sempat nak pergi. Asal cuti sekolah je kahwin, asal kahwin je cuti sekolah. Sampai tak dan ceq nak blogging. Ikut kan hati ni macam-macam cerita nak diceritakan, dan sepanjang masa itu juga Twitter dan Facebook menjadi peneman. Aku subscribed lah internet. Fed-up jugak bila sampai kat sesetengah area tu line internet langsung tak dapat. Rasa macam gila membazir lah.. Sia-sia je RM 2. Sometimes ambil yang RM 3 untuk seminggu tapi 5MB je lah. Tak apa janji dapat internet. 
Right after my STPM ends, the next day we went to Kedah for "balik kampung" and for sure, kenduri. And for this kenduri I need to be a bridesmaid for the third time. Maybe? For your information, the dress that i wore for that kenduri was design by myself. :O Cool aite? I'm talented to be a fashion designer maybe? Hahaha. Wait, i think i already wrote about this before. Hmm, forget it.-___-
Okay, i've got some pictures here.
Kaklong Lida and Abang Zul's wedding. At Jitra, Kedah (Kenduri pihak perempuan)
Again, Abang Zul and Kaklong Lida's wedding. At Bandar Tasik Puteri, Rawang (Kenduri pihak lelaki)
For your information again, Abang Zul is a Leftenan Muda Maritim. That's why he wore like that. Bukan dia pakai suka-suka tau.
Few days later......
Che Ngah's akad nikah. At Bukit Antarabangsa, Ulu Klang.
The next day, Che Ngah's wedding. At Sg. Besi. She's model + stewardess. No wonder she's beautiful.
After all these kenduri, balik Kedah. Lagi. Untuk kenduri adik Abah merangkap pak cik aku jugak lah. Whoaaa. Kadang-kadang sampai rasa tak terkira berapa kali balik Kedah sepanjang cuti ni.  At first, balik sampai Sg. Petani je kat rumah Mak Long untuk kenduri pengantin pihak perempuan. Memandangkan rumah pengantin perempuan tu area sempadan Kedah-Perak kami pun stay kat Sg. Petani je untuk memendekkan lagi tempoh perjalanan. Tak balik sampai Alor Setar pun. Tapi, malangnya gambar tak ada. Aduhaii tak syok betul kalau story tak ada gambar. Dan pagi tadi, kami baru balik dari Alor Setar untuk kenduri pak cik aku. Hoyeaaahhhh!!!! This is the last kenduri for this year. Finally, im free!!! 
Mama Abah selalu pesan, kena pergi kenduri rumah orang, kalau tak nanti tak ada orang nak datang kenduri kita. Hmm...
Dalam masa yang sama juga, nenek saudara aku telah kembali ke Rahmatullah pada 19 November 2012. Al-Fatihah. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
This picture was taken a week before she passed away during her youngest son's wedding.
Allahurabbi..
By the way, selamat pengantin baru kepada pak cik dan mak cik ku ini. :)

Saturday, December 1, 2012

Singkap Personaliti di Sebalik Pelukan

Memeluk seseorang mungkin salah satu cara individu tersebut meluahkan perasaan. Namun begitu, di sebalik pelukan juga tersingkap satu rahsia yang mencerminkan keperibadian individu tersebut.

1. Mendakap
Memeluk dengan cara merapatkan badan atau mendakap menunjukkan individu tersebut seorang yang lembut, penyayang dan mengambil berat. Dia kelihatan kuat di luar walaupun hakikatnya hatinya terlalu rapuh dan sensitif. Bukan itu sahaja, dia juga akan sentiasa menyokong apa sahaja yang anda buat selagi terbaik buat anda. Dia pasti akan membuatkan separuh daripada masalah anda hilang saat meluahkan perasaan.

2. Merangkul
Ramai orang kata individu seperti ini kurang sensitif, walhal mereka cuma tidak tahu cara mengekspresikan perhatian tersebut. Akan tetapi, bila anda dalam kesusahan, dialah orang pertama yang akan datang memberikan bantuan. Pendek kata, dia sanggup melakukan apa sahaja  untuk orang yang disayanginya.

3. Melagakan pipi
Ingin mencari seorang sahabat dan juga pendengar yang setia? Inilah orangnya. Bila-bila masa yang anda perlukan, mereka akan sentiasa ada disisi. Luahlah apa sahaja, dia tidak pernah rasa jemu mendengarnya. Dia juga mempunyai nasihat-nasihat dan saranan-saranan yang hebat untuk memastikan anda sentiasa bersemangat. Tentang rahsia juga tidak perlu dirisaukan, semuanya disimpan kemas dalam genggamannya.

4. Menempelkan kepala
Kebiasaannya dia seorang yang tegas dan mempunyai sifat kepimpinan. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-bolehnya mahu keinginannya tercapai. Disebabkan itulah anda dan sahabat yang lain mempercayainya untuk jadi seorang pemimpin.

5. Tangan terbuka
Seseorang dengan stail pelukan begini adalah individu yang ramah dan mudah bersosial. Selain tidak memilih rakan, dia juga mudah rapat dengan semua orang walaupun baru sahaja berkenalan. Orang lain juga senang dengan sikapnya.

6. Bergayut
Jika anda punya kawan begini, fahami bahawa dia adalah seorang yang sensitif dan manja. Silap-silap kalau anda ada masalah, dia akan menangis dahulu. Dia juga biasanya lebih mengenali sikap anda berbanding rakan yang lain.

*Sumber: Majalah Yezz, Ogos 2012

Saturday, November 24, 2012

A Saudi Lady

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hoi hoi kalian semua! Hawauyu? I know lah sekarang tengah cuti sekolah, masing masing sedang "membina badan" ye dak? Tu lah rutin time cuti sekolah. Tapi teman ni idok ler "membina badan" macam kome, haa tetiba kluor pulok loghat Perak ni pase ape? Haha saje ler teman ni berloghat Perak, esok lusa teman berloghat Sabah pulok. Haih ni kalau orang Perak baca buat malu je. Maaf ye teman ni suke blajo bahasa asing. Maklum lah mak teman orang Ganu, ayah teman orang Kedah. Jadi teman ni dapat blajo dua loghat je. Kalo nak teman berloghat Nogori Sombilan pun boleh lah sikit-sikit, tu pun mengajuk orang. Eh aku ni dah lari topik ni. Tadi nak cerita menda lain, terkeluar benda lain pulak. Kuikuikui~
Sebenarnya, aku ni nak story apa yang aku alami siang tadi kat tempat kerja. Cerita ini adalah cerita aku, tidak ada kena mengena antara kau dan aku. Eh?
Tadi kat surau, just done with my solat Zuhur, so aku lipat telekung dan sejadah aku tu. Tanpa disedari, segala tindak-tandukku diperhati oleh seorang wanita, surely, she's not a Malaysian. Middle East, maybe? Her big eyes, her blonde hair (I met her without hijab) doesn't show that she's was a Malaysian. Sincerely, she's beautiful. That was my first impression.
Tetiba kan, aku bertentang mata dengan dia. Dia panggil aku. Eh rasa lain macam je. Awat ni? Dia duduk, aku pun duduk. 
She: Excuse me, miss?
Me: Yes?
She: I cannot speak in English but I just want to show you something.
Me: okay????? *terpinga-pinga
She: *tiba-tiba dia sujud. Then dia kata "It's wrong, cannot* ohh okay aku faham sekarang ni dia tengah tunjukkan kan aku perbezaan antara cara dia sujud dengan cara aku sujud time aku solat tadi. First sujud dia tunjuk cara aku sujud tadi, maknanya sujud dengan tangan yang tertutup. Alah cara macam orang perempuan solat tu. Okay dia cuba cakap yang cara aku sujud tadi tu salah. Dan dia tunjuk cara dia sujud pulak, sujud dengan tangan terbuka macam lelaki. Then dia kata "This" maknanya dia nak cakap cara dia sujud tu lebih tepat sebenarnya.
Jadi, aku ni dengan keadaan yang agak kekagetan aku fikir,  macam mana aku nak explain. Kita ni mazhab lain-lain ni. Nak cakap Arab tak reti. Kang keluar broken English aku lagi dia blur. 
Me: I'm sorry miss, but we are different mazhab. In our mazhab we can't do this.
Tapi dia still nak pertahankan yang cara dia betul. Ah sudah. Acano ni? 
So untuk mengelakkan argumentative yang lebih panjang, aku mengalah. Tak apa lah mungkin dia confuse dengan mazhab orang Malaysia, iaitu Mazhab Syafie. Harapnya dia bukannya Syiah.
Me: Miss, where you come from?
She: Saudi. *no wonder lah dia lawa sangat.^^
Dan pertemuan kami pun berakhir. Dia pun pakai hijab dia dan pergi dari situ. Kira okay lah dia tegur aku cara yang elok. Kalau yang jenis marah-marah tu lagi lah tak reti aku nak handle. Haha.

Tuesday, November 13, 2012

Auucakk!!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Tik tok tik tok tik tok.. Time shows 1.40 am but yet, i didn't feel sleepy. Too long i left my blog dusty, well, as you know my time was bound up with STPM before. But now, my first semester is officially ends! Ah wait, another 2 sem are waiting ahead, don't be too happy, Imma. XD
Keesokan hari selepas last paper, Sejarah, kami bertolak balik ke Alor Setar, Kedah. Balik kampung ni sebabnya ada kenduri cousin Abah, Kaklong Lida, and at the same time, aku kena jadi bridesmaid. Buat kali ketiga. Err...k jangan kata apa-apa, aku ni menunaikan permintaan orang je. Haha. Actually, minggu depan pun aku lagi jadi bridesmaid Kaklong Lida, belah pengantin lelaki. Kali keempat. Haha adoiyaiii..
Sebenarnya ada gambar tapiiiiiii tah kenapa pulak phone aku ni tak boleh nak keluar gambarnya. Tak syok ah tak ada gambar, macam mana nak cerita ye dak? Nak letak gambar dress yang aku pakai masa kenduri Kaklong Lida tu, design by myself youuu.. Tapi nak buat macam mana. Eii campak phone ni kat laut boleh tak? Haha kkk, you should be more thankful Imma because there are some of teenagers out there at your age still didn't get their own phone. Apa lah kamu ni. *motivated myself
About the plan during my school holiday, hmm, i'll start my part time job next week at my old place, remember? Alah kat LCCT tu, kedai aunty Sue. Jadi cashier lagi. Fyi, best tau jadi cashier ni. You can communicate with outsiders from all around the world, ye lah sebab kedai makan tu kat airport so mesti lah ramai pelancong asing kan. Kau belasah, hentam english kau macam mana pun, janji dia paham sudah. Ingat english diorang tu betul sangat ke? And, this is the time where i can improve my MUET Speaking skills.
I am not too late too wish happy holiday, right? Happy holiday guys! Take this opportunity to spend time with your beloved one, err i mean, with your family and use it well yaa! 
Assalamualaikum :)

Saturday, October 20, 2012

STPM First Term 2012

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Less than 2 weeks i'll face the "war". So, study mode- ON. Bye!

Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni aku nak berkongsi satu cerita dengan korang semua. Tentang Mustafa Kamal Ataturk. Mungkin ada yang kenal siapa dia ni dan mungkin tidak. Even aku sendiri pun tak kenal jugak siapa Ataturk ni. Sebelum ni pernah dengar nama dia tapi tak tahu kisah dia. Abah yang belikan buku ni kat aku so aku baca lah. Bagi aku kisah dia sangat menarik. So let's we begin, Mustafa Kamal Ataturk-Penegak Agenda Yahudi (Abdul Latip Talib)
Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan pada 19 Mei 1881 di Salonika (Thessaloniki). Salonika ni nama satu tempat kat Greece. Ibu kandungnya bernama Zubaidah Hanim tetapi ayah kandungnya tak dapat dikenal pasti. Pada tahun 1886 beliau mendapat pndidikan awal di sekolah rendah di Salonika. Pada awalnya, ibunya mahu beliau memasuki sekolah agama tetapi tetapi beliau tidak mahu. Beliau mahu belajar di sekolah Inggeris yang menawarkan subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekejap sahaja beliau meneruskan pelajaran di maahad dan akhirnya beliau menyambung pelajarannya di sekolah Inggeris atas dorongan Abdul Muhsin Agha, bapa angkat kepada Mustafa Kamal Ataturk. Ibunya terpaksa mengikut sahaja kehendak anaknya. Tanpa disedari Abdul Muhsin Agha mempunyai agendanya tersendiri. Beliau sudah lama berdendam dengan kerajaan Islam Uthmaniyah dan beliau mahu mendidik Mustafa Kamal Ataturk untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem khalifah di Turki
Pada tahun 1892, beliau menyambung pelajarannya di sekolah kadet di Salonika. Di sekolah inilah beliau mendapat gelaran "Kamal" yang bermaksud sempurna daripada guru Matematiknya. Mustafa Kamal Ataturk sangat meminati subjek tersebut. Abdul Muhsin Agha pula menggunakan kekayaan yang ada untuk "menyuap" guru-guru di sekolah tersebut supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ataturk. Setiap kali menjelangnya peperiksaan, Ataturk akan mendapat soalan bocor daripada guru-gurunya. Hal ini menyebabkan Ataturk semakin menonjol kerana kecemerlangannya di sekolah. Pada tahun 1896, beliau meneruskan pendidikannya di Maktab Tentera di Manastar dan pada tahun 1899 pula menyambung pelajarannya ke peringkat  lebih tinggi di Kolej Tentera di Istanbul.
Bermulalah usaha-usaha Ataturk untuk meruntuhkankan kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki. Beliau mula aktif dalam politik. Dengan menggunakan kuasa tentera yang ada beliau berjaya menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Beliau bercita-cita untuk memusnahkan sistem khalifah dan ingin menjadikan Turki sebagai sebuah negara republik. Impian beliau menjadi kenyataan pada 1923 dan secara rasminya beliau menjadi presiden Turki. Dengan menggunakan kuasa yang ada, sistem khalifah tidak lagi digunakan dan berakhirlah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah pada 3 Mac 1924. Masyarakat Islam di Turki pada ketika itu semakin lemah disebabkan oleh diktator ini.

Pada 1923 juga,  beliau telah menandatangani Perjanjian Luzan. Perjanjian ini merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Barat yang dianggap sebagai satu revolusi dalam sejarah Islam di Turki. Antara perjanjian tersebut ialah:
a) Menghapuskan sistem khalifah
b) Mengubah syariat Islam dengan undang-undang Barat
c) Mengasingkan urusan agama, politik dan negara
d) Azan ditukarkan dalam bahasa Turki
e) Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dan Al-Quran yang dicetak dalam bahasa Arab dimusnahkan
f) Memaksa kaum wanita mendedahkan aurat dengan memakai skirt dan kaum lelaki digalakkan memakai topi koboi dan tidak dibenarkan memakai serban
g) Hari cuti umum ditukarkan kepada hari Ahad
Terlalu banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Ataturk yang bertentangan dengan Islam. Antaranya ialah:
a) Menghapuskan penggunanaan kalendar Islam dan menggunakan kalendar masihi
b) Menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
c) Undang-undang perkahwinan berdaftar digubal berdasarkan undang-undang Barat
d) Kementerian Waqaf dan Kementerian Perundangan Syariah dihapuskan
e) Masjid Aya Sophia yang asalnya merupakan gereja dan dijadikan masjid semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh akhirnya dijadikan muzium oleh Ataturk
f) Menutup semua masjid dan melarang rakyatnya solat secara berjemaah
g) Undang-undang waris dan faraid secara Islam dibatalkan
h) Menyerang Islam secara terbuka
i) Agama Islam digugurkan sebagai agama rasmi negara
j) Sekolah agama dan universiti Islam ditutup
Kesemua perubahan yang dilakukan oleh Ataturk seperti mahu menjauhkan rakyatnya daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Perubahan-perubahan ini sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan masyarakat Islam di Turki.
Saat-saat terakhir seorang diktator
Pada awalnya, beliau dikatakan menghidapi penyakit gatal-gatal. Doktor peribadinya mengatakan penyakitnya berpunca daripada hama dan debu di sekitar istananya. Akhirnya, beliau mengarahkan supaya istananya itu dibersihkan daripada hama dan debu namun penyakitnya itu tidak juga pulih malah beliau semakin tenat. Beliau disahkan menghidapi penyakit radang hati (lever cyruz) dan beberapa penyakit misteri. Selain itu. ketika saat-saat terakhirnya juga beliau sering mengadu kepanasan dan menjerit kerana tidak pernah berasa sejuk. Beliau pernah dibawa ke tengah-tengah laut untuk menyejukkan badannya, meletakkan ais dan memanggil bomba untuk menyiram seluruh badannya namun tidak berhasil. Beliau juga pernah pengsan beberapa kali dan akhiranya pada 9 November 1938 beliau disahkan meninggal dunia. 
Allah itu maha adil. Pada ketika itu tiada seorang pun yang mahu menguruskan jenazah beliau. Jenazahnya telah diawetkan selama 9 hari berturut-turut bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyatnya untuk melihatnya buat kali terakhir. Akhirnya, adik perempuan beliau merayu meminta ulama-ulama Turki untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Seorang ulama Turki yang menyembahyangkan jenazah Ataturk iaitu Syarafuddin Affandi mengatakan beliau akan bersembahyang seperti yang diminta oleh Mustafa Kamal Ataturk. Maksudnya beliau akan membaca semua bacaan solat dalam bahasa Turki.
Sewaktu ingin mengebumikan jenazah beliau, jenazahnya pula tidak diterima bumi. Sekali lagi, jenazahnya diawetkan dan diletakkan di muzium EtnoGrafi selama 15 tahun sehingga pada tahun 1953. Setelah 15 tahun berlalu, jenazahnya ingin dikebumikan kembali, namun sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaannya. Setiap kali ditanam, keesokan harinya kubur itu berlubang dan kerandanya dimuntahkan keluar. Akhirnya, jenazah beliau tidak ditanam tetapi diletakkan di satu bukit dan ditanam di celahan batu-batu marmar seberat 44 tan dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Ulama-ulama pada ketika itu mengatakan bahawa bukan sahaja di bumi Turki, malah seluruh bumi Allah tidak menerima jenazah Mustafa Kamal Ataturk!

Sunday, September 30, 2012

Believe me, I did!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Actually, aku nak update blog ni dari hari Rabu (26/9/2012) lagi. Tapi disebabkan kesibukan aku ni yang mengalahkan Obama membuatkan aku tak sempat untuk update. Plus, we'll facing STPM trial soon. Masa agak suntuk sebenarnya. Oh ya, kenapa dengan hari Rabu? Haa sabaq sat, ceq nak habaq la nii.. For your information my fellow friends, on Wednesday, 26th September 2012 i did my first performance for School Prefect Dinner ceremony. ;) As i told you before, i was appointed to be a school Prefect next year, and of course kami Form 6 yang baru dilantik ni dijemput untuk hadir ke majlis tu.
So, about the ceremony preparation aku tak ambil bahagian pun pada mulanya. But how i was got involved in this event? Macam ni, diorang memerlukan wakil dari setiap form untuk perform pada malam tu nanti kecuali Form 4, Form 5, and Upper 6. For sure, batch yang tidak disebut itu perlu melakukan persembahan. Kawan-kawan aku dah paksa-paksa aku suruh aku perform. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kalau aku tak cuba dari sekarang untuk naik pentas, bila lagi? So, i, Immazaitul Nur Aim Binti Naim represent Lower 6 to perform that night. YEAY!!! *CLAPPING
But, i didn't decide yet what song i want to perform. In short tenure less than 2 weeks, i did practice day by day. I was decided to perform "My Heart Will Go On" on keyboard. During that time, i have to manage my time very well. Lepas waktu sekolah aku stayed kat sekolah dengan kawan-kawan yang lain untuk study, then solat asar dan practice whereas at night study again. Dengan nak trial lagi, nak perform lagi. Agak penat sebenarnya..
So, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
For that dinner im wearing a white jubah, actually, seems like a dress ala-ala baju kahwin Kate Middleton gitu.. Ahaks! With a dark colourful pashmina. Hello, aku pakai baju raya je pun...Haha.
My face too serious right? Actually, im afraid to make eye contact with the audiences. My fingers tremble during i did my perfomance. Hoping that i didn't make any mistakes.
So, here it is! Maaf lah video kurang memuaskan. Ni pun "bergigibiru" dengan orang. But at least i captured these memories that i won't ever, ever forget.:)
Yes, this is my first performance and maybe not for the last time. InsyaAllah.

Thursday, September 20, 2012

Kerana tisu

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hii... Uhuk uhuk *duckface. I've got sore throat. Uhuk uhuk. *duckface again. And.. And.. I didn't get 5 days MC. OMG!! *TAMPAR KANG!! Haha. Okay stop it Imma.
I'm sitting here in front of my laptop to story what was happened to me today.
Hari ini, aku telah didenda oleh cikgu PP (Pengajian Perniagaan). Al kisahnya,...
*Waktu rehat baru habis* Aku dengan Shera masuk kelas. Pastu baru aku teringat, aku nak beli tisu tadi tapi terlupa. Dan dan lah hari nak selsema lah, sakit tekak lah and so on.. So aku pergi lah ke koop tanpa inform kat kawan yang aku ni nak ke sana. Just blah macam tu je. Dah habis beli tu balik ke kelas semula. Sampai je kat kelas,..
Amir (budak kelas sebelah): Mai, cikgu dah kunci kelas lah.
Me: Hah!? * Try buka, tapi tak boleh. Ahh sudah.. Curi-curi dengar kat tingkap, cikgu dah start mengajar.
Pastu nampak lah ada lagi yang lewat selain aku. Faiz, Ayen, Ammar, Ezurain, Helmi a.k.a. Bean. All of them is BOYS and  I am the only GIRL who's late. Malunya wehh!!! Budak-budak kelas sebelah dah pelik tengok kitorang duduk luar. Haish tak boleh jadi ni. Aku cuba buka tingkap, slowly.. Selak langsir. Semua pandang! Eiii lagi lah segan tahu!! Then, i heard cikgu said,..
Cikgu: Biarkan diorang sekali sekala kena denda macam ni. Biar diorang rasa. Awak sepatutnya masuk lah kelas awal and bla bla bla............*tak clear cikgu cakap apa.
Aku rasa masa tu geram sangat-sangat dengan diri aku sendiri. Kalau lah aku tak pergi koop, beli tisu tadi tak adanya kena duduk kat luar macam ni. Lepas tu budak-budak kelas sebelah dah panggil kitorang ajak masuk kelas diorang. Kebetulan kelas diorang tak ada cikgu. Seriously, aku rasa serba salah nak masuk kelas diorang tadi. Tak tahu kenapa. Masuk je kelas diorang, ada orang tanya,..
Someone: Imma, kau nangis ke?
Me: Tak ah manada. *Padahal air mata dah bertakung dah ni.
Aku terus pergi kat tempat Faezah, i told her the truth.
Aku duduk kelas tu kejap je. Pastu aku keluar. Tunggu lah depan pintu kelas dengan yang senasib dengan aku, berharap cikgu akan buka pintu. Sambil tunggu tu, dengar apa yang cikgu tengah ajar. Huhu gila sedih nasib kitorang. Dah macam pelarian aku rasa. :(
Beberapa minit kemudian, cikgu buka pintu.
Me: CIKGU! SAYA NAK MASUK! *terus redah je. Haha. Orang first yang masuk pula tu.
Then, ada juga lah kena brainwash tadi. Sikit je. Tak apa, kami redha cikgu. Haha. Dah habis waktu PP, aku salam cikgu.
Me: Cikgu, saya minta maaf sebab lambat tadi.
Cikgu: Hah tu lah awak... Lambat lagi lain kali.
Me: Tadi saya tak sengaja...*buat muka bajet comel. Mesti cikgu tu melting. Wakakakakaka.
Haih kerana sebungkus tisu 30sen badan binasa. 
Ni lah puncanya....

Friday, September 14, 2012

Wish me luck!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


*The pink one shows my compulsory subjects and the cyan one shows my additional subjects.
Time flies so fast. Today is September 14 and just 2 weeks to go. Though it's just a TRIAL but this will show our weaknesses and how 'not prepared' we are before we sit the real exam. Yeah seriously im a bit scared to sit this exam. The same feeling that i felt when im took the SPM examination last time. Ah my hand getting cold. Rasa macam nak demam dah ni. Haha. Act, i never thought to take the STPM examination this year because the only thing that i was thought before is to take a diploma after the result released. Unfortunately, the universities doesn't accept my application. So the only path that i have is only Pre-Universitiy or as known as Form 6. I'm not apply Matriculation because i was from arts stream. (Sememangnya aku tak nak kerja! Aku nak sambung belajar!) So i further my studies as the Pre-University student. I'm just being optimist, i told myself that:
"Alah tak apa, 1 1/2 tahun je pun, instead of 3 years kalau ambil diploma"
Bukanlah disini saya merendah-rendahkan mereka yang mengambil diploma. Congrats to all of you! Saya juga berharap saya juga akan berjaya ke universiti nanti. Cuma saya baru selangkah ke universiti sedangkan kalian sudah pun berada di universiti. I will go there to further my DEGREE! 
Honestly, being a Form 6 student is one of my best thing happened in my life. And oh ya, i was appointed to be a school prefect next year. InsyaAllah :) 
#Hoping that i can do it very well. Amin..

Wednesday, August 22, 2012

My Raya Story

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Entah macam mana pulak boleh plan nak balik kampung. Kalau ikutkan tahun ni memang beraya kat Sepang je. Dah lah planning last minute. So, sebulat suara mengatakan tahun ni beraya kat kampung Terengganu (family Mama) YEAYY!!! Dah 7 tahun tak balik beraya kat Ganu kot. Mau tak exited gila weh. Yelah, memang lah jarang balik sebab nenek aku pun dah duduk Sepang so yang tinggal kat Ganu tu just makcik pakcik je. Tapi tahun ni nenek balik sana, tinggal family kitorang je kat sini. Tetiba Abah dapat cuti last minute. So apa lagi, balik kampung lahh..!
Bertolak pukul 3. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tak jam langsung. Aku ingat jam teruk sebab dalam berita duk kata macam tu. Mungkin Allah permudahkan perjalanan kami :) Selepas 8 jam perjalanan akhirnya sampai juga di Kg. Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Memang terasa sangat suasana kampung kat sana. Banyak rumah yang pasang pelita. Cantik!
Sampai je kat kampung pakcik aku ajak tengok bunga api. Sebenarnya dah penat, lagi pun dah tengah malam masa tu tapi nak ikut juga. Bukan selalu ye dak..? Gila lah orang-orang Ganu ni malam raya memang tak tidur ke apa? Meriah kot. Nak pergi tengok bunga api je pun sampai jalan jam. Haha. At last, balik rumah juga. Dah mengantuk yang amat. Esoknya nak raya dah. Whoaa!
Pagi raya, perghh menggigil aku nak bangun solat subuh. Maybe sebab rumah kayu so fresh air tu memang betul betul menusuk kalbu lah. Sampai suara pun boleh hilang. Then, solat sunat Aidilfitri kat surau belakang rumah pakcik aku tu. Pastu baru lah boleh bersiap siap nak beraya.
Aku make-up jugak tapi jaraaaang sangat. Make-up set tu pun adik aku punya. Aku mana ada make-up set sendiri.
Ni lah baju raya saya! Macam pernah tengok kan? Haaa.. Diam diam sudaa.. Haha.
Yeah! Sesi bermaaf maafan di pagi raya. 
Tahun ni je baju raya kitorang memang tak ada tema warna. Alahh spoil lah Syira pusing belakang pulak. Haha.
Family photoshoot sebelum pergi beraya rumah sedara mara. Whoaa seharian berjalan raya. Even penat tapi sangat seronok.!
Dan yang paling seronok ni lah diaa... Saya berumur 18 tahun dan masih layak mendapat duit raya. Uuwwww~  Ni baru hari raya pertama tau..:P
Hmm. Kejap je balik kampung even cuti panjang lagi tapi Abah tak. Hari raya ketiga Abah dah kerja dah. So terpaksa lah balik Sepang hari raya kedua. Lagi pun homework yang tinggi menggunung tu siapa nak buat? Haa so baik balik. K thats all my raya story. Bye, Assalamualaikum :)
Saya tahu cikgu nak saya jadi pandai. Terima kasih cikgu bagi "ole-ole" untuk cuti ni :D

Kad raya II

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Dah sampai ke belum agaknya kad-kad ni semua kat korang? Aku ambil alamat korang kat majalah sekolah. (*kecuali yang duduk kat Sarawak tu, alamat dia dah tukar dah. Haha) Harap-harap alamat tu betul lah. Kalau dah sampai call lah aku.. Aku tak mengharap korang reply pun, just nak korang tahu yang aku still ingat korang. InsyaAllah, our friendship will be last forever 
Rindu kamuu semuaaa :'(

Monday, August 13, 2012

Why I am single?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Its quite tough when i want to give an argument about LOVE. Well you know, we all have our own perspective about this topic. Same goes to me. Someone has asking me, why im still single. So i think i have to answer this question. In my opinion, to have a spouse at the age of 18 is not a necessary thing. Agree? No? Okay thats alright. This is just only my point of view.
If you asking me, "Did you bored for being single?"
Hmm.. Okay, firstly i want to make confession about something. I've been trapped this kind of love last time. I was too naive,  too weak to against the Satan's persuasive. At last, i chose the right path to end this relationship. I know what i am doing is the best for me and him. I just only remember the lines that i told him,
"If i give all my love to you, so what i will give to my future husband?"
That lines make him silence for a long time. Trust me, i do it solely for the sake of Allah SWT!
Back on the question, i don't think being single is bored. I have my beloved family, witty and annoying siblings, and friendly peers. I don't say my life is perfect or too good. It will complete when my true love (i means love after marriage) present in my life. InsyaAllah, someday. My life is just like a puzzle, it almost done but to finish it just need a small special pieces.:)  Alhamdulillah, my life always surrounded with a nice people who always ask me to do something good. Jazakallahu khairan kathira ya ukhti ya akhi. Pray for me to meet someone who can guide me to Jannah. Amin.. 
I am not perfect but i try to be the best :)

Sunday, August 12, 2012

Kad rayaaaa!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
You olls~~ i dapat kad raya tau. K gedik. TAUUUU. Kad raya korang lagi banyak. Aku baru dapat satu. Tapi yang satu ni special tau. Kad raya kali ni yang aku dapat berbeza dari yang sebelumnya. 
Its look like just an ordinary letter, right? Plain, simple design, just a couple of ketupat at the top and the bottom of the letter. But why i think its so special?
No, of course not from my admire. Do i have? Ah tak nak ambil tahu pun.
This "kad raya" is from a boy named Aiman Hazim bin Yazid from Pendidikan Khas. Yeah that is why its so special to me. Rasa macam terharu lah pula budak PK yang bagi kita kad raya. Dia je ingat kita :( 
Macam ni, hari tu memang Aiman ni ada cakap dia nak bagi kad raya kat aku dengan adik aku. Ingatkan main main je budak ni. Tup tup dia bagi time balik sekolah hari Jumaat lepas. That means kad raya ni is not only for me but also for my sister. Yes 2 in 1. But at least ada juga orang bagi kat kita kan. Nak tahu apa dia tulis?
Assalamualaikum, apa khabar yang luar di sana
Kami sekeluarga ingin mengucapkan salam Hari Raya, Maaf, Zahir dan Batin kepada semua umat-umat islam yang berdekatan, Kalau ada yang membuat kesilapan, Maafkanlah dari segala dosa-dosa yang telah lakukan dan janganlah sekali-kali menderhaka pada ibu bapa kita. Terutama Abang, Kakak dan Adik Harap-harap kita meraikan dibulan syawal yang mulia ye.
Untuk kawan-kawan saya yang dikasihi,
Semua orang buat gembira, Awak
terlalu istimewa buat saya.
&
Insya Allah Ada Jalan-Nya
oleh 
Aiman Hazim Bin Yazid
Fuhh!!! Looks like nothing but in the eyes of special kid like him is not. Even though there's a lot of grammatical error.
Setiap kali nak balik dia akan selalu babai aku dengan adik aku. So far boleh kira lah berapa kali dia missed nak babai kitorang. Memang orang lain akan pandang lain macam kat kitorang, mungkin sebab kami layan budak Pendidikan Khas. SO WHAT!? We are normal but they are special. They also human beings like us okay. 

Friday, July 20, 2012

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Rejab bertemu Syaaban, Syaaban bertemu Ramadhan. Ramadhan yang penuh berkat dan kemuliaan :)
Alhamdulillah kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1433H walaupun ada yang tak sempat kerana "dijemput Ilahi." Macam semalam, aku otw nak ke Nilai pastu jam pulak. Patutlah jam pun rupanya ada accident. Kereta dengan motor bertembung. Orang yang bawa motor tu mati. Dan yang paling tak sangka, berani pulak aku tengok accident macam ni? Biasanya aku takut+kesian+ngeri=tak sanggup nak tengok. Apa yang aku nampak polis tu dah bungkus dah mayat tu dan ada lagi satu bungkusan kat sebelah mayat tu. Something like hand or leg or whatever yang terputus dari badan dia. Ish rasa macam menyesal pulak pergi tengok sebab asyik terbayang je ni. Hmm.. Dalam fikiran aku time tu, "Mungkin orang tu baru balik kerja kot, kesiannya.. Apa lah perasaan isteri dia, anak-anak dia, mak ayah dia bila diorang tahu. Lagi-lagi nak dekat puasa macam ni" See, ajal tu memang tak kenal orang, masa dan tempat seseorang itu. Mana boleh kita nak delay ajal kita. Ingat flight ke boleh delay-delay macam ni? So, kita sebagai hambaNya kita perlulah buat yang terbaik dalam semua keadaan. Patutlah ada ayat ni,
"Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah mencari rezeki di dunia ini sekuatmu seolah-olah kamu akan hidup selamanya.
Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

Jadi, harapnya Ramadhan kali ini kita menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelumnya, InsyaAllah. 
Lafaz niat untuk sebulan puasa:
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"
Lafaz niat puasa harian:
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"
Disunatkan seseorang itu mempelajari al-Quran pada Ramadan di samping mengajak manusia lain bersama-sama membacanya dan disunatkan juga untuk memperdengarkan bacaan kepada mereka yang lebih elok bacaannya.
Selamat menunaikan ibadah berpuasa semua! Rebutlah peluang yang ada untuk beribadat kepada Allah. 

Saturday, June 16, 2012

Kamek sayang kitak!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
1/6/2012, Jumaat
Satu panggilan yang agak mengejutkan dari Ell. Bukan call lah, text je pun. Tapi agak terkejut lah. 
"Ima, aku dapat upm kt sarawak... Help me help me!"
Ehh patutnya dia rasa happy tapi kenapa nak "HELP" pulak. Pelik. Then aku call dia terus. Malas nak taip sebenarnya. At first, Kak Zira yang angkat and second time baru dia jawab.
Me: Hello Ell..  Kau dapat.....(Tak habis cakap lagi dia dah potong, Nak cakap tahniah sebenarnya.)
Ell: Im.. Im...
Me: Ell, kau nangis eh?
Ell: Eh tak tak. Aku okay lah. (Suara baru lepas nangis, sedu sedu lagi)
Me: Tipu, aku tahu kau nangis. Kenapa ni?
Ell: Tak aku.. akuu... (Baru dia nangis betul betul..)
Me: Sokay, sokay. Aku datang kat kau jap lagi. Okay?
Ell: Okay.
Then aku pun pergi kat dia. Aku sampai kat dia pun mata dah merah dah. Haha Ell, kau tak payah sorok lah. Bukan sehari dua aku kenal kau. Sesi kaunseling pun bermula.*ceh kaunseling tauu.
Ohh baru aku tahu sebenarnya kau dilemma. Aku tahu kau memang naakkkk sangat pergi kan tapi dalam masa yang sama kau tak nak susahkan Mak dengan Abah. Kan? Yelahh dapat tahu berita tu pun dah last minute, dekat dengan kenduri abang kau lagi. So keadaan agak terganggu masa tu. Betul tak? 
At last, kau buat keputusan untuk pergi sana jugak. Alhamdulillah, kau buat keputusan yang betul walaupun hampir tak jadi. Ingat, peluang tu datang sekali je. 
Dalam tempoh 14 hari kau setelkan medical check-up lah,  imegresen lah and so on. Orang nak study jauh mesti lah banyak benda nak kena buat. Nasib baik dalam Malaysia lagi, kalau pergi London aku tak tahu lah macam mana. Haha. 
13/6/2012, Rabu
Aku dengan Wan decide nak tidur rumah kau. Nak hantar kau pergi airport esok. Wahh meriahnya rumah kau!! Banyak barang untuk kenduri abang kau nanti. Abah kau pulak asyik buat lawak je. Penat aku dengan Wan gelak tahu. Sakit pipi ni haa. Makan nasi lauk tempoyak Mak buat, fuhh sedap gilaaa.. Tak tidur kita malam tu. Tapi kau tidur! Eii memang tak berubah perangai kau yang satu ni. Dulu masa kat asrama suka buat aku cakap sorang sorang rupanya kau dah tidur dulu. Kau tidur lagi 30 min nak pukul 3 pagi. Tapi pukul 3 pagi tu lah kita nak kena siap siap. 
14/6/2012, Khamis
Pukul 3 pagi dah bersiap nak ke airport. First time aku siap siap pakai baju sekolah time time macam tu. Sebab lepas hantar kau aku kena pergi sekolah pulak. Aku tak nak nangis time hantar kau!!! Haha.
Dalam pukul 4.30 pagi kitorang bertolak ke airport LCCT. Tu diaa dua buah kereta escort kau tauu.
Masa ni kau tengah nervous gilaa. Pucat muka kau. Masalahnya nervous kau tu berjangkit dengan aku. Aku pun nervous tapi tak tahu kenapa sampai sejuk tangan aku. Haha. Tak habis habis kau cakap "eii macam tak caya je dah nak pergi hari ni.."
Beberapa minit sebelum kau nak check-in. Time ni kan aku rasa macam nakk... Alahh kata tak nak nangis so relax dulu. Kebal tak aku. Haha. Perasaan bercampur baur, gembira+sedih+nervous dan yang sama waktu dengannya. 
Aku usha kejap time ni tengok ada berapa minit lagi sebelum kau berlepas. Haihh.. Lagi lah rasa macam nak.....:'(
Dan tibalah masa yang ditunggu tunggu. Kau dah nak pergi dah..:( Masa kau salam orang lain aku boleh kawal lagi air mata ni, tapi bila sampai turn aku. Arghh!!! Geramnya aku nangis jugak! Tapi Wan tak nangis. Wan kebal ohh. 
Dah kurang sorang.:( Nampak tak tu muka baru lepas nangis.? Haha.
Memandangkan kitorang balik awal dalam pukul 6 macam tu, kitorang balik rumah kau. Solat subuh kat rumah kau. Masa lepas solat subuh kan aku terpandang ni,
Automatik terus teringat kat kau :'(
Dalam pukul 7.10 pagi aku sampai sekolah. Abah kau hantar aku dengan Tiqa pergi sekolah. Sampai kat kelas aku teringat kau ada bagi aku surat malam tadi. Aku amik surat tu baca kat belakang blok F6. Tahu tak kenapa? Sebab aku tahu mesti aku nangis punya lah kalau orang tengok seganlah. Haha pandai kan aku cover.? 
Betul lah cantik tulisan kau *seperti yang dinyatakan dalam surat. Haha. Ell, terima kasih untuk segala galanya. Betul, kawan yang baik tu adalah kawan yang sentiasa mengingatkan kepada Allah, dan kau salah seorangnya. :)
Lepas ni dah tak ada lah orang nak bagi aku "surat cinta" lagi.:(
Seharian weh aku ngantuk kat kelas sebab malam tu aku tak tidur. Tak pelah, lepas ni bukan boleh lagi nak spend time macam ni. 
Hari yang sama aku cek rayuan UPU. Aku tak dapat pun. Lagi pun aku tak mengharap sangat sebab aku memang nak stay F6. Dan aku cek kau punya jugak. Aku kan hafal no I/C kau so aku cek lah. Okay aku tahu tu tak baik, sorry Ell :)  Dan keputusannya..
Kau dah ada kat Sarawak dah pun. Tup tup dapat pulak rayuannya. Alhamdulillah, murah rezeki kau Ell :) Aku pun tak dapat tau. Tapi kau memang nak stay sana kan? So jangan ubah fikiran. Tetapkan pendirian!
15/6/2012, Jumaat
Abah kau dah pesan kat aku dengan Wan, "walaupun Nana dah tak ada kat sini, datang lah.." So petang Jumaat tu aku datang rumah kau untuk rewang. Alahaii rasa macam ada kurang je bila kau tak ada.:( Nak tau tak Wan kan, dia buat request kat Mak suruh buat tempoyak tu lagi untuk kitorang tapau. Haha.
Cantik ohh pelamin. Suka tengok even tak siap sepenuhnya lagi time ni.
16/6/2012, Sabtu
Hari kenduri abang kau. Pukul 12.30 pm kitorang satu family+Wan sampai rumah kau. Tiqa orang first yang sambut kitorang (kalau tak mesti kau kan.?) 
Ni nasi kenduri yang kitorang makan, *saja kan aku ni nak show off pulak kat kau? Haha.
Aku baru nak balik abang kau baru sampai, so dapat satu je gambar. Btw, sampaikan ucapan selamat pengantin baru kat kat abang kau dengan Kak Ryn eh. Haha kalau tak menyusahkan lah. :)
Haih jauhnya kau.. Tapi jangan risau satu hari nanti aku dengan Wan akan sampai jugak ke sana, insyaAllah. Ingat pesan aku, jaga diri, jaga solat, jaga aurat, jaga batas dan jaga lah apa yang patut dijaga. Walaupun kita jauh dimata tapi dekat dihati. Take care Siti Nurliyana Bt. A.Rahim/Liyana Rahim/Ell/Nana/Adik/LANA :) Kamek sayang Kitak <3