Blogger Layouts

Saturday, February 25, 2012

Hafalan Shalat Delisa

السلام عليكم
Baru je beli novel ni tadi tapi tak start baca lagi. Sat naa nak promote dulu. *Iklan time!
Movie dia aku dah tengok dah. Sumpah sedih gila kot. Tu yang sanggup cari kat MPH sampai jumpa. Dan akhirnya jumpa jugak dan belilah dengan harga RM 19.90. Huh Indonesia bestseller tu. Okay ni sinopsis dia.
Hafalan Solat Delisa-Tere Liye
Delisa anak perempuan yang bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.
Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami yang datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah Delisa mampu tetap tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?
"Buku yang indah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah dan juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah." - Habiburrahman El Shirazi (Penulis bestseller Ayat-Ayat Cinta)
#Angah cakap,
"Along baru muka surat pertama dah nangis dah. Haha :D"

Thursday, February 23, 2012

♥Hijab dan Muslimah♥

السلام عليكم
Hijab dan Muslimah
Cerita I
Aku mula berhijab dari darjah 5. Ingat lagi dialog aku dengan Mama;
Me: Mama, kalau kaklong nak pakai tudung boleh tak?
Mama: Alhamdulillah, tapi ingat pakai tudung tu biarlah berkekalan ye :) 
Tapi aku ni macam on off je, gambar dalam I/C pun tak pakai tudung. Apa cer??? Bila dah naik sekolah menengah lagi lah banyak dugaannya. Alhamdulillah, kat SMK BBST diwajibkan memakai tudung bagi pelajar perempuan Muslim. Kalau tak aku rasa aku still free hair sampai sekarang. Ada hikmahnya disitu, bukan?? Masa Form 2 aku rasa dugaan dalaman aku tu terlalu berat. Aku hampir menanggalkan hijab. Mungkin aku terlalu ikut kawan kawan yang masa tu dah mula kena "culture shock". Fashionable bak kata diorang. Tudung tudung ni apa kelas. Dulu shawl, pashmina ni mana ada. Kalau ada pun tak famous lah. Pernah lah ada sorang mak cik ni dia cakap kat aku, "Kenapa muda muda dah pakai tudung? Tak boleh lah nak pakai lawa lawa." Hmm.. Dugaan.. Masa tu famous dengan Myspace, bila tengok picture member member yang dulunya berhijab molek, sekarang.. Haih~ Tapi aku selalu bermuhasabah diri; 
"Imma, apa yang kau buat tu dah betul dah. Jangan ikut diorang. Kesian Abah yang tanggung dosa kau."
Kata kata ni lah yang bagi semangat untuk aku berhijab sampai sekarang. Betul. Kesian kat Abah yang menanggung dosa dosa aku ni. Teringat pulak satu ayat ni;
"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."
Masya-Allah! Sedikit demi sedikit aku berubah. Dan akhirnya, hijab dan aku kekal bersama. Tak pernah sekali pun aku membuka auratku di depan lelaki yang bukan mahram. Alhamdulillah, Allah dah beri kekuatan itu kepada aku. 
"Ya Allah.. Berilah hambaMu kekuatan untuk terus menutup aurat dengan sempurna.. Teruskanlah memberi nur hidayah kepada ku agar ku beristiqamah dalam berhijab.."
Cerita II
Masa tu aku baru balik kerja. Tiba tiba Angah datang kat aku cakap;
Angah: Along I've got good news for you!
Me: What is it?
Angah: I am finally became a hijab-er, FOREVER!
Me: Alhamdulillah, akhirnya termakbul doa Along selama ni. *my tears came out. But how?!
Angah: Takde paksaan sesiapa pun. Kerana Allah. Ustazah Rosmawati cerita kat sekolah tadi, Ustazah cakap kita ni dah akhir zaman. Tak tahu lah kenapa dengan ayat tu tiba tiba Angah nangis then terfikir dosa dosa yang tak tutup aurat selama ni. Perasaan dia sangat lain. Mulai hari ni Angah akan terus bertudung, Insya-Allah. 
Pesanan buat adik tersayang, ingat pakai tudung bukan semata mata kerana berfesyen, kerana Allah. Tahu tak kenapa tiba tiba Angah rasa macam tu? Sebab Allah sayangkan Angah! DIA tak mahu Angah terus sesat. DIA nak pelihara Angah. Tahniah sebab Angah dah melaksanakan satu daripada syariat agama. Ingat, seseorang Muslimah itu umpama mawar berduri,  indah di pandangan namun sukar untuk dipegang :)
Tapi kan jauh disudut hati aku ni, aku teringin sangat nak bertudung labuh. Seriously! Cuma aku tak mampu nak buat. Aku takut tak boleh beristiqamah. Kenapa? Sebab aku rasa bila bertudung labuh ni sangat "selamat". Rasa macam sentiasa dilindungi oleh Allah. Aku sangat respect Muslimah yang bertudung labuh ni.. Semoga Allah pun bagi aku kekuatan untuk ke arah itu. Aminn..

Tuesday, February 14, 2012

Sejarah Valentine's Day

السلام عليكم
Sebagaimana yang kita maklumi, setiap 14 Februari merupakan Hari Kekasih atau dalam Bahasa Inggerisnya "Valentine Day".
Berdasarkan sejarah, (wikipedia) Santo Valentine Day atau lebih dikenali sebagai Valentine Day merupakan suatu sambutan yang diadakan setiap tahun pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Nama "Valentine" diambil sempena nama martir Kristian purba bernama Santo Valentine. Ditubuhkan pada tahun 496 M oleh Paus Gelasius, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969.
Antara fakta bersejarah tentang Valentine Day.
Kebanyakan martir Kristian purba pada zaman itu bernama Valentine, tetapi Valentine yang dimaksudkan pada 14 Februari ialah Valentine dari Rom dan dari Terni. Tidak ada unsur-unsur cinta dan asmara yang terdapat dalam riwayat hidup antara kedua-dua martir ini. Dalam pindaan Takwim Para yang Kudus Katolik Rom pada tahun 1969, Santo Valentine Day telah dipadamkan daripada Takwim Santo Rom Am dan telah diturun taraf. Ada juga sejarah mengatakan Valentine’s berasal daripada nama St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
Valentine Day mengikut pandangan Islam.
Islam sama sekali tidak pernah megiktiraf Hari Kekasih apatah lagi halal bagi kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya. Sebagai seorang muslim, mari kita renungkan firman Allah SWT;
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra: 36)
Maksud Firman Allah SWT disini, kita bukan sekadar melihat dan mendengar. Bukan juga sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana dan dimana, bahkan lebih daripada itu. Disebabkan oleh itu Islam amat melarang umatnya melakukan sebarang bentuk upacara yang mendorong kepada suatu kepercayaan yang lain atau dalam Islam disebut sebagai Taqlid. 
Hadis Rasulullah SAW;
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah SWT;
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Surah Al-Imran: 85)
Renung-renungkan dan selamat beramal :)
والله أعلم بالصواب

Thursday, February 9, 2012

When Mama talks about love..

السلام عليكم
Me: Angah dengan Akmal tu sweet kan Ma??
Mama: Ha tu lah pasal. Mama pun harap jugak Along dapat lelaki macam Akmal tu atau lebih baik lagi :)
Me: Haha entah lah Ma, Along pun tak tahu bila lah nak ada pakwe pakwe ni semua. *maybe along kahwin terus kot ma? haha. Bukan apa along malas nak fikirlah pasal ni semua. Rasa macam dah serik kena sekali dulu. Dalam fikiran Along sekarang ni nak sambung belajar then nak cari kerja yang menjamin masa depan. Ecehhhh~
Mama: Bagus bagus. Tapi kan Along, Mama rasa Along ni kena cari lelaki yang matang. Maksud Mama yang tua 2 3 tahun dari Along. Dan yang paling penting dia tu mestilah lah tinggi. Tinggi segala galanya lah. Tinggi ilmu pengetahuan, tinggi budi bahasa dan sebagainya. Lagi satu perangai Along ni "angin" sikit. Along ni sukar diduga. Kena lelaki sabar dengan perangai Along ni.
Me: Ehh ye ke Ma? Haha. Moody tak tentu pasal lah ni?
Mama: Kamu ler tu. Betul tak?
Me: Ye kot. *Dia lebih kenal siapa anaknya.
Mama: Mama suka sangat kalau budak lelaki tu berbudi bahasa. Sejuk hati Mama. 
Me: Ohh maknanya macam ni., kena tackel hati Mama dengan Abah dulu baru dapat tackel hati Along. Cenggitu?
Mama: Yup macam tu lah ceritanya.
Me: Hihihi.... 
Nak mencari yang sempurna itu tiada, cukuplah yang bersederhana sahaja.
To my future husband, love Allah SWT, Rasulullah SAW, and especially your parents before you love me. Thank you dear :)