Blogger Layouts

Tuesday, December 25, 2012

Qayyum ♥

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
My cousin, Qayyum- 5 years old
He really playful, friendly and witty boy. Such a cute kid you know. Sepanjang kami kat kampung, dia selalu cari aku dan angah. Katanya........
"Siang Qayyum suka Kak Alia (nama glamer angah kat kampung), malam Qayyum suka Kak Aim.." Hahahaha. Oh boleh pulak macam tu ye. :)
Malam sebelum kami balik ke Sepang, tiba-tiba dia dengan cousins yang lain masuk bilik. 
Danish-9 years old: Kak Aim, Kak Aim, Qayyum nak cium Kak Aim.
Me: Alalalalala...
Qayyum: *Blushing, malu-malu pulak. Hahaha
Me: Meh sini. Mmmuuuuah! *Pipi kanan, pipi kiri. 
Qayyum: *Terus lari keluar bilik. Lari. Haha. Suka naa dia..
Pagi tadi pulak, masa nak salam- salam tu semua, aku dengan angah cari dia. Rupanya tidur lagi. Ah tak kira nak kejut jugak. Nanti rindu..
Me: Qayyum, Qayyum.. Kak Aim dengan Kak Alia dah nak balik ni.. Bangun lah..
Qayyum: *Dia bangun terpandang kitorang terus salam and kissed kitorang. Aww.. Senyum je dia.. Then sambung tidur.
His mom said he's romantic boy. Dia pernah bagi kat mama dia bunga masa dia balik sekolah, sedangkan benda tu tak diajar pun kat sekolah. How pure his love eventhough he just a little kid.

Selamat Pengantin Baru

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Finally, everything's over.. Kenduri, balik kampung, kenduri, balik kampung and so on. Ulang alik, Selangor-Kedah-Terengganu ohh maiii.... Isn't a short journey you know. Kira-kira adalah dalam 5 kenduri yang aku pergi. *Ulang suara YANG AKU PERGI. Tu belum kira yang aku tak sempat nak pergi. Asal cuti sekolah je kahwin, asal kahwin je cuti sekolah. Sampai tak dan ceq nak blogging. Ikut kan hati ni macam-macam cerita nak diceritakan, dan sepanjang masa itu juga Twitter dan Facebook menjadi peneman. Aku subscribed lah internet. Fed-up jugak bila sampai kat sesetengah area tu line internet langsung tak dapat. Rasa macam gila membazir lah.. Sia-sia je RM 2. Sometimes ambil yang RM 3 untuk seminggu tapi 5MB je lah. Tak apa janji dapat internet. 
Right after my STPM ends, the next day we went to Kedah for "balik kampung" and for sure, kenduri. And for this kenduri I need to be a bridesmaid for the third time. Maybe? For your information, the dress that i wore for that kenduri was design by myself. :O Cool aite? I'm talented to be a fashion designer maybe? Hahaha. Wait, i think i already wrote about this before. Hmm, forget it.-___-
Okay, i've got some pictures here.
Kaklong Lida and Abang Zul's wedding. At Jitra, Kedah (Kenduri pihak perempuan)
Again, Abang Zul and Kaklong Lida's wedding. At Bandar Tasik Puteri, Rawang (Kenduri pihak lelaki)
For your information again, Abang Zul is a Leftenan Muda Maritim. That's why he wore like that. Bukan dia pakai suka-suka tau.
Few days later......
Che Ngah's akad nikah. At Bukit Antarabangsa, Ulu Klang.
The next day, Che Ngah's wedding. At Sg. Besi. She's model + stewardess. No wonder she's beautiful.
After all these kenduri, balik Kedah. Lagi. Untuk kenduri adik Abah merangkap pak cik aku jugak lah. Whoaaa. Kadang-kadang sampai rasa tak terkira berapa kali balik Kedah sepanjang cuti ni.  At first, balik sampai Sg. Petani je kat rumah Mak Long untuk kenduri pengantin pihak perempuan. Memandangkan rumah pengantin perempuan tu area sempadan Kedah-Perak kami pun stay kat Sg. Petani je untuk memendekkan lagi tempoh perjalanan. Tak balik sampai Alor Setar pun. Tapi, malangnya gambar tak ada. Aduhaii tak syok betul kalau story tak ada gambar. Dan pagi tadi, kami baru balik dari Alor Setar untuk kenduri pak cik aku. Hoyeaaahhhh!!!! This is the last kenduri for this year. Finally, im free!!! 
Mama Abah selalu pesan, kena pergi kenduri rumah orang, kalau tak nanti tak ada orang nak datang kenduri kita. Hmm...
Dalam masa yang sama juga, nenek saudara aku telah kembali ke Rahmatullah pada 19 November 2012. Al-Fatihah. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
This picture was taken a week before she passed away during her youngest son's wedding.
Allahurabbi..
By the way, selamat pengantin baru kepada pak cik dan mak cik ku ini. :)

Saturday, December 1, 2012

Singkap Personaliti di Sebalik Pelukan

Memeluk seseorang mungkin salah satu cara individu tersebut meluahkan perasaan. Namun begitu, di sebalik pelukan juga tersingkap satu rahsia yang mencerminkan keperibadian individu tersebut.

1. Mendakap
Memeluk dengan cara merapatkan badan atau mendakap menunjukkan individu tersebut seorang yang lembut, penyayang dan mengambil berat. Dia kelihatan kuat di luar walaupun hakikatnya hatinya terlalu rapuh dan sensitif. Bukan itu sahaja, dia juga akan sentiasa menyokong apa sahaja yang anda buat selagi terbaik buat anda. Dia pasti akan membuatkan separuh daripada masalah anda hilang saat meluahkan perasaan.

2. Merangkul
Ramai orang kata individu seperti ini kurang sensitif, walhal mereka cuma tidak tahu cara mengekspresikan perhatian tersebut. Akan tetapi, bila anda dalam kesusahan, dialah orang pertama yang akan datang memberikan bantuan. Pendek kata, dia sanggup melakukan apa sahaja  untuk orang yang disayanginya.

3. Melagakan pipi
Ingin mencari seorang sahabat dan juga pendengar yang setia? Inilah orangnya. Bila-bila masa yang anda perlukan, mereka akan sentiasa ada disisi. Luahlah apa sahaja, dia tidak pernah rasa jemu mendengarnya. Dia juga mempunyai nasihat-nasihat dan saranan-saranan yang hebat untuk memastikan anda sentiasa bersemangat. Tentang rahsia juga tidak perlu dirisaukan, semuanya disimpan kemas dalam genggamannya.

4. Menempelkan kepala
Kebiasaannya dia seorang yang tegas dan mempunyai sifat kepimpinan. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan seboleh-bolehnya mahu keinginannya tercapai. Disebabkan itulah anda dan sahabat yang lain mempercayainya untuk jadi seorang pemimpin.

5. Tangan terbuka
Seseorang dengan stail pelukan begini adalah individu yang ramah dan mudah bersosial. Selain tidak memilih rakan, dia juga mudah rapat dengan semua orang walaupun baru sahaja berkenalan. Orang lain juga senang dengan sikapnya.

6. Bergayut
Jika anda punya kawan begini, fahami bahawa dia adalah seorang yang sensitif dan manja. Silap-silap kalau anda ada masalah, dia akan menangis dahulu. Dia juga biasanya lebih mengenali sikap anda berbanding rakan yang lain.

*Sumber: Majalah Yezz, Ogos 2012