Blogger Layouts

Sunday, December 29, 2013

Diari Cikgu Imma: Selamat pagi cikgu! *gaya Upin & Ipin

Assalamualaikum

Finally i've got a job as a kindergarten teacher at Tadika Sri Anakanda Ixora. Setelah interview sana sini tak dapat-dapat at last kerja kat area taman aku ni jugak. Banyak jugak tadika yang aku usha-usha sebelum dapat yang kat sini. Dan akhirnya tadika yang last aku interview yang tu lah aku dapat. 

Alhamdulillah. Sementara nak tunggu result STPM so baik aku kerja dulu. Nak tunggu intake untuk degree pun lambat lagi. Kalau tak silap dalam bulan 9 atau 10 baru dapat tau. Kena dengan minat aku pulak tu kan insyaAllah boleh go on.

Memang aku ada impian nak buka kindergarten sendiri. Untuk permulaan, biarlah jadi cikgu dulu. Nanti tambah ilmu, sambung belajar. Baru boleh jadi cikgu besar. Haha.

Pagi tadi ada taaruf, sesi suai kenal dengan students dan parents semua. Apa yang buat aku terharu bila diorang panggil aku cikgu. Alahai.. Can you imagine that? They are so cute, nampak suci je muka masing-masing. Rasa semangat nak ajar diorang. 

Aku ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu, Sains, Iqra' dan Pendidikan Islam. Tadi dah briefing untuk cara nak mengajar, etika pemakaian sebagai seorang guru, dan sebagainya. Bila diterangkan macam tu, i feel like im the REAL teacher even though im just a temporary here. Hee. Merasa lah jugak jadi cikgu.

Education and safety is our priority. So, doakan aku supaya dapat mendidik anak bangsa dengan cemerlang, gemilang dan terbilang serta berdedikasi. Dan semoga anak-anak murid aku nanti tak meragam ke hyper sangat ke. Haish yang tu aku risau. 



Tuesday, December 17, 2013

Dont need make up, to cover up

Assalamualaikum.

Ntah kenapa tetiba topic ni boleh pop-out dalam kepala. Ni macam nak cerita bab kecantikan lah pulak. Emm lebih kurang la. Tapi i think it is more to penjagaan muka kot. Just for sharing. But im not the type yang jenis make up 24/7 or everytime nak keluar je mesti nak kena make up. NO! Honestly, i dont like it. Berat muka tau. Aku pun tak faham macam mana retis or model kat luar sana boleh tahan dengan eyeshadow lah, fake eyelashes bagai. Uishh tak tahan..

Ada beberapa sebab aku tak suka untuk ber make up:-
1. Berat muka. Nanti rasa mengantuk je mata.
2. Nak solat susah. Nanti nak amik wudhu' kena padam balik.
3. Amik masa yang lama.
4.Tak nampak natural.

Like seriously, im not a make up person. But i can and i do wear them. Tapi takde la selalu. Macam kalau ada special event ke apa takkan nak bagi muka pucat je. Tak mau la jugak kan. Just tipis and looks natural. Kan manis gituu.. 

Last week (or a few weeks ago) nak pergi interview kerja. Mama cakap:
"Along kena make up. Wajib!" 

Pergh dah jatuh hukum wajib dah. Haha. Terpaksalah aku make up pada hari itu. Lagi pun kerja yang aku apply tu agak mementingkan appearance so make up tu semua diambil kira. Tapi tak dapat jugak. Hm takde rezeki lagi. 

So as a girl, kita kena tau la jugak pasal kecantikan diri ni because its a girl thing. Tak pandai make up tak apa tapi jaga muka sebab tu aset weh! Hehe. Yes, i dont like it but skin care is important to me. 

Some of my friends ada tanya, pakai apa muka bersih? I said, seri innershine lah tu. *sambil jari menggedik kat pipi. Haha. K perasan.

Maybe sebab didikan mama dan abah yang mengajar anak anaknya untuk sentiasa nampak kemas dan cantik dari kecil so sampai ke besar benda tu dah jadi habit. Lagi pun menjaga kecantikan ni pun dapat pahala apa. Allah suka benda yang cantik. Kita hargai pemberian Allah namanya tu.

So, what you sholud do to make your skin stay beauty and flawless?
Currently, im using all Safi Balqis's facial care product. Ala-ala Shila Amzah gitu. Haha. Yeah i think Safi is very good and suitable for my skin. Dah 2 tahun pakai and alhamdulillah my skin is better now. Murah pun murah compared to other product yang lain. Made in Malaysia of course. And confirm halal serta boleh digunakan dalam solat.
Tudiaa kata-kata seorang duta Safi Balqis. Lol

For my lips, im using Lip Ice Sheer Colour or Vaseline Intensive Care for daily use. Even im using it while im sleeping to heal any cracks on my lips. Pedih woo kalau biarkan. Lagi pun aku tak suka biarkan bibir kering. Oh ya, im addicting to lip balm. Very much!

Tak susah pun nak jaga kecantikan ni janji istiqamah. Nak stay pretty pun kena istiqamah? Ha la kalau hangat-hangat taik ayam je kalau pakai product tu mana nak jadi. Oh ya jangan kerap tukar-tukar product. It'll damage your skin. Wash your face often and let it free without any make up. Stay natural because natural is beautiful. 

But, the most powerful and effective product is wudhu'. Sekurang-kurangnya 5 kali sehari sudah cukup membuatkan wajah berseri-seri. Plus, tak yah keluar duit pun! :]

Alright, the point is, appreciated your beauty girls. You're pretty in your own way. Kerana dirimu begitu berharga.

"Dont need make up, to cover up."-One Direction

Saturday, November 9, 2013

Graduation Day 2013

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Yeay! Saya dah graduated! Dan ini jugak kali kedua aku graduated dari sekolah BBST. Ingat masa form 5 tu dah tahun last kat sini, (kononnya berangan nak sambung diploma katakoo..) and at last aku sambung form 6. Tak merancang pun dan tak pernah terfikir untuk stay disini. Padahal masa last day SPM pun ada sorang member  aku ni siap merayu lagi ajak aku masuk form 6 and for sure lah masa tu hati aku masih belum terbuka, tapiii sekarang ni dia pulak yang study tempat lain and aku pulak yang masih kat sini. Apedaaa ajak orang tapi kau tinggal aku...:( Bukan pandang rendah kat form 6 tapi memang hati tu nak sambung diploma. So, peringatan buat adik-adikku, pilihlah form 6. Eceh ni macam promote pulak. Haha.
Ha sambung balik. Like i just said before ni kali kedua graduated masih di tempat yang sama macam aku pergi time form 5 tu. Dan aku jugak ada post pasal graduation day tu jugak. Bagi sesiapa mahu membacanya, Klik disini :)
Date: 30 October 2013
Event: Majlis Apresiasi Pelajar or a.k.a. Graduation Day (only BBST-ians will called majlis apresiasi)
Location: Auditorium Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, MOSTI, Dengkil, Sepang
Sepatutnya sorang pun tak boleh balik rumah dan kena bersiap dekat sekolah atas alasan keselamatan pelajar. Tapi aku ni disebabkan mengikut kawan-kawan, Zati, Miea, Farah dan Zack aku bersiap kat luar jugak. Saja je follow diorang ni, padahal boleh je nak bersiap kat sekolah. Tapi nak mandi punya pasal cari jugak lah inisiatifnya.  Bukan rumah orang lain pun rumah Cikgu Jun. Hehe cikgu pun berkomplot nampak tak. So kitorang pun bersiap kat rumah cikgu, mandi, make-up tu semua. 
Model baju raya
On the way to MOSTI.
Disebabkan mengikut cikgu, kitorang ni awal lah sikit dari orang lain. Dah awal tu kena lah tolong angkat jubah graduasi tu bawak masuk dalam auditorium. It is supposed to girls datang awal dari boys and solat zohor kat MOSTI and guys will come later. Tapi kitorang dah siap solat tu semua dan make-up untuk kali kedua baru lah gegirls datang. 
Ambil tempat masing-masing ikut ranking. Kalau tengok gambar diatas tu takde gambar aku tu maknanya aku bukan dalam ranking tu. Yang dalam gambar tu semua top student. Aku yang tak berapa nak top belakang sikit je dari diorang. Hehe.
Here, this talented girl Farisha Asmadi or nama retisnya Irish. Budak Idola Kecil 4 and dapat no.2. Biasa kalau ada apa-apa event kat sekolah mesti dia akan perform. Dan selalunya mesti best!
Memori Tercipta
Bahagiamu Deritaku. Just an instrumental song from SMK BBST Music Club.
Dua-dua video ni aku dah upload kat channel youtube aku. Hehe.
Menunggu nama seorang demi seorang untuk naik ke pentas. 
Dah selesai terima scroll tu, apa lagi sesi bergambar lerr..... Disebabkan kitorang ni form 6 dapat lah pakai jubah tu lama-lama. Form 5 tak boleh. You all kena bagi chance kat kakak abang yang nak keluar dah ni. Heee..
 With Penolong Kanan Pra-U, Puan Rohani Othman
 With my cikgu sejarah, Puan Junaida Salleh 
 With my MUET teacher, Madam Noor Razalina Rashid


See you di IPT, kawan-kawanku!
All the best!

Sunday, October 27, 2013

Collecting the moments

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh
Sebenarnya aku tak tau nak story apa. Tapi tetiba teringin nak menaip. I can't sleep act......:( Baru  je lepas study. Maklum lah nak menempuh perang yang besar lagi menakutkan tu lagi berapa hari je lagi. Jadi aku hanya mengikut sahaja kemana jari jemari ku menaip di atas keyboard.
Tak caya jugak sebenarnya aku ni dah pun nak habis sekolah. Lepas ni dah tak merasa lagi dah alam persekolahan. Takde dah Form 7 ke Form 8 ke. This is really my final as a school student. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan result pun cemerlang dapat lah sambung degree. Amiin ya Allah.. 
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhair. Birahmatikaya arhamarahimin.."
-Ya Allah permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan dipersulitkan.-
Sesungguhnya, terlalu banyak kenangan yang telah aku lalui sepanjang berada di Form 6. Life Form 6 ni jauh berbeza dengan aliran perdana (Form1-5). Even aku ni dari dulu memang dari sekolah yang sama. Kata kawan aku, bila dah masuk Form 6 ni ukhuwah sesama kawan pun dah lain. Macam family. Macam adik-beradik. Gaduh, berselisihan pendapat, bertekak tu benda biasa lah bagi kita. Tapi takde pun nak amik serius kan. 
Kumpulkan memori sebanyak yang boleh pada hari-hari terakhir di sekolah. Buat baik dengan semua cikgu dan maafkanlah segala kesilapan kawan-kawan. Enjoy it. You'll never forget this moment. This is what i am doing right now.
Last but not least, may Allah ease everything in our final battle. 


Events

Salam 'alaik :)
Masuk je bulan 10 banyak gila events. Eceh takde la banyak. Dalam 5 events camtu. Busy. Exam pulak makin dekat. Tapi takpe la.. Dah nak habis sekolah pun. Lepas ni dah takde dah nak pakai baju sekolah, datang sekolah, ikut peraturan sekolah. Collecting the memories, as much as we can get! 

Date: 5/ 10/ 2013
Event: Persona Personaliti Agung
Location: SPRM, Putrajaya

Date: 17/10/ 2013
Event: Kenduri Perdana+Sambutan Raya Haji
Location: SMK BBST


Date: 18/10/ 2013
Events: Prefect's Annual Dinner
Location: Dewan Sanggar Wacana, SMK BBST


Date: 23/10/2013
Event: Pre-U's Annual Dinner
Location: Red Wok Restaurant, Bandar Baru Bangi

Sunday, September 8, 2013

Marriage in Islam

How to deal with women, if you're man enough
When she hits you or pushing you- Hold her hands.
When she get angry- Just hug her.
When she be silent- Ask her what is the problem.
When she ignore you- Give her attention.
When she asked you about something- Don't neglected her.
When she want to get away from you- Don't agree with her opinion.
When you see her in a worst situation- Tell her, "You're beautiful."
When you see her cry- Kiss her head and tell her, "I love you a lot."
When you feel her scared- Protect her.
When you see her jealous- That's mean she loved you more than you imagine.
When she says to you, "I love you"- That's mean she have feeling to you more than you think.
When she looks into your eyes- Don't turned your eyes until she turned first.
"They are a garments for you, and you are a garments to them..."
Surah al-Baqarah [2:187]
By getting married, you're not just getting a wife, you're getting your whole world. From now until the rest of the days, your wife will be your partner, your companion and your bestfriend.
She will share your moments, your days, and your years. She will share your joys and sorrows, your succesess and failures, your dream and your fears.When you are ill, she will take the best care of you. When you need help, she will do all she can for you.
When you have a secret, she will keep it. When you need advice, she will give you the best advice. She will always be with you, when you wake up in the morning, the first thing your eyes will see will be hers. During the day, she'll be with you. If for a moment, she is not with you by her physical body, she'll be thinking of you, praying for you with all her heart, mind and soul. When you go to sleep at night, the last thing your eyes will see will be her. And when you're asleep, you will still see her in your dreams. In short, she will be your whole world and you will be her whole world. 
It requires that a husband and wife should be a garments for each other. Just as garments are for protection, comfort, show and concealment for human beings, Allah expects husbands and wives to be one for another. 
"And one of His signs is that He created mates for you from yourselves that you may find tranquility in them, and He put you between love and compassion; most surely there are signs in this for a people who reflect."
Surah al-Rum [30:21]
*Source: Facebook

Sunday, August 11, 2013

Ward 105, NCI Hospital

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Selamat hari raya yang ke empat buat muslimin muslimat sekalian.:) Masing-masing masih dalam mood raya ye dak? Aku pulak raya macam biasa je. Memandangkan duit raya pun semakin berkurangan seiring dengan peningkatan umur jadi aku telah mendapat satu hipotesis;
"The increasing your age, the less your "duit raya" you will get."
Agak-agak ada tak orang sebaya aku ni dapat duit raya above RM 100? Siapa yang dapat tu memang muka baby face agaknya. Ni yang jeles ni. Ia membuatkan diriku terasa tua. Huh!
Sebenarnya, bukan lah point pasal duit raya yang aku nak cerita. Fyi, dah 14 tahun tak pernah admit hospital and for the first time semalam dapat lah jugak merasa sekali lagi masuk ward. Means ni second time lah. Act, tak lah serious mana pun. Ceritanya bermula petang semalam. Tettiba je rasa macam badan lemah. Rasa macam badan dicucuk-cucuk. Ala macam badan orang nak demam tu. Tapi tak panas lagi. Pastu mula rasa pening kepala. Pergh berdenyut-denyut kepala haa. Tahan je lah. Tak lama tu badan dah start panas. Secara tiba-tiba badan panas gila bak kata adik aku lah. Aku yang merasa ni menggigil-gigil. Punya lah sejuk teramat. Tiga lapis baju aku pakai+selimut macam tak ada apa-apa effect pun. And then mama bagi painkiller. Berapa minit lepas tu aku muntah dengan ubat tu sekali keluar. Petang tu juga keluar pergi ke NCI Hospital. Well, nampak macam ngada-ngada demam sikit nak pergi hospital bagai tapi sebenarnya takut sebelum jadi  lebih parah- denggi. Takut jadi macam mama dulu pernah kena denggi berdarah. So, prevention is better than cure right?
After admitted to ward, badan lemah lagi ni tapi nak jugak bergambar dengan abah. Ahha macam excited pulak masuk hospital ni. Macam ni lah gaya orang yang jarang-jarang sekali masuk hospital. 
Rasa sakit jugak mula-mula. Dah lama-lama rasa rimas pulak. Ke hulu ke hilir bawa tiang penyangkut benda alah tu. Sampai nak solat pun tanya ell. Macam mana lah nak solat dengan jarum dengan wayar kat tangan. At last solat duduk lah. Islam itu mudah kan?
Ni lah nurse yang begitu setia menjagaku. I really owe her so much! Lol :D Thank you angah and mama! *sorry mama takde gambar :(
Ell's family terima kasih kerana melawat. Hilang rinduku terhadapmu sahabat. Sahabat dunia akhirat :)

Wednesday, August 7, 2013

Eid 1434



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Dah settle kemas, buat kuih, mop lantai dan yang sama waktu dengannya akhirnya aku berjaya untuk mencuri sedikit masa untuk berblogging. Hari ni 29 Ramadhan 1434H, hari terakhir kita berpuasa. Sebulan puasa satu cerita pun aku tak update kat blog ni. Huh angan-angan je lah nak jadi famous blogger macam Maria Elena kalau diri tu malas nak menaip. Haha. Tapi kan memang betul tau aku ni memang malas nak update. Melainkan tiba-tiba mood aku datang haa masa tu jangan nak halang laa. Mencurah-curah idea datang.
So this what are we did during ramadhan,
Iftar with pre-u students and ex form 6 SMK BBST
 
Ha yang indian ni kan nama dia Sahanna Michael. Dia kristian. For the first time time hari kita buat iftar tu dia puasa sekali dengan kitorang. Tak sahur pulak tu.  And she did well! Congrats Shana!
 
Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Ni semua gambar last masa hari khatam quran. Terima kasih kepada semua yang terlibat. 
 
Ehh siapa ni? Dah la mata bengkak. Haha dugaan bulan puasa. Dengan demamnya lah, sakit mata lah. Dan-dan lah kena ketumbit. Tak pasal-pasal kena tuduh cakap aku intai orang mandi. Daaa siapa je aku nak intai? Haha. 
For your information, tahun ni aku beraya di Sepang. Tak balik mana-mana pun sama ada Kedah mahu pun Terengganu. Hmm sedih lah jugak tak dapat beraya kat kampung sebab esok pagi sebelum solat hari raya tu abah dah kena pergi kerja. Haih dengar suara nenek telefon pun aku dah sebak, belum dengar takbir raya lagi ni. Buka twitter tengok ada orang update tengah buat kuih dengan sedara lah, main bunga api lah bla bla bla.. Buka instagram tengok ada orang post gambar kat highway, nak cakap yang dia tu on the way nak ke kampung lah tu. Saja buat aku jealous.  Aaaaa nak raya macam tahun lepas... Nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan.
Esok 1 Syawal 1434. Harap ramadhan yang baru meninggalkan kita memberikan kesan positif dan penuh makna kepada kita semua. Kepada yang mengenali diri ini, salam aidilfitri dan mohon ampun sekiranya ada salah silap. Selamat hari raya semua!!!