Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Selamat hari raya yang ke empat buat muslimin muslimat sekalian.:) Masing-masing masih dalam mood raya ye dak? Aku pulak raya macam biasa je. Memandangkan duit raya pun semakin berkurangan seiring dengan peningkatan umur jadi aku telah mendapat satu hipotesis;
"The increasing your age, the less your "duit raya" you will get."
Agak-agak ada tak orang sebaya aku ni dapat duit raya above RM 100? Siapa yang dapat tu memang muka baby face agaknya. Ni yang jeles ni. Ia membuatkan diriku terasa tua. Huh!
Sebenarnya, bukan lah point pasal duit raya yang aku nak cerita. Fyi, dah 14 tahun tak pernah admit hospital and for the first time semalam dapat lah jugak merasa sekali lagi masuk ward. Means ni second time lah. Act, tak lah serious mana pun. Ceritanya bermula petang semalam. Tettiba je rasa macam badan lemah. Rasa macam badan dicucuk-cucuk. Ala macam badan orang nak demam tu. Tapi tak panas lagi. Pastu mula rasa pening kepala. Pergh berdenyut-denyut kepala haa. Tahan je lah. Tak lama tu badan dah start panas. Secara tiba-tiba badan panas gila bak kata adik aku lah. Aku yang merasa ni menggigil-gigil. Punya lah sejuk teramat. Tiga lapis baju aku pakai+selimut macam tak ada apa-apa effect pun. And then mama bagi painkiller. Berapa minit lepas tu aku muntah dengan ubat tu sekali keluar. Petang tu juga keluar pergi ke NCI Hospital. Well, nampak macam ngada-ngada demam sikit nak pergi hospital bagai tapi sebenarnya takut sebelum jadi lebih parah- denggi. Takut jadi macam mama dulu pernah kena denggi berdarah. So, prevention is better than cure right?
After admitted to ward, badan lemah lagi ni tapi nak jugak bergambar dengan abah. Ahha macam excited pulak masuk hospital ni. Macam ni lah gaya orang yang jarang-jarang sekali masuk hospital.
Rasa sakit jugak mula-mula. Dah lama-lama rasa rimas pulak. Ke hulu ke hilir bawa tiang penyangkut benda alah tu. Sampai nak solat pun tanya ell. Macam mana lah nak solat dengan jarum dengan wayar kat tangan. At last solat duduk lah. Islam itu mudah kan?
Ni lah nurse yang begitu setia menjagaku. I really owe her so much! Lol :D Thank you angah and mama! *sorry mama takde gambar :(
Ell's family terima kasih kerana melawat. Hilang rinduku terhadapmu sahabat. Sahabat dunia akhirat :)