Blogger Layouts

Saturday, January 18, 2014

Jazakallahu khairan kathira


Assalamualaikum.

I just wanna share how happy i am. Hehe. A few days ago, i got a present from someone that i never expect. Nak kata rapat sangat tidaklah but i feel special. Dan kebetulan hari yang dia beri tu masa Maulidur Rasul. I feel blessed. Just a perfect coincidence. 
"Sanah Helwah Immazaitul Nur Aim!!
Semoga Imma terus istiqamah dalam menuju ke jalan Allah. InsyaAllah.
Sayang Imma selalu. :)
Daripada sahabatmu, (Identiti dirahsiakan)"

Walaupun hari jadi bulan 3 nanti tapi hadiah dah sampai dulu. Hadiah yang sangat istimewa. Hadiah yang memang dah lama aku idamkan. Unexpected present from unexpected person. Moga Allah memeliharamu. Moga Allah merahmatimu. Moga Allah melindungimu dunia dan akhirat. Moga setiap kali ayat ayat Quran ini dibacakan pahalanya turut masuk didalam "saham akhirat" mu. InsyaAllah.. Thanks for fulfil one of my wish came true. Jazakallahu khairan kathira :)

Gembira tu jangan cerita lah. Masa mula mula dapat tu masyaAllah punyalah happy teramat. Melompat lah kita ni pun. And suddenly the tears dropped. Ya Allah, ni air mata kegembiraan ni. Dan "si dia" yang memberi turut menangis. Terharu mungkin.

Teringat ada satu kisah yang pernah aku alami dulu. 2 tahun lepas mungkin. Masa aku kerja part time kat LCCT dulu. Kisahnya begini..

Hari tu tersangatlah penat. Customer ramai gilaa. Sampai tak dan nak duduk. Then, sampailah waktu solat asar. Penat penat macam ni solat tetap kena buat. Time tu dalam surau ada aku dengan ada sorang aunty ni. Rasanya dalam 50-an macam tu.

Selepas solat, aunty tu tegur aku.
Aunty: Dik, maaf lah mak cik nak tegur. Tadi adik solat ternampak kaki.
Me: Oh yeke. Em takpe. Kain saya ni dah senteng sikit kot. Erm kena solat balik ke?
Aunty: Sepatutnya kena gantilah.  
Me: (Dengan perlahan aku mengeluh, *Aduhhh.. Dah la penat tadi kerja..)
Aunty: Takpe lah dik. Allah tu nak bagi pahala lebih kat adik hari ni. (Senyum. Maybe dia bagi semangat kat aku untuk solat semula)
Me: Baiklah. Saya solat semula ye. 
Aunty: Dik, sini jap. Cuba pakai kain mak cik ni muat tak. (Dia suruh aku test kain telekung dia)
Me: Eh mak cik. Kenapa?
Aunty: Kalau muat ambil lah buat pakai selalu.
Me: Ya Allah, mak cik. Biar betul ni? Terima kasih sangat sangat!
Aunty: Nanti setiap kali pakai telekung ni doa kan lah mak cik selalu.
Me: InsyaAllah.. Eh mak cik pernah pergi umrah dengan telekung ni sebelum ni? (Sebab perasan kat belakang telekung tu ada tulis   مَالِيزِيَاَ = Malizia)
Aunty: Ya.
Me: Ya Allah, saya teringin sangat nak pergi sana. Ni ambil berkat ni. Doakan saya untuk pergi sana jugak ye.
Aunty: InsyaAllah.. Satu hari nanti giliran adik pulak kesana.
Me: Mak cik nak fly dari mana nak kemana?
Aunty: Dari Ho Chi Minh nak balik Terengganu.
Me: La kampung saya pun kat Terengganu.
Aunty: Sekampung lah kita ni nampaknya. Hahaha
Me: Haha. Em mak cik terima kasih banyak banyak untuk telekung ni ye.
Aunty: Sama-sama. Mak cik gerak dulu. Nak naik flight dah ni.
Me: Oh okay. Hati-hati mak cik. Assalamualaikum. (Salam)
Aunty: Waalaikumussalam..

Pertemuan yang ringkas telah membentuk satu ukhuwah. :)

Sebenarnya, masa tu aku terfikir nak beli telekung baru memandangkan telekung lama semakin lusuh. Tapi Allah dah memudahkan kerja aku. Allah membuat "special delivery" melalui seseorang yang aku tak pernah kenal sebelum ni untuk hadiahkan telekung yang sangat istimewa.
Untill now, im still hoping that i will meet that aunty again someday. Tapi masalahnya aku dah lupa muka dia. Halaaaa... Jangan risau, satu hari nanti pasti bertemu. InsyaAllah..

Bila kita cuba berubah ke arah kebaikan, Allah selalu permudahkan urusan kita melalui pelbagai cara sama ada kita sedar atau tidak. Allah menghantar sahabat-sahabat yang baik untuk membantu kita saat kita memerlukan. Allah itu sentiasa ada dengan kita. Dan sekarang aku sedar, Allah menggantikan kekecewaan yang aku alami dulu dengan kebahagiaan yang penuh dengan kemanisan iman.

Thursday, January 2, 2014

The first chapter


Assalamualaikum

Hello 2014 and welcome adulthood! Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ni. Rasa macam kejap je. Pejam celik pejam celik dah 2014. Sedar-sedar dah 20 tahun anak dara Encik Naim dan Puan Kamsiah ni. Dah besar dah dia. Dah boleh kahwin dah ni. Ehh? Haha.

Actually, tidak menjadi kesalahan pun jika seseorang itu nak kahwin muda. Malah sangat digalakkan. Cuma orang kita ni lah. Typical Malaysian kann.. Suka sangat judge orang itu ini. Well, orang kita sangat pakar dalam menilai sesuatu. Asal nak kahwin muda je kata gatal lah itu lah ini lah. Asal hantaran murah je kata tak laku. Bila hantaran tinggi jual anak katanya. See!! Nampak tak sikap orang-orang kita yang suka "judge a book by its cover"?

Bagi aku, lantak pi lah kau nak kahwin awal ke lambat ke, asal kau rasa dia jodoh terbaik untuk kau, kewangan yang kukuh dan yakin dia boleh membimbing kau (for girls), teruskan menikah. Eceh ayat aku macam orang dah berpengalaman. 

But, wait. Asal tetiba cerita pasal kahwin ni? Baru nak masuk 20 Imma. Hahaha
Nak cerita benda lain sebenarnya tapi dah terpesong jauh pulak.

I've learned a lot in 2013. I've learned which one is true or fake in many things. This year i loved. This year i've lost. This year i've change. This year was hard. Hard, but i learned a lot. I've learned that people be fake. I've learned that people can hurt you a lot or can hurt you just in a blink of eyes. I learned that good people can change in a minute when their hearts get broken. I've met great people, but mean people as well. But, the most important thing I've learned is that every person is strong enough to let go. To let go of that painful past of yours that broke your heart into million pieces. People come and go, that's life. The most important thing is to stand up and realize that you deserve something better than a person than a person who gives up on you.



People changed. Love hurts. Things go wrong but the true friends stayed. But, just remember that life goes on.

For this 2014 and the new phase of my age, i'll learn to be independent. I'll learn to be more mature. I'll learn to not too easily trust and hoping in order to avoid from getting hurt again. 

Ya Allah, may YOU ease everything that I'll do throughout this year. Amiin..

This is the new me, This is me, Imma Naim :)