Blogger Layouts

Tuesday, June 17, 2014

OlaBola World Cup


Assalamualaikum.

Aku tak boleh tidur. Ianya tersangat lah berbahang dan ia membuatkan aku berpeluh. Dan bila berpeluh susah nak tidur. Dan bila tak tidur disini jugak kesudahannya. Dengan harapan lepas aku update satu entry dapat lah tidur dengan nyenyaknya.

Aku buka twitter semua duk tweet pasal bola. Portugal vs Germany. Yeah as we know sekarang tengah trending pasal World Cup kan.. Tak kira lah lelaki ke perempuan ke. Nowadays, bola tu dah macam favorite game bagi depa pulak.

And girls, we all knows that girls sekarang bukan macam girls yang dulu lagi right. Undeniable, there's so many football fans among girls and woman out there. Great! Bagus juga lah
korang amik tau pasal bola ni. Setidak-tidaknya bila ada orang tanya korang ada lah knowledge pasal bola ye dak?

But there's some girls are pretend to like football. Motif? Entahlah deknon.. Maybe nak ikut perkembangan semasa la kot. Okay that's acceptable. Tapi ada jugak yang pesen duk ikut boipren. Apa yang boipren minat yang tu lah dia minat jugak. Dan ada jugak pesen yang tengok bola sebab nak tengok player je. Mementang la Christiano Ronaldo tu handsome, dan dan tu jugak lah sokong Portugal. Lol.

Tapi aku salute jugak jenis girls yang layan bola ni. I mean tengok bola betul-betul bukan tengok player la. Why? Because i think they're cool! You know what, aku bayangkan bila girls macam ni kahwin, when they have a conversation with their husband, at least they have points to talk about it. Siap nak argue pun boleh. Takde la krik krik.. Plus kalau ada game tengah-tengah malam ke dia boleh temankan husband dia tengok bola. Then pakai jersi bola sama team. Atau pun tengok bola kat stadium ke. I think that's sweet.

Tapi macam aku ni... Halaaaa *face palm* I can't force myself to like something that i don't like. Terfikir la jugak, baya-baya umur aku ni aku sorang je ke yang jenis tak tengok bola? Sebab aku rasa kawan-kawan perempuan aku semuanya jenis layan bola.

Okay to be honest la kan, ceritanya dulu pakcik aku duduk sekali kat rumah aku. Dia memang fanatik dengan bola. So bila ada game kadang-kadang aku layan la jugak dengan dia. Kadang- kadang aku main PS2 game bola dengan dia. Percaya tak? Tapi tu semua dulu. But then pakcik aku pindah rumah. So aku pun jadi kurang tengok bola sampai sekarang. Cuma bila aku rasa nak macam nak tengok baru la tengok. Rasanya minat tu dah tahap minimum yang teramat la.

Bila tahap minat terhadap bola yang minimum+kritikal ni bukanlah bermaksud aku tak amik tau langsung pasal bola. Amik tau la jugak sikit. Paling-paling malas on twitter tengok apa vs apa time ni. Then tengok siapa menang and score dia. Dah cukup. Macam aku cakap tadi, at least bila orang tanya sedikit sebanyak aku tahu lah jugak kan. Daripada terus krik krik. Tapi tu just untuk knowledge aku je.

I was thought about this, what if someday i will get married with someone who's really fanatic about football. But me harammm nak tengok bola pun tak mau. Kesian la pulak. Hmm.. Maaf ye awak.:(

Monday, June 9, 2014

Kegagalan


Assalamualaikum.

Suatu ketika dahulu, kita semua pernah tersungkur. Kita semua pernah berada dibawah. Atau mungkin juga sekarang ada diantara kita di ambang kejatuhan. Tak kiralah bagaimana pun bentuk atau plot penceritaan liku-liku kehidupan semuanya berpaksikan pada satu tema iaitu kegagalan.


Ada diantara kita yang berlatarbelakangkan kisahnya yang dahulu seorang yang pernah gagal dalam peperiksaan.

"Kata mereka, TIDAK LAYAK UNTUK KE MENARA GADING."

Sedangkan rezeki itu Allah punya kuasa. Siapa engkau dengan penuh lagaknya melontarkan kata sebegitu rupa?

Dengan hinaan dan cacian itu, maka bangkitlah semangat dalam diri dan akhirnya menjadikan beliau seorang insan yang luar biasa.

Bumi itu bulat. Roda sentiasa berputar.

Bukalah wahai mata, insan yang kau hina itu sedang bergembira!



Gagal dalam percintaan tidak kurang hebat kisahnya.

Pernah berjanji sehidup semati.

Susah senang katanya bersama tinggal memori.

Janji yang dihembuskan tidak lagi ditepati.

Awalnya nampak saja manis.

Hakikatnya, dikhianati.

Tidak mahu disakiti lagi,

akhirnya membawa diri.

Diari kehidupan yang baru mulai dilakari.

Sakit, pedih, perit awalnya dirasai.

Namun, apa peduli?

Kaki itu terus melangkah pergi.

Peluang kedua tidak akan diberi.

Celiklah wahai hati, bahagia sudah insan yang tersakiti ini!



Apa yang berlaku, jadikan pengajaran. Semoga tidak berlaku di kemudian harinya. InsyaAllah..

[Aku taip memang ada kena mengena dengan life aku sendiri. Tapi ingat ye, aku tak mention siapa-siapa pun. Nak terasa ke nak apa ke lantaklah. I have rights to write anything to my own blog. Oh btw, cili pedas bukan?]