Blogger Layouts

Monday, June 9, 2014

Kegagalan


Assalamualaikum.

Suatu ketika dahulu, kita semua pernah tersungkur. Kita semua pernah berada dibawah. Atau mungkin juga sekarang ada diantara kita di ambang kejatuhan. Tak kiralah bagaimana pun bentuk atau plot penceritaan liku-liku kehidupan semuanya berpaksikan pada satu tema iaitu kegagalan.


Ada diantara kita yang berlatarbelakangkan kisahnya yang dahulu seorang yang pernah gagal dalam peperiksaan.

"Kata mereka, TIDAK LAYAK UNTUK KE MENARA GADING."

Sedangkan rezeki itu Allah punya kuasa. Siapa engkau dengan penuh lagaknya melontarkan kata sebegitu rupa?

Dengan hinaan dan cacian itu, maka bangkitlah semangat dalam diri dan akhirnya menjadikan beliau seorang insan yang luar biasa.

Bumi itu bulat. Roda sentiasa berputar.

Bukalah wahai mata, insan yang kau hina itu sedang bergembira!



Gagal dalam percintaan tidak kurang hebat kisahnya.

Pernah berjanji sehidup semati.

Susah senang katanya bersama tinggal memori.

Janji yang dihembuskan tidak lagi ditepati.

Awalnya nampak saja manis.

Hakikatnya, dikhianati.

Tidak mahu disakiti lagi,

akhirnya membawa diri.

Diari kehidupan yang baru mulai dilakari.

Sakit, pedih, perit awalnya dirasai.

Namun, apa peduli?

Kaki itu terus melangkah pergi.

Peluang kedua tidak akan diberi.

Celiklah wahai hati, bahagia sudah insan yang tersakiti ini!



Apa yang berlaku, jadikan pengajaran. Semoga tidak berlaku di kemudian harinya. InsyaAllah..

[Aku taip memang ada kena mengena dengan life aku sendiri. Tapi ingat ye, aku tak mention siapa-siapa pun. Nak terasa ke nak apa ke lantaklah. I have rights to write anything to my own blog. Oh btw, cili pedas bukan?]

2 comments:

M said...

deep.

Imma Naim ♥ said...

Haha. Not really. It just my spontaneous thought