Blogger Layouts

Wednesday, December 30, 2015

Secebis Iman


Egokah diri ini?
Tidak mencari keredhaan Ilahi?

Beku air mata kerana kerasnya hati
Dosa yang menghitamkan qalbi

Kerana terleka dengan keindahan duniawi
Hingga terlupa ajal semakin menghampiri

Kerana diri ini sudah kejauhan
Rapuh dan penuh kekhilafan

Nama Mu meniti dibibir sepanjang perjalanan
Memuji dan berzikir kepada Ya Rahman

Diri ini masih kejahilan
Namun masih mengharapkan pengampunan

Secebis iman yang masih berbaki
Taubat lahir dari hati yang mati

Kedinginan wudhu' yang menitis
Hamparkan sejadah abdikan diri

Tunduk sujud merendahkan hati
Memohon keampunan dari Allahu Rabbi

Imma Naim, 2015

Sunday, December 13, 2015

Untitled


Assalamualaikum, hye!
Tudiaa bak hang.. Dari awal sem minggu 1 sampai minggu 13 sekali pun tak update blog. Dah nak final dah cik kak. Preparation? Jangan tanya!

Alhamdulillah sem ni berjalan dengan lancar. Sem ni dah start amik minor. Minor in music. What i can say about this course, hmm ya a little bit hard. Tapi tu lah mana ada belajar senang. And because of music is my passion ku gagah kan jua untuk teruskan minor ni. InsyaAllah lepas ni tinggal nak pulun untuk final. Semoga dipermudahkan. 

Sem ni jugak aku serumah dengan orang kuat kolej. MMK aka Majlis Mahasiswa Kolej. Even roommate pun MMK jugak. Housemate yang lain pun berjawatan jugak. Aku? Ermm.. Hahaha. Since serumah dengan diorang ni aku boleh nampak la jadi MMK ni tak la mudah yang disangka. Mana nak buat program nya, nak bahagi masa untuk study lagi, assignment, presentation, quiz and bla bla bla.. Salute la kat kawan-kawan aku!

Oh yes, Angah pun dah sambung study kat Politeknik Merlimau, Melaka. I hope she can manage herself there. Manage her time well. And be more independence. Dont worry, Mama Abah, one day we'll make both of you be proud of us! :)
Doakan kami.


And this month,
Happy 1 year