Blogger Layouts

Wednesday, December 30, 2015

Secebis Iman


Egokah diri ini?
Tidak mencari keredhaan Ilahi?

Beku air mata kerana kerasnya hati
Dosa yang menghitamkan qalbi

Kerana terleka dengan keindahan duniawi
Hingga terlupa ajal semakin menghampiri

Kerana diri ini sudah kejauhan
Rapuh dan penuh kekhilafan

Nama Mu meniti dibibir sepanjang perjalanan
Memuji dan berzikir kepada Ya Rahman

Diri ini masih kejahilan
Namun masih mengharapkan pengampunan

Secebis iman yang masih berbaki
Taubat lahir dari hati yang mati

Kedinginan wudhu' yang menitis
Hamparkan sejadah abdikan diri

Tunduk sujud merendahkan hati
Memohon keampunan dari Allahu Rabbi

Imma Naim, 2015

No comments: