Laparrr. Makanan dah habis. Nak tak nak aku nak jugak makan something untuk alas perut. Aku nampak megi ramen. Pe lagi aku masak laa. Pedas pun pedas la asalkan perut aku kenyang malam ni. Bahagia betul aku sejak cuti sem ni. Asal lapar je makan. Kalau kat kolej ni elok je aku tahan perut sampai pagi esok. Balik rumah jadi camni pulak. Takut jugak nak check berat kat penimbang. Kadang-kadang kan aku terperasan ada double chin rupanya aku ni. Kah!
Habis buat ramen tu tetiba aku terfikir. Rasa macam nak buat challenge kat diri sendiri. Apa kata kalau makan megi ramen ni but no water? Alang-alang makan sorang aku pun try la makan tanpa berulamkan air. Lepas ni boleh la action depan adik-adik aku. Hahahaha!
Elok pulak aku makan megi ni kalau tak minum air? Patut la ada orang cakap tak pedas. Takde la pedas mana pun. Apasal masa first time aku makan kemain merah bibir aku? Maksudnya, kalau once kita dah start minum air time tu yang start jadi pedas. Camtu la kot teorinya. Pastu pedas dia pun cepat je hilang. So aku berjaya makan megi ramen tu sampai habis. Satu kejayaan!
By the way, kepada yang masih meragui status kehalal-an megi ramen ni toksah lah makan (sila semak page Bahagian Hab Halal, JAKIM untuk lebih penjelasan) And toksah lah potong selera orang yang nak makan. Hormatlah orang yang nak menjamu selera. Anda tak mahu makan itu hak anda.
"Lame imma lame. Mana ada orang cerita pasal ramen dah sekarang. Ketinggalan betul."
Eh sukahati lah aku nak post cerita apa pun kan? Peace! :)
Tapi tadi kan, lepas aku makan megi ramen tu aku minum jugak air 4 gelas ribena. Kira aci tak tu? Hmm..
No comments:
Post a Comment