Blogger Layouts

Friday, December 30, 2011

Rahsia Warna Kegemaran


Emas :Berilmu, gemarkan kejayaan, penyabar, suka menolong, suka menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih :Penyabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong, gemar berjenaka, mudah dipujuk, fikirannya yang 
bersih, tidak berprasangka buruk terhadap orang lain, hatinya tenteram, boros berbelanja, optimis dan sukakan kedamaian

Kuning : Berjiwa lembut, sentiasa dapat perhatian, penuh kasih sayang, berhemah, ceria, berfikiran positif, optimis, setia, tahan lasak, suka berkawan. sikap agresifnya membuatkan orang takut, mudah menangis dan cepat menyerah kalah.

Merah :Berani, jujur, berdisiplin, tegas, aktif, disenangi oleh rakan-rakan, bersikap terbuka, suka tersenyum, pendendam, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau :Sukakan alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis, banyak idea, rajin, jujur dan tekun dalam bekerja, sukakan keharmonian, sukakan ilmu dan terlalu mudah percaya.

Jingga :Ramah, jujur, rajin dalam bekerja, bercita-cita tinggi, mudah menangis dan cepat mengalah dengan stress.

Biru :Ketenangan, kesejukan dalam diri, sukakan kedamaian, bertanggungjawab, pandai menyimpan wang, terlalu memaksa orang lain untuk kehendak diri sendiri dan adakalanya angkuh.

Pink :Penyayang, feminin, suka kebebasan, kreatif, tegas, jujur, suka membantu, mempunyai ramai kawan, pengemas, romantik, bersemangat tinggi tetapi tidak suka dibantah dan suka mendesak.
 
Coklat :Jika perempuan lebih bersifat keibuan, rendah diri, budi pekerti tinggi, suka belajar, mudah dipujuk dan mempercayai orang, cepat berasa was-was, dan takut melakukan kesalahan.

Silver :Sukakan kejayaan, pendengar yang baik, disenangi orang lain, mudah putus asa, dan cepat merendah diri.

Ungu :Suka berjenaka, rajin, pemurah, keinginan yang tinggi, adakalanya sombong dan sedikit emosional.

Hitam :Serius, tinggi iltizam, melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, prihatin, baik hati, tabah, tidak mudah dipengaruhi, setia, suka menyendiri dan mudah tersentuh.

Kelabu :Mendengar kata, rendah diri, tenang, suka mengalah, sanggup berkorban, mudah tersentuh dan agak pemalas.

Rahsia Tulisan



  • Tulisan berubah-ubah 
Mereka sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya dan bersifat individual. Mereka juga mudah untuk berubah fikiran. Tidak bermaksud mereka tidak berpendirian langsung tetapi keputusan mereka dipengaruhi orang lain.

  • Kecondongan tulisan
1.Tegak
Mereka rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul, sikapnya menyenangkan dan bijak untuk membuat keputusan.
2. Condong ke kanan
Bersikap terbuka, sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain. Kurang yakin dengan tindakan yang diambil. Mereka memerlukan pendapat orang lain untuk meyakinkan diri. Mereka juga cepat berasa bosan terhadap sesuatu perkara.
3. Condong ke kiri
Sensitif walaupun kelihatan tidak ambil kisah sangat. Amat berhati-hati dengan apa yang dilakukannya. Mereka juga sangat setia dengan pasangan.

  • Saiz tulisan
1. Besar :Kurang matang, suka orang mengikut caranya dan selalu timbul perselisihan dengan orang lain.
2. Kecil :Berfikiran jauh, sensitif dan bersifat akademik.
3. Makin lama makin besar :Bersikap terbuka tetapi kurang berhati-hati.
4. Makin lama makin kecil :Cukup berhati-hati, pandai berahsia, dan sanggup berbohong untuk menutup kelemahan diri.

  • Bentuk Tulisan
1. Lebar :Akitf, suka melibatkan diri dalam pelbagai perkara, suka melancong dan mengembara, tidak pandai jaga hati kawan.
2. Kurus :Suka melakukan perkara yang digemari sahaja.
3. Bersegi-segi :Otak math.
4. Bulat :Suka bergaul dan penyayang
5. Bersambung-sambung :Pemikirannya berdasarkan logik
6. Bercerai-cerai :Tindakannya mengikut gerak hati

  • Jarak Tulisan
1. Jauh :Sukar didekati dan tidak suka orang terlalu rapat dengannya.
2. Rapat :Mudah didekati dan berfikiran terbuka.

Rahsia Perfume Kegemaran

  • Bunga-bungaan : Feminin dan romantik
  • Buah-buahan :Segar dan bersemangat
  • Oceanic :Elemen sintetik melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan cintakan persekitaran
  • Hijauan semulajadi :Segar dan bertenaga. Sukakan aktiviti lasak
  • Oriental :Bauan seperti musk, vanilla dan bunga-bungaan keras. Seksi, eksotik dan gigih 
  • Kayu-kayan : Contohnya, kulit kayu, lumut dan hutan. Sukakan aktiviti lasak.

Rahsia Tarikh Lahir

Contoh:-
2 Mac 1994
2+3+1994=1999
1+9+9+9=28
2+8=10
1+0=1
Jadi nombor lahirnya anda adalah 1.

1. Ketulenan
Golongan ini sentiasa hadir dengan idea baru, memperoleh sesuatu dengan inisiatif tersendiri. Sangat jujur dan suka jadi yang terbaik, kebiasaannya seorang pemimpin atau bos. Bekerja sendiri pilihan terbaik buat mereka. Mereka juga perlu belajar untuk menerima pendapat orang lain dan hendaklah berfikiran dengan lebih terbuka.
2. Pendamai
Golongan ini dilahirkan sebagai diplomat. Mereka peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain, sangat analitikal dan suka ikut garak hati. Tidak suka bersendirian. Persahabatan juga penting bagi mereka kerana mendorongnya untuk berjaya tetapi sanggup bersendirian jika tidak serasi. Secara semulajadi, mereka bersifat pemalu dan mereka juga perlu belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self-esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Mereka sangat kreatif, suka bersosial, mudah mesra, romantik dan boleh dibawa berunding. Suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannnya. Suka buat orang gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka juga popular dan idealistik. Tetapi golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif
Mereka seorang yang peka dan tradisional. Suka mengikut arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Suka bekerja keras dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja secara sendirian. Mudah tertarik dangan aktiviti luar dan sukakan alam sekitar. Seorang yang penyabar, tekun dan adakalanya degil. Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Golongan ini merupakan perintis. Secara semulajadinya, ada sikap ingin tahu suka ambil risiko dan sentiasa bersemangat (enthuasiasm). Mereka juga sukakan kepelbagaian dan tidak suka dikongkong. Sekolah adalah dunia mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan di minda tidak pernah berhenti. Tetapi mereka dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan lebih teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka membantu dan menjaga seseorang. Sangat setia dalam percintaan dan menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Berkebolehan menjadi guru yang baik. Mereka juga sukakan muzik. Tetapi mereka harus belajar tentang apa yang boleh diubah dan apa yang tidak boleh diubahsuai.

7. Intelektual
Golongan ini adalah pencari. Suka merungkaikan apa yang tersembunyi, sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah dan suka berahsia. Suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling tapi tak suka dipersoalkan. Mereka juga dikenali sebagai ahli falsafah dan berpengetahuan tinggi. Mereka kadangkala bersendirian. Golongan ini juga gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Golongan ini hidup dalam dunia sendiri dan perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian. Seorang yang profesional, berterus-terang, peribadi yang baik dan sangat tegas. Mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana yang terbaik. Mereka gemar mengendalikan manusia dan mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kelebihan untuk menghiburkan orang lain. Sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan tiada sesiapa yang dianggap asing bagi mereka. Mempunyai personaliti yang pelbagai dan sukar untuk orang fahami mereka. Mereka umpama sesumpah yang boleh berubah dan boleh menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Untuk berjaya, golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Tuesday, December 27, 2011

Erti cinta kepada kanak-kanak

السلام عليكم
Conversation with my cousin, Inad. She just 10 years old girl.
Inad: Kak Aim, Hangpa ada kekasih?
Me: Kekasih? Apa tu?
Inad: Kekasih tu depa bercinta.
Me: Bercinta tu apa pulak?
Inad: Bercinta tu kahwin.
Me: Kahwin tu apa?
Inad: Kahwin tu dapat anak.
Okay tak berani aku nak tanya lebih lebih. Budak budak zaman sekarang...

Friday, December 23, 2011

Good job PMR candidates!


السلام عليكم
Alhamdulillah.. Hari ini SMK Bandar Baru Salak Tinggi kembali mencatat sejarah. Yeah! Fyi, 59 calon PMR 2011 yang mendapat straight A's. Erm.. Maybe sekolah korang lagi bagus kot. Tapi aku bangga dengan sekolah aku. Oops ex-sekolah aku. Haha :D Even tak ramai mana yang dapat straight A's macam sekolah SBP tapi aku salute lah kat cikgu cikgu kat SMK BBST tu. Terbaik!
Tadi tengok berita, yang dapat straight A's tahun ni 34ribu>. Pencapaian tahun ni adalah yang terbaik dalam tempoh 8 tahun dan pencapaian terbaik dalam tempoh 4 tahun bagi KL.  Haih susah lah nak apply SBP. 
*Tiga bulan je lagi result keluar Imma oiii....

Friday, December 16, 2011

Kerja part time memang begini..


السلام عليكم
Aku rasa kan sepanjang aku kerja part time kat kedai makan pak cik aku kat LCCT Air Asia, hari ni lah paling memenatkan dan meletihkan. Penat fizikal dan mental wehh. Nak dijadikan cerita, petang tadi adalah sekumpulan pelancong dari Indonesia datang order makanan.
The Indonesian: Dik, nasi ayam mahu 3 yaa!
Me: Baiklah.
Pastu dengarlah diorang ngongeng-ngongeng depan aku. Aku duk kat cashier. so terpaksa lah mendengar dan melayan kerenah diorang ni semua walaupun tak faham sangat apa yang diorang cakap.
The Indonesian: Tambah lagi yaa dik. Saya mahu 3 lagi nasi ayam, satu nasi dagang, 5 nasi ayam penyet, ehh sebentar, tambah lagi 5 nasi ayam, 5 nasi ayam penyet dan 3 nasi ayam crispy.
Aku terdiam. Biar betul diorang ni. So, untuk tidak meng-confusekan diri aku sendiri aku tulis balik apa yang diorang order. 11 set nasi ayam, 1 set nasi dagang, 10 nasi ayam penyet dan 3 nasi ayam crispy. O.o
Masa diorang tengah tunggu makanan, aku ni dengarlah apa diorang cakap even tak faham apa pun. Aku tengok je diorang sebab aku cuba memahami apa yang diorang cuba sampaikan. Tetiba...
The other Indonesian: Kamu mengelamun ya? Kamu lihat apa sama dia? Ganteng ya?
Kebetulan ada anak dia (maybe) depan aku. Nampak macam sebaya macam aku je. Act, aku tak mengelamun pun. First, aku cuba nak fahamkan apa yang diorang cakap, Second, aku tengok muka anak dia macam Fahri (Ayat-Ayat Cinta) tu yang macam terpegun seketika tu. Dah jadi bahan pulak aku kat situ. Sabar je lah. 
 The Indonesian (Rasanya mak klon Fahri tu kot): Namanya siapa?
Me: Imma.
The Indonesian: Ohh Imma, Rupanya mirip Siti Nurhaliza.
Hahahaha aku tak tahu lah tang mana nampak Siti Nurhaliza nya.
Akhirnya makanan-makanan diorang dah siap.Fuhh... Penat betu melayan kerenah diorang ni. Dan total semua makanan tadi ialah RM220.50. WOW!
Itulah hikmah orang yang bersabar. Hahaha.

Wednesday, December 14, 2011

Chiquititas


السلام عليكم
Siapa ingat cerita ni? Rasanya ramai yang tahu kot. Dulu aku selalu tunggu cerita ni setiap kali balik sekolah agama. Tak tukar baju lagi duk depan tv tengok cerita ni. Best ouh cerita ni. Macam fairytale. Lagu-lagu dia dulu siap hafal lagi tu dengan step menarinya. Haih bilalah astro ceria nak ulang balik cerita ni. Dah terindu pulak dengan cerita ni.
Felipe <3 
Siapa layan cerita ni kenal lah mamat atas ni haha. 
Punya lah hafal lagu ni dulu. Padahal tak faham apa pun. Lagu fav kot dulu.
*Ada pulak page kat fb yang aku baru jumpa tadi, Kami ingin Chiquititas disiarkan kembali di Astro Ceria