Blogger Layouts

Friday, December 16, 2011

Kerja part time memang begini..


السلام عليكم
Aku rasa kan sepanjang aku kerja part time kat kedai makan pak cik aku kat LCCT Air Asia, hari ni lah paling memenatkan dan meletihkan. Penat fizikal dan mental wehh. Nak dijadikan cerita, petang tadi adalah sekumpulan pelancong dari Indonesia datang order makanan.
The Indonesian: Dik, nasi ayam mahu 3 yaa!
Me: Baiklah.
Pastu dengarlah diorang ngongeng-ngongeng depan aku. Aku duk kat cashier. so terpaksa lah mendengar dan melayan kerenah diorang ni semua walaupun tak faham sangat apa yang diorang cakap.
The Indonesian: Tambah lagi yaa dik. Saya mahu 3 lagi nasi ayam, satu nasi dagang, 5 nasi ayam penyet, ehh sebentar, tambah lagi 5 nasi ayam, 5 nasi ayam penyet dan 3 nasi ayam crispy.
Aku terdiam. Biar betul diorang ni. So, untuk tidak meng-confusekan diri aku sendiri aku tulis balik apa yang diorang order. 11 set nasi ayam, 1 set nasi dagang, 10 nasi ayam penyet dan 3 nasi ayam crispy. O.o
Masa diorang tengah tunggu makanan, aku ni dengarlah apa diorang cakap even tak faham apa pun. Aku tengok je diorang sebab aku cuba memahami apa yang diorang cuba sampaikan. Tetiba...
The other Indonesian: Kamu mengelamun ya? Kamu lihat apa sama dia? Ganteng ya?
Kebetulan ada anak dia (maybe) depan aku. Nampak macam sebaya macam aku je. Act, aku tak mengelamun pun. First, aku cuba nak fahamkan apa yang diorang cakap, Second, aku tengok muka anak dia macam Fahri (Ayat-Ayat Cinta) tu yang macam terpegun seketika tu. Dah jadi bahan pulak aku kat situ. Sabar je lah. 
 The Indonesian (Rasanya mak klon Fahri tu kot): Namanya siapa?
Me: Imma.
The Indonesian: Ohh Imma, Rupanya mirip Siti Nurhaliza.
Hahahaha aku tak tahu lah tang mana nampak Siti Nurhaliza nya.
Akhirnya makanan-makanan diorang dah siap.Fuhh... Penat betu melayan kerenah diorang ni. Dan total semua makanan tadi ialah RM220.50. WOW!
Itulah hikmah orang yang bersabar. Hahaha.

No comments: