Blogger Layouts

Friday, December 30, 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Contoh:-
2 Mac 1994
2+3+1994=1999
1+9+9+9=28
2+8=10
1+0=1
Jadi nombor lahirnya anda adalah 1.

1. Ketulenan
Golongan ini sentiasa hadir dengan idea baru, memperoleh sesuatu dengan inisiatif tersendiri. Sangat jujur dan suka jadi yang terbaik, kebiasaannya seorang pemimpin atau bos. Bekerja sendiri pilihan terbaik buat mereka. Mereka juga perlu belajar untuk menerima pendapat orang lain dan hendaklah berfikiran dengan lebih terbuka.
2. Pendamai
Golongan ini dilahirkan sebagai diplomat. Mereka peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain, sangat analitikal dan suka ikut garak hati. Tidak suka bersendirian. Persahabatan juga penting bagi mereka kerana mendorongnya untuk berjaya tetapi sanggup bersendirian jika tidak serasi. Secara semulajadi, mereka bersifat pemalu dan mereka juga perlu belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self-esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Mereka sangat kreatif, suka bersosial, mudah mesra, romantik dan boleh dibawa berunding. Suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannnya. Suka buat orang gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka juga popular dan idealistik. Tetapi golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif
Mereka seorang yang peka dan tradisional. Suka mengikut arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Suka bekerja keras dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja secara sendirian. Mudah tertarik dangan aktiviti luar dan sukakan alam sekitar. Seorang yang penyabar, tekun dan adakalanya degil. Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Golongan ini merupakan perintis. Secara semulajadinya, ada sikap ingin tahu suka ambil risiko dan sentiasa bersemangat (enthuasiasm). Mereka juga sukakan kepelbagaian dan tidak suka dikongkong. Sekolah adalah dunia mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan di minda tidak pernah berhenti. Tetapi mereka dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan lebih teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka membantu dan menjaga seseorang. Sangat setia dalam percintaan dan menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Berkebolehan menjadi guru yang baik. Mereka juga sukakan muzik. Tetapi mereka harus belajar tentang apa yang boleh diubah dan apa yang tidak boleh diubahsuai.

7. Intelektual
Golongan ini adalah pencari. Suka merungkaikan apa yang tersembunyi, sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah dan suka berahsia. Suka mempersoalkan apa yang ada di sekeliling tapi tak suka dipersoalkan. Mereka juga dikenali sebagai ahli falsafah dan berpengetahuan tinggi. Mereka kadangkala bersendirian. Golongan ini juga gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Golongan ini hidup dalam dunia sendiri dan perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian. Seorang yang profesional, berterus-terang, peribadi yang baik dan sangat tegas. Mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana yang terbaik. Mereka gemar mengendalikan manusia dan mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kelebihan untuk menghiburkan orang lain. Sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan tiada sesiapa yang dianggap asing bagi mereka. Mempunyai personaliti yang pelbagai dan sukar untuk orang fahami mereka. Mereka umpama sesumpah yang boleh berubah dan boleh menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Untuk berjaya, golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

No comments: