Blogger Layouts

Thursday, March 29, 2012

Renung-renungkan..


Suatu petang pukul 6.30 ptg. Ustazah telah menerima call dari sahabatnya.
Member: "Ko tulis apa tadi kat facebook?!"
Ustazah: "Assalamualaikum. Aku tengah goreng pisang ni."
Member: "Ko pekak ke? Aku tanya ko tulis apa kat facebook tadi?!!"
Ustazah: "Eh aku tertekan loudspeaker ke ni? Oh! Status tadi. Pasal nasihat tudung untuk sahabat tu ya."
Member: "Ko tak payah lah buat-buat poyo! Aku tahu la perangai buruk ko! Aku tahu la status ko buat tu nak tuju kat aku. Aku sorang je member ko yang tak pakai tudung kat facebook. Agak-agakla. Aku tahulah ko keje ustazah, tapi elok ke nak aibkan orang kat public?!"
Ustazah: "Aku takde tulis nama siapa-siapa pun."
Member: "Tak payah nak berdalihlah! Lidah bercabang! Kawan tikam kawan! Depan aku ko cakap baik-baik, belakang aku ko fitnah-fitnah. Cilake betul! Woiii!! Ko ingat sikit, mak bapak aku tak pernah tegur pun aku nak pakai tudung ke tak pakai ke. Dorang lagi memahami tudung ni bukan kena paksa-paksa. Pakai bila dah rela hati, dah ikhlas hati."
Ustazah: "Baik. Jadi ko call aku ni semata-mata nak marah aku la ni? Baik, aku minta maaf kalau ko terasa. Aku nak goreng pisang ni."
Member: "FFFFFuUuuuUu (muka troll 9gag) toll la ko ni! Aku tak habis cakap lagi. Ko dengar sini nasihat aku ni. Ko nak jadi ustazah, ko ngajar budak-budak sekolah rendah ko tu je lah. Ko ngajar j-Qaf kan? Ha, ko ngajar fardhu ain alif ba ta kat budak-budak sekolah tu je lah. Tak payah ko nak sindir-sindir, kutuk-kutuk orang. Ko ingat mulia sangat cara ko nak nasihat orang tu?! Boleh terima nasihat aku ni? Boleh? Boleh?!"
Ustazah: "Baik. Boleh. Cuma aku nak minta dua benda dengan ko baru aku ikut cakap ko."
Member: "Orait. Pe bende? Baguslah kalo ko dah insaf. Suka ati aku dengar."
Ustazah: "Satu, aku nak minta ko ameenkan doa aku ni. 'Allahummaghfirlaha warhamha wa 'aafiha wa' fu 'anha'. Ameen"
Member: "Ok boleh. Ameen. Doa apa tu?"
Ustazah: "Maksud dia 'Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia.' Doa untuk jenazah wanita. Doa ni untuk hati ko yang dah mati. Ok permintaan aku yang kedua pls."
Member: "Grrrrrrr!! Ha cepat cakap! Panas hati aku ni lama2 cakap ngn ko!"
Ustazah: "Doakan aku umur panjang. 'Ya Allah! Panjangkanlah umur ustazah j-Qaf ni. Ameen."
Member: "Ok boleh. Ameen."
Ustazah: "Terima kasih. Moga-moga aku panjang umur sebagaimana yang didoa. Sebab kalau ko mati dan aku masih hidup, aku lah yang akan pakaikan ko tudung nanti dengan kain kapan. Dan...masa tu ko akan berterima kasih pada kawan ko ni. Sebab ko dah tak boleh pakai sendiri, aku yang tolongkan. Baiklah, aku nak goreng pisang ni sampai habis. Kalau nak, mai la umah. Wslm."
tut tut...
Member : "Nanti..nanti!! Aku tak habis cakap lagi!!!"
"............"
---
Keesokan harinya member ustazah tu digilis lori.
Guess siapa yang pakaikan tudung?

#copy and paste-Rusydee Artz

Friday, March 23, 2012

Terima kasih yang tak terhingga!

السلام عليكم 
Alhamdulillah, result dah pun dapat semalam dan segala persoalan dah pun terjawab. Awal awal lagi aku dah set mind, apa apa keputusan yang aku dapat nanti aku kena redha, inilah usaha yang aku buat selama ni. Alhamdulillah, even tak sampai target aku tapi aku puas hati. sekurang kurangnya Mama dengan Abah tersenyum tengok result aku :)
4A, 4B, 1C
Kepada yang wish tahniah tu terima kasih banyak banyak, terharu :')
Kepada rakan, sahabat, teman, seperjuangan terima kasih jugak menemani sepanjang perjalanan bergelar pelajar sekolah menengah, sesungguhnya kalian memang yang TERBAIK! *Especially, to Aspuri Form Five 2011 :)
Kepada guru guru yang pernah mendidik saya, di Taski ABIM, SK Taman Seroja, SK Teluk Ketapang *even sekolah sana dua bulan je, sebab Mama berpantang kat sana lepas bersalin kat Yassin, SK Taman Seroja balik, and finally, SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI. terima kasih yang tak terhingga kerana mencurahkan ilmu kepada kami tanpa jemu, terima kasih banyak banyak! Semoga Allah memberkati cikgu cikgu sekalian. Jangan berhenti mendoakan kesejahteraan kami di dunia dan di akhirat :)
Terharu sangat baca ni, terima kasih Cikgu Hamizah Yeop Yahya. Hanya Allah yang dapat balas jasa cikgu. Cikgu, nak tahu tak saya dengan Ell cari cikgu  lepas dapat result tu. Puas cari satu sekolah tapi tak jumpa. Pastu baru teringat, cikgu pergi amik result anak kembar cikgu agaknya. Erm, tak apa lah lain kali kita jumpa lagi cikgu. Cikgu, masa hari permuafakatan SPM cikgu ada rasa semacam ye? Saya pun rasa benda yang sama cikgu. Tak sangka doa yang cikgu bisikkan di telinga kami tu akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. InsyaAllah, saya tak akan lupakan jasa cikgu cikgu semua :)

Wednesday, March 7, 2012

Ohh Imma dah 18 tahun rupanya..

السلام عليكم
2 Mac 2012, Jumaat-My 18th Birthday
Awal awal pagi lagi Mama dengan Abah dah keluar pergi hospital hantar Angah sebab dia kena buat scope. Tinggal lah aku sorang sorang. Aku kena tinggal kat rumah sebab kena tunggu Yassin balik sekolah. Sedihnya time birthday duk sorang sorang :'( Hari tu aku just duduk rumah reply text orang yang wish kat aku hari tu. 
3 Mac 2012, Sabtu
Aku kena teman Mama pergi hospital untuk bawak balik Angah. Memang Angah dia buat scope sehari je. Masa kitorang pergi tu Mama ajak si Akmal, *bf dia lahh. So kitorang ni pun pergilah menjemput tuan puteri ni sorang kat hospital. Balik dari hospital tu Mama ajak pergi ke Tesco Shah Alam. Mama cakap,  "Kejap lagi kawan kawan bisnes Mama nak datang rumah, Mama nak masak spaghetti." Hah?! Sejak bila pulak lah Mama aku ni pandai berbisnes bisnes ni? Pelik bebenor gayanya~ Mama cakap lagi, "Kalau lah bisnes ni menjadi, confirm untung besar lah kita." Wuyoo.. Bisnes apakah ini? 
Otw balik rumah, phone Mama bunyi, "Hello, waalaikumussalam. Ohh dah sampai ye? Tunggu dalam 10 min nanti kitorang sampai." Angah yang jawabkan sebab time tu Mama tengah drive. Dalam fikiran aku time tu aku duk fikir, ohh mesti kawan bisnes Mama ni dah sampai. Aku agak curious jugak masa tu sebab nak jugak tahu bisnes menda apa lah Mama ni buat.
Masuk je rumah...............................
Kenapa rumah sunyi?
Mana semua orang pergi?
Kata ada kawan bisnes Mama nak datang?
Ehh kenapa kat cermin tu tulis "Happy Birthday Immazaitul Nur Aim "?
Tapi sunyi....
Tiba tiba amik kau! SURPRISE!!!!!!
Terharu gila aku weh. Aku ingat dah takde orang nak sambut birthday aku so aku buat biasa je lah. Tengok tengok rupanya ada EllWanAinaFaezahAiman, dan adalah beberapa kawan baru yang aku baru kenal hari tu Faris Syauqi, Kak Zaza and Kak Fiqa. Diorang ni satu kolej dengan Wan dengan Aiman so diorang pun ikut sekali lah. Act, bukan kolej betul pun, diorang ni ada International English Programme (IEP) kat Kolej Teknologi Timur.
Faezah. Aku paling tak sangka kau datang. Yelah even kita jiran setaman pun susah sangat nak jumpa. Aku faham kau jarang keluar rumah dan aku rasa kehadiran kau sangat sangat dihargai. 
Thank you sooooooooooooooooo much :))
Come!!
tahu tak aku sayang kau macam mana besarnya??
macam ni=)
sayang kau more than you do!!
sayang kau lebih dari yang kau tahu...
sayang kau sebesar-besarnya. kalah superman-batman-ultraman
sayang kau tak boleh dengan kata kata...
sebab apa tahu??
sebab Allah saja yang tahu aku sayang kau macam mana besarnya.
aku sayang kau kerana Allah...
PERSAHABATAN TILL JANNAH...
have my ukhuwah that never ends...
InsyaAllah...
awak, janji tau...walau apa pun yang terjadi kita berdua tetap selamanya... SAHABAT
you're here with me when I'm sad.. you're laugh when I'm happy.. you're my best friend..
berjaya dalam hidup. semoga cita-cita anda tercapai. mendapat keputusan yang cemerlang.
HAPPY BIRTHDAY IMMAZAITUL NUR AIM BT. NAIM :)
Imma-Liyana Best friend till Jannah
wrote by, Siti Nurliyana Bt. A. Rahim 
Dear Liyana Rahim,
Nak tahu tak, aku sangat bersyukur dapat berkawan dengan kau. Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati ku untuk bersahabat dengannya. Rupanya kita sekelas masa Form 3 dulu sebab Allah nak mengenalkan kita antara satu sama lain. Liyana Rahim, aku tak tahu lah dah berapa lama kau plan benda ni, and aku tak expect langsung post kau yang ini kau tengah plan birthday aku rupanya. Haha memang birthday aku kali ni lain daripada yang lain seperti yang kau rancangkan. Tahu tak apa yang membuatkan aku rindu sangat dengan kau? You're full of surprises! Kau selalu bagi surat kat aku masa sekolah dulu. And sometimes aku tak tahu nak reply apa kat kau. And bila dah habis sekolah ni aku rindu pulak dengan surat surat kau. Kalau tak dulu kau letak surat kau dalam beg, loker, bawah bantal aku and sometimes kau bagi depan depan. Haa bila rindu ni mula lah aku bukak "Treasure Box" aku tu cari surat kau. Kau selalu buat aku rasa terharu. Kau pun bijak. Aku suka kau ajar aku Math masa sekolah dulu. Aku suka cara dan gaya kau ajar aku sebab bila kau ajar kau akan buat aku sampai faham. Dan bila aku ada masalah, kau lah tempat aku meluahkan perasaan. Kau akan memberi sepenuh perhatian untuk dengar cerita aku. Yup, good listener. Maybe sebab kita masing masing PRS kot. Haha. Ingat tak ada satu malam tu kita tidur lewat sebab masing masing nangis mendengar kisah masing masing? Itu salah satu moment yang aku sangat rindu. SubhanAllah, Allah saja yang tahu betapa sayangnya aku kat kau. InsyaAllah persahabatan kita till Jannah. Ana Jazakillahu khairan kathira Liyana, Allah yubarik fik!
4 Mac 2012- Ahad
Malam tu lepas pujuk punya pujuk aku ajak diorang tidur rumah aku *konon request sebab birthday aku lastly dapat jugak. Haa baru lah dapat spent  time masa puas puas. Punya lah syok masing masing. Esoknya, aku cuti tak pergi kerja. Wahh outing lahh kitorang.
Haa nak spent time punya pasal, Tutti Frutti lah tempat kami! Ecececehh....
Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini *formal sangat lah pulak ayat aku ni. Haha.
*Ell sorry kita amik gambar ni semua dari blog awak. Kita takde camera :)