السلام عليكم
2 Mac 2012, Jumaat-My 18th Birthday
Awal awal pagi lagi Mama dengan Abah dah keluar pergi hospital hantar Angah sebab dia kena buat scope. Tinggal lah aku sorang sorang. Aku kena tinggal kat rumah sebab kena tunggu Yassin balik sekolah. Sedihnya time birthday duk sorang sorang :'( Hari tu aku just duduk rumah reply text orang yang wish kat aku hari tu.
3 Mac 2012, Sabtu
Aku kena teman Mama pergi hospital untuk bawak balik Angah. Memang Angah dia buat scope sehari je. Masa kitorang pergi tu Mama ajak si Akmal, *bf dia lahh. So kitorang ni pun pergilah menjemput tuan puteri ni sorang kat hospital. Balik dari hospital tu Mama ajak pergi ke Tesco Shah Alam. Mama cakap, "Kejap lagi kawan kawan bisnes Mama nak datang rumah, Mama nak masak spaghetti." Hah?! Sejak bila pulak lah Mama aku ni pandai berbisnes bisnes ni? Pelik bebenor gayanya~ Mama cakap lagi, "Kalau lah bisnes ni menjadi, confirm untung besar lah kita." Wuyoo.. Bisnes apakah ini?
Otw balik rumah, phone Mama bunyi, "Hello, waalaikumussalam. Ohh dah sampai ye? Tunggu dalam 10 min nanti kitorang sampai." Angah yang jawabkan sebab time tu Mama tengah drive. Dalam fikiran aku time tu aku duk fikir, ohh mesti kawan bisnes Mama ni dah sampai. Aku agak curious jugak masa tu sebab nak jugak tahu bisnes menda apa lah Mama ni buat.
Masuk je rumah...............................
Kenapa rumah sunyi?
Mana semua orang pergi?
Kata ada kawan bisnes Mama nak datang?
Ehh kenapa kat cermin tu tulis "Happy Birthday Immazaitul Nur Aim "?
Tapi sunyi....
Tiba tiba amik kau! SURPRISE!!!!!!
Terharu gila aku weh. Aku ingat dah takde orang nak sambut birthday aku so aku buat biasa je lah. Tengok tengok rupanya ada Ell, Wan, Aina, Faezah, Aiman, dan adalah beberapa kawan baru yang aku baru kenal hari tu Faris Syauqi, Kak Zaza and Kak Fiqa. Diorang ni satu kolej dengan Wan dengan Aiman so diorang pun ikut sekali lah. Act, bukan kolej betul pun, diorang ni ada International English Programme (IEP) kat Kolej Teknologi Timur.
Faezah. Aku paling tak sangka kau datang. Yelah even kita jiran setaman pun susah sangat nak jumpa. Aku faham kau jarang keluar rumah dan aku rasa kehadiran kau sangat sangat dihargai.
Thank you sooooooooooooooooo much :))
Come!!
tahu tak aku sayang kau macam mana besarnya??
macam ni=)
sayang kau more than you do!!
sayang kau lebih dari yang kau tahu...
sayang kau sebesar-besarnya. kalah superman-batman-ultraman
sayang kau tak boleh dengan kata kata...
sebab apa tahu??
sebab Allah saja yang tahu aku sayang kau macam mana besarnya.
aku sayang kau kerana Allah...
PERSAHABATAN TILL JANNAH...
have my ukhuwah that never ends...
InsyaAllah...
awak, janji tau...walau apa pun yang terjadi kita berdua tetap selamanya... SAHABAT
you're here with me when I'm sad.. you're laugh when I'm happy.. you're my best friend..
berjaya dalam hidup. semoga cita-cita anda tercapai. mendapat keputusan yang cemerlang.
HAPPY BIRTHDAY IMMAZAITUL NUR AIM BT. NAIM :)
Imma-Liyana Best friend till Jannah
wrote by, Siti Nurliyana Bt. A. Rahim
Dear Liyana Rahim,
Nak tahu tak, aku sangat bersyukur dapat berkawan dengan kau. Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati ku untuk bersahabat dengannya. Rupanya kita sekelas masa Form 3 dulu sebab Allah nak mengenalkan kita antara satu sama lain. Liyana Rahim, aku tak tahu lah dah berapa lama kau plan benda ni, and aku tak expect langsung post kau yang ini kau tengah plan birthday aku rupanya. Haha memang birthday aku kali ni lain daripada yang lain seperti yang kau rancangkan. Tahu tak apa yang membuatkan aku rindu sangat dengan kau? You're full of surprises! Kau selalu bagi surat kat aku masa sekolah dulu. And sometimes aku tak tahu nak reply apa kat kau. And bila dah habis sekolah ni aku rindu pulak dengan surat surat kau. Kalau tak dulu kau letak surat kau dalam beg, loker, bawah bantal aku and sometimes kau bagi depan depan. Haa bila rindu ni mula lah aku bukak "Treasure Box" aku tu cari surat kau. Kau selalu buat aku rasa terharu. Kau pun bijak. Aku suka kau ajar aku Math masa sekolah dulu. Aku suka cara dan gaya kau ajar aku sebab bila kau ajar kau akan buat aku sampai faham. Dan bila aku ada masalah, kau lah tempat aku meluahkan perasaan. Kau akan memberi sepenuh perhatian untuk dengar cerita aku. Yup, good listener. Maybe sebab kita masing masing PRS kot. Haha. Ingat tak ada satu malam tu kita tidur lewat sebab masing masing nangis mendengar kisah masing masing? Itu salah satu moment yang aku sangat rindu. SubhanAllah, Allah saja yang tahu betapa sayangnya aku kat kau. InsyaAllah persahabatan kita till Jannah. Ana Jazakillahu khairan kathira Liyana, Allah yubarik fik!
4 Mac 2012- Ahad
Malam tu lepas pujuk punya pujuk aku ajak diorang tidur rumah aku *konon request sebab birthday aku lastly dapat jugak. Haa baru lah dapat spent time masa puas puas. Punya lah syok masing masing. Esoknya, aku cuti tak pergi kerja. Wahh outing lahh kitorang.
Haa nak spent time punya pasal, Tutti Frutti lah tempat kami! Ecececehh....
Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini *formal sangat lah pulak ayat aku ni. Haha.
*Ell sorry kita amik gambar ni semua dari blog awak. Kita takde camera :)
No comments:
Post a Comment