Blogger Layouts

Friday, March 23, 2012

Terima kasih yang tak terhingga!

السلام عليكم 
Alhamdulillah, result dah pun dapat semalam dan segala persoalan dah pun terjawab. Awal awal lagi aku dah set mind, apa apa keputusan yang aku dapat nanti aku kena redha, inilah usaha yang aku buat selama ni. Alhamdulillah, even tak sampai target aku tapi aku puas hati. sekurang kurangnya Mama dengan Abah tersenyum tengok result aku :)
4A, 4B, 1C
Kepada yang wish tahniah tu terima kasih banyak banyak, terharu :')
Kepada rakan, sahabat, teman, seperjuangan terima kasih jugak menemani sepanjang perjalanan bergelar pelajar sekolah menengah, sesungguhnya kalian memang yang TERBAIK! *Especially, to Aspuri Form Five 2011 :)
Kepada guru guru yang pernah mendidik saya, di Taski ABIM, SK Taman Seroja, SK Teluk Ketapang *even sekolah sana dua bulan je, sebab Mama berpantang kat sana lepas bersalin kat Yassin, SK Taman Seroja balik, and finally, SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI. terima kasih yang tak terhingga kerana mencurahkan ilmu kepada kami tanpa jemu, terima kasih banyak banyak! Semoga Allah memberkati cikgu cikgu sekalian. Jangan berhenti mendoakan kesejahteraan kami di dunia dan di akhirat :)
Terharu sangat baca ni, terima kasih Cikgu Hamizah Yeop Yahya. Hanya Allah yang dapat balas jasa cikgu. Cikgu, nak tahu tak saya dengan Ell cari cikgu  lepas dapat result tu. Puas cari satu sekolah tapi tak jumpa. Pastu baru teringat, cikgu pergi amik result anak kembar cikgu agaknya. Erm, tak apa lah lain kali kita jumpa lagi cikgu. Cikgu, masa hari permuafakatan SPM cikgu ada rasa semacam ye? Saya pun rasa benda yang sama cikgu. Tak sangka doa yang cikgu bisikkan di telinga kami tu akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah. InsyaAllah, saya tak akan lupakan jasa cikgu cikgu semua :)

No comments: